Blogger

5 In 1 – Kisah Aku, Kau Dan Mereka

Salam kak jie,
ape kabar?hope agak n family sihat.nak tny sket, macam mn sy nak register jadi member di blog akak(follower). sy tak jumpa link utk register.just ade utk login jer. lg satu sy mcm try nak bg comment kat n3 akak tp bila sy bubuh link blog sy, nape ek dia retrieve n3 sy yang lame, not the latest n3? adekah sbb sy tak jadi follower blog akak. maaflah kak byk tny, im newbie in blogging. harap akak sudi menjawab kemusykilan sy ni. thanks.

p/s: if akak sudi jemputlah melawat blog ku yang masih baru lagi ni..

Saya dapat email ini – pusing kepala baca dan nak faham apa yang ditulis. Lain kali kalau berhubung dengan saya tulislah bahasa mudah yang orang tua macam saya ni boleh faham.

Ada dua isu yang dibangkitkan – lain kali guna perenggan ye dik, kesian cikgu BM kita di sekolah dulu.

Follower – Maaf, blog saya tiada sistem follow mollow ribu riban tu. Tak glemerkan blog ni….. Chemisty antara saya dan pengunjung blog ini berlaku secara bebas.   Sesiapa bebas datang dan pergi tanpa ada ikatan dalam bentuk ‘rela-paksa’

Sistem komen di blog – Kerana blog ini bebas tiada ‘ikut – ikutan’ jadi masalah komen bukan sebab tidak menjadi follower blog ini. Seperti yang saya tulis di entri ini – Feed Commenluv Error – to fix the problem visit http://comluv.com/member/unban-url – masukkan url blog untuk reset semula.  Sesiapa yang mempunyai masalah latest entri tidak dipaparkan pada sistem commenluv, reset url blog di link tersebut.

Mungkin boleh membaca beberapa entri lama seperti Cara Menulis Komen di kujie2.com atau Kenapa Tak Approve Komen untuk lebih memahami sistem komentar di WordPress.   Sistem keselamatan WordPress akan menapis komen yang dianggap spam dan menyimpan komen di ‘spam box’ sehingga diapprove oleh admin secara manual.  Baca juga entri Blogger, tolong hormat blog orang lain supaya tidak ditakrifkan pengemis trafik.

*******************************

p.s – agak stress kerana cuba menyelesaikan satu masalah tapi gagal.  Telefon CIMB – cik telefon nombor ni ye…….. telefon nombor tersebut …. owh…cik kena telefon nombor ni ye…….. dah 3 nombor akhirnya diberitahu saya tidak boleh mendapat apa yang diminta kerana kereta adalah atas nama suami.  Saya cuma minta amount untuk buat full installment kereta saja – saya nak bayar habis.

p.s – intan pergi sekolah dengan memakai penutup  mulut dan hidung ( mask ) kerana selesema dan batuk.  Kawan dia tegur ” awak ada H1N1 ye.?”

Apa Intan cakap?  ” saya batuk dan selesema, saya tak nak awak kena juga “

p.s – Ngeri baca orang baik² dok mencaci kat fanpage Facebook – Nor Azita Osman Hina Negeri Johor.  Waktu hati sedang marah siapakah yang bersorak gembira?   Fikirkan!  Dulu kes Hani Tarmizi dengan wanita Sarawak… tak juga serik-serik nak kawal diri .

p.s –  erk… apa lagi ye?  macam banyak nak update status :lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “5 In 1 – Kisah Aku, Kau Dan Mereka

  1. hehehe~
    naseb baek leh paham kan kak?kalau tulisan nye short form lagi..
    mau pening jgak nak jawab..
    banyak yea pesanan nye?hehehe

    nway kak, Selamat Berpuasa~

  2. esok lusa minggu depan, kak jie settlelah
    cuma tak puas hati…kita perlukan amount
    sbb nak keluarkan duit nk g bank

  3. mula2 tu nk update kes lain..sedap dgt menaip
    semua nak diupdatenya
    mcm byk sgt isu…hehehe

    biasalah makcik2….pok pek pok pek..bersambung2

    bab fanpage nak benci2 , anti2 tu… ,mem le dia org tu tak pernah buat salah

  4. ingat nak buat mcm ni lah..pergi je mana2 CIMB , terus bayar semua….telefon tu sebab nak tau berapa jumlahnya..sedang nak bajet

  5. aduhaii… merangkak jua maza membacanya..
    sungguh payah sehhh…

    utamakan yg formal kan mudah.. hehehhe

  6. sungguh tertekan lau kena kol byk kali tapi still tak dapat.. kak jie tegur je, senang.. setahu saya lau nak tanya pasal full payment kereta sgt senang.. entahlah.. huhuu.. sabar ye kak jie.. dunia skg ni mmg terlampau advance dah…

  7. Salam kujie,

    saya paling suka bab nak reset URL tu,..selama jenuh mencari2, boleh tengok nanti..hehe..

    bagus jugak tak guna sistem follower ni kan, nampak lebih telus.

  8. yang cimb hire and purchase dah tukar nombor..ntah ape nombor ntah..saya aritu 2 nombor juga kene call baru dapat..hohoho

  9. salam perkenalan kak jie! 🙂
    entri yg pendek n simple tp banyak ceritanya..hehe

    kesian kak jie susah nak paham tulisan peng’email’ tu…biasalah kak jie, gaya bahasa org skrg..hahaii (updatelah dkatakan bahasanya)

    huhh..x reti jage hati customer betul diorang tu…

    hehh!! mmg x sudah2 dngn caci maki diorang tu…bawak2 lah sedar….hmmmm 😥

  10. macam mne dia boleh hantar emel kat akak??adeh..sy dh cuba beberapa kali tapi still error..adeh..tak pe la len kali saya try lagi..orang bank tu sje je nak men kan orang dan nk menghabiskan kedit orang..adeh..

  11. CIMB? huhu saya dulu pernah call nak buat full settlement untuk credit card, mula call ke sana sini, pas ke sana sini, then boring letak telefon…

    sudahnya tunggu cimb call baru la boleh buat payment

  12. Cik CIMB ni …orang nak bagi duit pun tak nak…tak paham. Saya anak jati johor ..hmm
    tiba tiba jer ..ter-recall lyric lagu negeri johor 😆

  13. Dulu aku ambil kisah sangat pasal follower ni, tapi bila dah matang aku dah tak kisah. Kalau ada yang follow aku, aku akan follow balik, kalau takde pun aku tak terasa apa2.

  14. CIMB nie mmg camnie, sy nak bayar habis personal loan pun sm. Lepas call dept nie, die pas plak kat dept lain…hmmm xfhmla apa masalah die..

  15. hehehe hambik kan.. penuh sumbat macam ketupat sotong semua entri masuk satu dalam. hehehe…

    erk.. bab kutuk mengutuk tu dok ade lagi ke? tak sudah sudah. ini lah yang akan bila dah boleh menulis… pantang rasa tak puas hati jer semua nak buat HateBook. adoi ai.. ape tah.

  16. Apa ada orang kutuk negeri JOhor..sapa tu geram ni geram ..pandai2 kutuk negeri aku ya!!!! Johor ni lah satu-satunya negeri yang tak pernah di Jajah oleh pejajah…negeri yg supply air ke Singapore …geram betul lah budak2 muda ni tak sayang maruah betul lah..

  17. akak pergi jer CIMB tanya terus…. kat situ senang sikit kot berbanding tepon tepon ni….

    kadang diorang ni mangkuk agaknya…. orang nak bayar tak nak layan…. taulah kalau bayar semua awak da tak dpt untung lagi tapi daripada tak bayar???? mana satu nak….hehehehe

  18. Mahu famous lebih dari biskut yang sedia famous. hehe.. lawak.

    Nasib baik telefon je kak. Kalau pergi kaunter kejap kaunter 1, kejap kaunter 4, kaunter 9. lagi letih.

  19. saya ada cara tersendiri follow kak jie .. cuma guna add url kat reading ist .. hehe .. tak jupe button follow sy pon buat gitu :mrgreen:

  20. Heh. Gud. N3=entri. Br phm. 🙂
    apa pn pasal fan page x mahu ckp bnyk. Dulu gitu juga. Hehe. Hbt kak jie ada org email 😉

  21. bab kena kol org tu, then org ni plak, then org tu plak, yg tu la yang paling bengang skali..abiskan kredit je..huhu

Comments are closed.