Ulasan Isteri : Perlawanan Akhir Suzuki Cup 2010
Rumahtangga

Ulasan Isteri : Perlawanan Akhir Suzuki Cup 2010

“Perlawanan stop – penjaga gol Indon ngadu mata kena laser
“game sambung balik”

Belum seminit “Malaysia Gollll………….”

Dua minit kemudian ” Malaysia 2-0″

Tiga minit berselang ” Gol ke 3″

Sebelum perlawanan dah beberapa sms dilayangkan siaran langsung ke Algeria. International sms berharga rm 0.50 satu – boleh beli tiket masuk ke Stadium Bukit Jalil.

Berkongsi rasa walau 10,500 kilometer jaraknya. Kalau abang di Malaysia, tentu kami antara ribuan rakyat yang bersesak² di stadium waktu ini. Saya dah biasa ikut suami ke stadium tengok bola.

Mohd Safee Mohd Sali menjaringkan 2 gol dan satu gol dijaringkan oleh Anshari Shamsuddin. Keputusan Rasmi Perlawanan Akhir Pertama Piala Suzuki Malaysia 3- Indonesia 0 .  Tahniah – teruskan kecemerlangan seperti ini untuk Perlawanan Akhir Kedua di Indonesia 29 Disember 2010 nanti.  Dapatkan spek kalis laser sekarang!

p/s – talian internet di Algeria down dah seminggu , beku kena timpa salji
p/s – jersey suami sampai ke stadium dipinjam anak saudara.

Bukan saja hangat di stadium – perang siber juga menggegarkan timeline twitter sehingga #malaysiacheatlaser  menjadi trending trend.

Kemudian siap hantar gambar bukti laser di Twitpic.   Berlaku salah faham lagi di situ. Tetapi majoriti twitter dari Malaysia tidak memberi respon ‘cakaran harimau’ cuma melayan kerenah ‘just for fun’.  Memujuk geruda yang patah sayapnya.

Kalau hati melankolik, tak payahlah baca tweet mereka – nanti bernanah hati.  Semua bahasa 18SX dan 18SG ada.

Gambar pancaran laser tersebut bukannya dari perlawanan Malaysia -Indonesia tetapi dari perlawanan Piala Dunia 2010 antara Argentina dan Nigeria. Rujuk di sini – Fifa 2010: Spectators target coach Maradona, Messi & other players with laser

Fail!

Update :

  1. Penjaga gol Filipina dilaser pada perlawanan Indonesia Lawan Filipina (16 December 2010 )
  2. Youtube penjaga gol Malaysia dilaser AFF Suzuki Cup 2010 Group A Indonesia vs Malaysia
  3. Baca thejakartapost.com > Marred by laser beam incidents, RI loses 0-3 to M’sia in AFF Cup final
  4. Baca kompas.com > Indonesia Kalah Bukan karena Laser

©kujie – tugas isteri jarak jauh juga sebagai pengulas sukan

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Ulasan Isteri : Perlawanan Akhir Suzuki Cup 2010

  1. bestlah team malaysia tak guna pemain import macam indonesia..yang asli punya..lagipun team malaysia semuanya bawah 23 tahun..harimau malaya memamng power beb..tahniah kat diaorang n salam 1 malaysia..

  2. aku tahu sebab malaysia menag pasal ade cahaya laser otroman yang suluh kat golkeeper diaorang..tp kat indonesia diaorang guna laser kalahkan malaysia 5-0..lepas ni pulak isu jupe nak tayang dada kat stadium..hangat2…nak tengok otroman suluh datanglah kat blog sayer yer..tq

  3. sambil bertweet sambil ber sms dan sambil menonton bola semalam, huhuhu

    lepas indonesia kalah, tengok kat tweet sampai ada yang kaitkan dgn nordin mat top, huhu

  4. Tahniah buat pasukan Malaysia.. Semoga kemenangan yg dicipta oleh pasukan Malaysia akan dapat dikekalkan. Besar tanggungjawab tu.. jangan leka dengan pujian..

  5. laser di jadikan alasan… pastu tak sedar diri yg mereka sendiri guna laser and menang semua matches di jakarta… pelik betul la perangai supporters team Indonesia nih….

  6. good job lah kak jie… memang pengulas terbaik ni… saya pandai tengok jer, tp tak pandai mengulas…nama pemain pon tak tau…

  7. siyes nak gelak bce TT trending malam tadi..
    kat FB lagilah… indon2 tu menyalak mcm dh kalah teruk..mcm malaysia dh berjaya pegang piala…hailaa~kesian ada…geram pn ada…
    tp biarkan sajalah..selagi perlawanan terakhir blom berakhir.

  8. thanks kak share source picture tu…ingatkan game smlm punye gambar..isu laser ni dah banyak berlaku rupanye..tapi isu mercun tu memang hebat…semalam dari awal smpai habis mercun je..kesian krew2 kat padang tu..FRU, cameraman, waterboy pun hampir2 je kena..paling dasyat dorang main bunga api..baling dekat padang…sedih je tengok..

  9. Memang panas sungguh di stadium twitter semasa dan selepas game terutama twitter dari Indonesia

  10. Emo sangat mereka² di twitter tu..
    Yang kelakarnya bila baca twit pasal safee..
    Biarkan la..Yang penting kita dah menang..Yeahhh 😀

  11. So sweet la Kak Jie. Ayah n adik saya tengah dalam perjalanan dari Penang ke Perak masa perlawanan tu. Lepas gol je saya terus call 😉 😀 Tapi saya bukan pengulas sukan yang baik. 😯 Terkedu jap bila ayah tanya pasal gonzales. :mrgreen: 😆

Comments are closed.