Hari-hari Senam Jari, Dah Slim Ke ?
Blogger

Hari-hari Senam Jari, Dah Slim Ke ?

Bagaimana nak tahu kebolehan menaip?

Zaman saya dulu, masing-masing nak kerja ‘gomen’ anak gadis akan mengambil kelas belajar menaip sewaktu menunggu keputusan SPM.   Saya ada sijil menaip peringkat permulaan dan menengah yang dikeluarkan oleh Trengkas Melayu Institute yang dipanggil Sijil Sekolah Perdagangan pada tahun 1986.

Memandangkan saya tak kerja ‘gomen’  pandai romen saja, semua kecekapan gerakan jari jemari atas mesin taip sudah berkarat.  Ilmu menaip walaupun tidak selancar dulu, rasanya masih ‘hidup’ kesepuluh jari – bukan 2 jari!

Surirumah… apalah sangat yang nak ditaipnya.  Blogger pun tak perlu taip laju-laju… tak ada siapa nak tentukan due date untuk publish entri.

Berbalik pada pertanyaan pengunjung tadi, ada laman web yang menyediakan perkhidmata menguji kecekapan menaip.  Boleh pilih bahasa pilihan yang bersesuaian.  Saya cuba menulis untuk Bahasa Melayu.

349 aksara seminit dengan 55 perkataan yang betul.

Apa lagi, kliklah link ini dan cabar kecekapan ‘senam jari’ saya ! malaysian-speedtest

©kujie – malam tadi mimpi anak sepupu kemalangan jalan raya.. terjaga dalam keadaan mengigil.  On pc cari encik Suami yang jauh 10,500 kilometer.  Mainan tidur katanya.   Tengah nak siapkan entri ni , adik telefon dia kemalangan pagi tadi.  Kereta dia kena rempuh dengan pemandu motor, sekarang di balai sedang tunggu pemandu motor datang buat repot juga…tapi tak muncul-muncul.  Kedua pemandu tiada kecederaan teruk.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Hari-hari Senam Jari, Dah Slim Ke ?

  1. saya taip perlahan jer….huhuhuh kadang kadang je boleh taip laju bila ada tekanan seperti assignment tak siap lagi dan sebagainya…ehehehehehe

  2. Saya tak pandai menaip laju . Pernah try buat ni , tapi sikit je perkataan yang saya boleh taip dalam 1 minit .

  3. kujie…
    mainan tidur menjadi kenyataan pula ya. alhamdulillah tiada kecederaan.

    saya menaip guna 5 jari tangan kanan dan hanya satu jari tangan kiri… tak pernah berguru, itulah padahnya

  4. “Memandangkan saya tak kerja ‘gomen’, pandai romen saja :mrgreen: , semua kecekapan gerakan jari jemari atas mesin taip sudah berkarat.”

  5. hihihi..dulu masa skolah teknik,mmg ada exam utk menaip ni.Pestu keja pun jadi setiausaha.tp skang ni,jari dah lembab dah kut.2jari ja laju sbb main game.kih kih..

    kak jie,kdg2 kita mcm ada sense kan pasal benda2 nk jadi.binatang pun lagi kuat sense depa.dulu masa nk tsunami kt sini,sunyi jaa…burung,anjing,kucing semua tak bunyi..

  6. gile laju akak menaip
    ni dah berkarat punye skill
    kalo lom berkarat mau tercabot semua urup kat keyboard nuu 🙂

  7. sapa2 kerja secretary memang kena ada skill macam ni..
    baru laju menaip hehe

  8. setakat percubaan kali ini maza mendapat keputusan seperti berikut:-

    Kamu mencapai 328 markah, jadi kamu berada di posisi 638 dari 22599 dalam senarai kedudukan

    Kamu menaip 414 aksara seminit
    you mendapat 64 perkataan betul dan
    kamu mendapat 1 perkataan salah

    **err ada sesiapa nak upah maza menaip ke? heheheh
    err surat cinta tak mahu lah.. huhuhu
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  9. kita skrg ni menaip sebab update blog je…tu yg pasal rajin update sebab gian nak menaip…alasan le konon…kehkeh

  10. :mrgreen: kerja kat opis, hari² kena menaip. melawat blog pun kena menaip, bila jari dah beku kena ekon yg sejuk, slalu ja taip perkataan salah.

  11. ini betul2 jari ketuk keyboard ni

    kak jie punyalah sibuk tak sempat nak reply komen, dia dah siap satu entri 😆

  12. maza bermula dengan mesin taip juga..
    masa STPM itulah maza mencium dan bergumul dgn mesin taip…

    tiap2 minggu ada sahaja assigment…
    skrg ni, 11 jari termasuk ibu jari kaki turut bergerak2 sama ketika menaip.. belum lagi bibir diketap.. mahu kejar report utk present depan boss lorr.. huhuh

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  13. Kamu mencapai 221 markah, jadi kamu berada di posisi 3034 dari 22257 dalam senarai kedudukan

    Kamu menaip 319 aksara seminit
    you mendapat 45 perkataan betul dan
    kamu mendapat 2 perkataan salah

    huhuhuhu

  14. Kamu mencapai 297 markah, jadi kamu berada di posisi 1031 dari 22121 dalam senarai kedudukan

    Kamu menaip 365 aksara seminit
    you mendapat 57 perkataan betul dan
    kamu mendapat 0 perkataan salah.

    Ada tiga jari saya “mati” waktu menaip. huhuhu… sebab tak pernah gi kursus menaip. Tapi jari yang tak menaip laks tetap slim… hehehe

  15. owh, nasib baik tiada kecederaan..

    walaupun dah lebih 5 tahun ngadap pc hari-hari, skill menaip masih low class. gila lambat terhegeh-hegeh. ekeke

Comments are closed.