Assalamualaikum,
Menemui kakakku Puan Kujie yang dihormati lagi disayangi oleh sekelian pelawat blog kujie2.com. Moga Puan sekeluarga berada dalam sejahtera dan dilimpahi Allah dengan keberkatan dan kelapangan jiwa hendaknya.
Saya mohon maaf andai kehadiran warkah ini menganggu hari-hari bahagia Puan Kujie. Adalah sebab saya menulis warkah ini kerana ingin bertanya kepada Puan sama ada Puan hendak saya menghantar kepada puan satu naskah novel “Diari Mat Kilang” ataupun tidak.
Alangkah tidak malunya saya ini seperti terhegeh-hegeh pula hendak Puan memiliki novel pertama saya yang tidak seberapa ini. hehe..
Maaf sangat kalau saya ganggu Kak Jie ye, sengaja bertanya sebab nanti boleh saya bungkuskan sekali dengan tempahan lain yang saya terima kemudian dihantar sama ada esok atau hari isnin.
Ok Kak Jie, terima kasih banyak ye
Nuaeman
Terkejut giler ‘gajah’ dapat email separa formal ni.
Masih ingat post saya Kisah Blogger Kisah Aku Kisah Dia Suamiku? Nueman , blogger yang saya kenal lama telah menggunakan ‘Kujie’ untuk salah satu watak novelnya – Diari Mat Kilang.
Novel Diari Mat Kilang Sudah diterbitkan. Dapatkan di kedai buku berkaitan atau hubungi terus penulisnya di blog.nuaeman.com
Tak sabar nak baca, apa watak saya…hehe
Wah, sebagai minah kilang rasanya mmg Iza kena beli novel ni hehehe
wah.. saya musti pilih!!
huh macam best jugak tajuk die ye.. menarik ni
nak bace jugaklah…. selalu kalau baca novel yang pakai nama yang kita kenal mesti terbanding dengan watak sebenar orang tuu.. hehe
lepas ni kena usha dekat mana boleh dapat novel ni
Terima kasih kak Jie…
watak kak Jie muda 10 tahun… 🙂
novel melayu tak terlintas lagi nak baca, mungkin nanti2 terbuka hati..haha
wah!
hebatlah kak jie.siap ade org abadikan name kak jie dlm karyanya…
hee
penulisnya duduk dkt dgn rumah saya…hehe…
glamour nih! 🙂
btw, @2:39pm, CSS blog ni tak mau loading ni…
wah! toplah kak jie pas ni..hehe!
wah! mesti pilih ni…heheheheh
nak kena order ni..baca watak kak jie..