Blogging adalah pilihan kita . Melawat dan tinggalkan komen di blog orang juga pilihan kita. Kalau dia tidak memenuhi selera atau piawaian kita, pilihan kita untuk tidak berkunjung atau meninggalkan komen. Jangan diungkit² dengan mengata – orang yang ditujukan tak tahu apa², kita pula yang dapat dosa.
Tiada manusia yang sombong dengan manusia lain . Kita mengata seseorang sombong apabila dia tidak memenuhi keperluan kita sendiri. Kita yang pentingkan diri sendiri, mahu seseorang menjadi apa yang kita mahu untuk memenuhi kepuasan diri kita.
Kita tahu ‘dia’ adalah kaktus berduri yang boleh melukakan jadi kenapa membiarkan diri kita mendekati kaktus tersebut. Ada dua pilihan – jauhkan diri dari kaktus berduri atau kita menjadi lebih kuat dari kaktus tersebut dan bunuh dengan racun. Pilihan di tangan kita.
Nak jadi blogger kena kental, tak boleh melankolik nak sentap sana sini………… tak ada siapa yang akan peduli perasaan kita – kita kena sendiri perlu membina ‘zon selamat’ untuk diri sendiri.
© kujie – bak kata Sir Marcello – orang kita nie jenis semuanya nak sedap…bila tak dapat… sentap!
“saya sentap laa kak jie xpernah dtg comment…..” eh tue contoh jer..korang jgn salah paham…..hahahaha… 😆 kadang2 malays ni xpaham sarcarstic….
biasenye klo org xfamous mcm sy sume soalan n comment leh reply…klo daa berjuta2 mcm kak jie mmg dpt bayangkan laa susah nk puaskan hati sume org…mesti ade jer yg terasa..
ape2 kite cume leh lakukan yg terbaik yg kite boleh…tul x? 😎
sokong 100%
tapi dalam dok beringat tu kekadang kita salah langkah juga..jadi jalan y terbaik belajar dari kesilapan..orang tak suka takper
kat masjid bertarawih….aishhh..sunat tu …..
yonna selalu tak jaga zon selamat sendiri T______T sebab tu asyik sentap tak memasal hehe.
oh ya mama.pelik.ramai pulak sekarang ni nak bercerita hal-hal sunat setiap masa. if baca yassin 3x pun, perlu ke beritahu? baca al quran hari2? aih.
wahahaha… thanks kak jie.. semua kata2 kak jie tu.. terbaik.. saya patut pelajari semuanya..
sekali sekala nak sedap. tak salah kan..hehe..
Kena sedar, penulisan kita tu sedap ke tak seronok ke untuk orang baca. Kalau penulisan kita menyengat, tak payah nak blogwalking, orang akan datang bagi komen. Macam saya, memang penulisan saya tak ada ummph. Jadi kena rajin-rajin singgah blog bagi komen untuk dapat balasan. Tapi tak semestinya dapat kunjungan balik.
Sedangkan ada 10 komen sehari pun tak larat nak baca balik entry mereka dan beri komen. Apatah lagi bagi blog yang popular (lebih 30+ komen sehari). Nak balas camne tu?? maknanya tak semua boleh dibalas.
setuju ngan kak jie… 🙂
Terimakasih kerana menambah asam garam kat entri ni…maaf tak sempat nak membalas satu2
saya tak kisah pun kalau tak pergi pasar ramadhan..rilek je
biar ikhlas…jangan sakiti hati orang lain…
Betul tu nak jadi blogger kena KENTAL yg pasti bukan semua tak suka pada blog kita jadi kongsikan ILMU supaya mereka terus bersama.
setuju nak sentap tak dapat sentap haha biasa la tuh berblog untuk apa kalau nak kepuasan buat la ikut hati kita, nak duit kena usaha tingkatkan bahan untuk berblog jangan dok mengharap saja.
Betul la apa kata Kak Jie..kita ada pilihan komuniti mana yang kita selesa..Peringatan buat diri ini juga..terima kasih. 😛
perkara² dalam p/s tu menenggelamkan menu² masakan kak jie..hehe
kami pun berbuka dan bersahur ala kadar je..
selamat berpuasa kepada kak jie sekeluarga 😛
sedap la pulak tgk menu kak jie ni. hehee..
biasalah, tak semua kita dapat puaskan hati.. jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada…
Alhamdulillah..berbuka seadanya dan sederhana..
tidaklah berlaku pembaziran ye kak? hehe..
anyway, nk jadik blogger..kene tulus le..mcm kak jie, otai nehhh…. 🙂
buka kat masjid aje…
air teh o dan kurma..
sampai rumah baru sental lorrr.. huhuu
Hui puding tu kak jie..sedap tu..petang ni ishak buat sendiri puding untuk berbuka..maklumlah antara lelaki pandai memasak hehe..lagi pun ishak dengan ayah jer kat rumah..ibu ? disisi allah s.w.t…
saya kalau dapat tak sedap, saya meratap…salam mamajie..(^__^)
Assalamualaikum.
Selamat berpuasa.
Semoga ramadhan akan membawa banyak kebaikan untuk kita.
TQ
tibe je ayat ni betul tepat kena di kalbu..
betul tu ..
punya panjang tulis, tapi nak cari kat mana “nak sedap tak dapat sentap” rupanya cerita tu dah merangkuminya
ramai orang camtu…
***kak jie.ada bgtahu ada email ayu, yang semalam ker?pasal comment luv ee? dah baca entri tu..tengah belajar nak tukar slow2..hu..hu..
hehe… memang kita punya perangai macam tu biasanya.. harap ramadhan kali ni dapat mengubah kita jadi insan yang lagi baik..no more SENTAP SENTAP.. hehe
Selamat berpuasa kak jie, baca artikel ni memberi ilham untuk menu petang ni, best gak layan bubur skali skala.
p/s: semakin kerap taklerh nak buka blog kak jie 😥
HIDUP BIAR SEDAP, kata makcik blogger tu…. hihihi 😀
sy klu nak sentap, sentap sendiri2… cuba pastikan tak tulis dlm entri.. klu tulis pun, kaitkan dgn kucing ke, siput ke.. hahaha… tak reti nak ckp direct.. tu kelemahan sy…
sbb takut tersalah faham.. kdg2 apa yg kita baca, tak sama dgn apa yg si penulis tu cuba maksudkan… mungkin dia buat lawak, tp kita baca serius… mungkin dia sedih, kita baca benda tu lawak.. byk sgt kemungkinannya.. susah alam maya ni.. kena faham betul2
akak citer pasal bersahur, anak saya yang umur 5-6 tahun sebang je bangun.. tapi bapaknye rasa tensen sgt kejut. kejap-kejap satu saat.. ada dekat 10 minit menunggu
Salam, Kak Jie, satu yang saya belajar dari komuniti blogger.. kalau buat sesuatu, jangan harapkan balasan. hidup biar ikhlas 🙂
wow ada keropok goreng 😀 memang menarik perhatian waktu sahur yang mamai
setuju kata kak jie… Kuasa Pilihan dihujung jari… tekan jer X kalau tak suka ngeh..ngeh..ngeh..
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
p/s ada 3
mengancam 😀
masa baca entri ni pukul 11 pg
kak jie sila bayangkan perasaan sy
hee ~
Ada benda yang kita boleh tegur – kalau tak betul caranya
ada benda yang kita boleh abaikan kalau tak berkenan dgn kehendak kita…
semua pilihan kita – tak suka sebab orang tu tak memenuhi kehendak kita, kita cari lain… dlm dunia ni ada berbillion manusia – jangan nak mengata² dia – tak pasal² kita yang berdosa
dia tak geng dgn kita tapi tengok dia ngam dengan orang lain… ok lah tu
tiap org kan hidup berkelompok, berpuak2 mengikut kesesuaian masing2… kita carilah group atau komuniti yg sesuai dgn kita
Ini isu lain ni….
kalau blog dah open for public to read maknanya terbuka untuk sesiapa saja untuk komen apa saja.. kalau tak nak baik private aje blog buat mcm diary.. sendiri tulis.. sendiri baca 😉
betul kak jie…nak jadi blogger yang tegar, hati kena cekal. kena terhantuk sekali dah melatah, baik tulis dalam diary saja.. terima kasih atas ayat-ayat kak jie yang menguatkan jiwa.. saya rasa macam bersembang dengan mak saya tau…
Aritu terbaca tweet seorang blogger, mcm merajuk bila blogger top (wordpress lah tu) tak komen dekat entri diorang (blooger tak top)
setuju dengan semua p/s akak….tepuk dada tanya selera..learn a lot from you..thanks kak jie…
yezzaaaa… mula2 kakjie bg kiter terbuai sampai teringat berpuasa dgn mak kt kampung..pastu kakjie bg pesanan penaja..
terima kasih kak jie… sy pun dah mula berjinak2 dgn blog… btl kata kakjie, nk jd blogger harus berjiwa kental..
bukan semua org suka apa yg kita tulis..bukan semua yg tak suka apa yg kita merapu… tp apapun..kakjie, u are my idol ..
sy takkan pernah jemu untuk menjadi pelawat setia kak jie..
statement umum – guna gantinama KITA – merujuk pada diri sendiri dan semua pembaca. 😆
sape sentap? (menyebok jap).. hahhaa…
betul kate akak….x ade yg sombong…sume perasaan sendiri… thanks untuk words yg mengingatkan tu….