Senarai tempat lain yang menarik untuk dilawati – klik sini Tempat Menarik Untuk Dilawati
Musim cuti sekolah dan biasanya anak-anak saudara saya datang ber’summer camp’. menghabiskan cuti seminggu dua di rumah saya. Mereka tiada masalah kerana mereka boleh memancing, mandi air terjun , main ps2 sampai lebam atau paling mudah terjun kolam sampai kecut.
Jumaat petang , 2 orang anak saudara saya dah sampai dari Meru, Klang. Syasya dan Aqmal. Aqmal habiskan zaman kanak-kanak sebelum pulang semula untuk bersunat pada hujung minggu depan. Seminggu kemudian bilik saya sudah ditempah oleh Iwan, anak saudara saya dari Kuala Selangor dan Insya Allah hari Khamis nanti emak, adik ipar juga anak-anak saudara saya dari Kedah pula akan datang.
Meriahnya!
Kebiasaanya saya akan bawa mereka keluar ke tempat-tempat menarik yang terdekat. Sebenarnya ada banyak pilihan untuk dilawati dalam sehari di sekitar Kuala Lumpur. Antaranya
Menara Kuala Lumpur
Dibuka setiap Isnin – Ahad dari jam 9.00 pagi – 10.00 malam .
Tiket Menara Kuala Lumpur:
Dewasa – Rm 15 RM 38
Kanak- kanak ( 4-12 thn ) – Rm 9 RM 28
Warga emas – Rm 13 ( tak pasti ada lagi ke tidak untuk kategori ini )
Zoo Negara – Tempat yang paling saya suka . Sangat sesuai untuk anak-anak kerana keselesaan dan ruang bebas untuk mereka bergerak.
Dibuka setiap hari dari 9.00am – 5.00pm
Tiket Masuk ke Zoo Negara 2014
Harga tiket Zoo Negara 2014
- Dewasa – RM 30.00
- Kanak-kanak 3-12 tahun – RM 15.00
- Warga Emas 65 tahun ke atas – RM 15.00
- OKU – Percuma
Harga Tiket Rombongan sekolah ke Zoo Negara – Kanak-kanak RM 8 dan guru pengiring RM 10
Multi-Animal Show – (Sea Lion / Macaques / Macaws)
Setiap hari : 11.00 am & 3.00 pm / 3.30 pm (Jumaat)
Pusat Sains Negara – Ini juga tempat pilihan saya, selalu bawa anak-anak ke sini kerana terlalu banyak maklumat dan disampaikan dalam bentuk yang menarik. Baca entri percutian di Pusat Sains di sini >
Rock Music Di Pusat Sains Negara
Dibuka : Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad (Tutup pada hari Jumaat )
9.00 pagi – 5.00 ptg
Tiket Masuk Pusat Sains Negara :
13 tahun ke atas – RM 6.00
7 – 12 tahun – RM 3.00
Warga emas ( 55 tahun ke atas ) – RM 3.00
Lokasi : Di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti
Baca entri percutian di Pusat Sains di sini
Muzium Negara – Bila kali terakhir pergi Muzium? Saya tak pasti kenapa muzium selalunya menjadi pilihan yang terakhir. Mungkin sebab tempatnya yang suram. Saya pernah melawat Muzium Negeri Selangor, dan hanya kami anak beranak pelawat yang ada. Sunyi dan menyeramkan…
Baca entri percutian di Muzium Negara di sini > Pameran Bola Sepak Suzuki AFF 2010 Di Muzium Negara
Dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji
9 pagi hingga 6 petang
Bayaran : 13 tahun ke atas – RM 2.00
Percuma untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan berpakaian seragam sekolah.
Taman Burung Kuala Lumpur – Taman burung bebas terbesar di dunia, terletak di dalam kawasan Taman Tasik Perdana. Ada pertunjukan burung pada jam 12.30 tengahari dan 3.30 petang setiap hari.
Harga Tiket Masuk Taman Burung KL
Warganegara – RM 15.00
Kanak-kanak di bawah 12 tahun – RM 6.00
Bukan warganegara – RM 35.00
Baca entri percutian di Taman Burung di sini ( link )
Genting Highland – Dari rumah hanya 20 minit ke Awana Skyway. Tiket pergi-balik – RM 10 seorang.
Tiket Genting Highland :
ALL PARK – Indoor Theme Park, Outdoor Theme Park & Wet Park
Dewasa ( 13 thn ke atas ) – RM 51 – RM 59
Kanak-kanak ( 90cm & 13 thn ke bawah ) & Warga Emas ( 60thn ) – RM 36 – RM 41
FAMILY PACKAGE (2 dewasa & 2 kanak-kanak) – RM 167 – RM 192
OUTDOOR THEME PARK
Dewasa ( 13 thn ke atas ) – RM 38 – RM 66
Kanak-kanak ( 90cm & 13 thn ke bawah ) & Warga Emas ( 60thn ) – RM 27 – RM47
FAMILY PACKAGE (2 dewasa & 2 kanak-kanak) – RM 125 – RM 215
Maklumat tiket : SINI – Tiket bergantung kepada pakej hari biasa atau peak days – weekends, school holidays and public holidays.
Baca Juga
Hari ini saya akan berombongan cik kiah ke salah satu tempat ini….. di mana ye?
brapa harga package utk 3 hari 2mlm 2 kanak2 & 2 dewasa,termasuk tambang dr miri swak?
ini mmg kat kl ni.. nak cari tempat menarik utk 3 hari 2 malam, anak kecik, budget.. wah, byk cekadak tul.. hihi…
bestnye kalu dpt bercuti bersama keluarga tercinta… rindunye malaysia…
Time cuti sekolah ni anak-anak yang paling seronok. Cuma mak bapak je yang tak berapa seronok sebab terlebih belanja sudah. Heehehe
Melonjak tinggi pulak harga tiket Menara KL tu yer..
bestnya jala-jalan kan seronok betul la…. 🙄 🙄 🙄
🙂 thanks syuhada ats peringatan tu. betul la kwn2 klu nk ke genting tlg bw jaket.klu x mgigil.
ye ke
😀 sy pun teringin nak p genting. lama x p. dulu p ngan lawatan koperasi sek. best tau.
😳 too dia zaman sblm milenium dulu p. la ni dah berubah banyak la kawan. kena p
🙄 tak yah gi manara kl pergi times square lagi best
😎 cool kat genting.
😎 tau kat genting jadi sesiapa yang nak pergi genting sila sediakan jeket bulu.
nak g genting
Memang best sebab ada macam macam burung kat dalam tu. Tapi penat berjalan..besar tempatnya..Yang syoknya bila last sekali akan dapat berehat kat kawasan air terjun buatan. Tak boleh mandi tau… 😆
best
interaktif
blh pegang burung n bebas kt dlm tu
lbh best dr g zoo
kt atas tu ada teropong
blh tgk pemandangan jauh la
sy pegi dgn rombongan free thn lps
kalo pegi sndiri mcm xbebaloi kot
terpulangla pd minat org
last aku gi zoo negara..tahun 1987…sampai skrg tak pernah lagi
menara kl mahal..pasal sekarang dah ada zoo mini…dulu rm15 je…
best nyer dpt melancong……………..
kalau blh nk pegi tmn burung… mesti bez an????????????????
Teringin nak pergi Menara KL. Tapi tak pasti berbaloi atau tidak bayar RM38 untuk naik ke atas….
Apa yg menarik yer di Menara KL nie?
Terima kasih…. Good info !!
knp herge2 tiket tu mahal sgt ek?? klu ank 1/2 leh la lg…klu da 5/6 org, ape citer??
tringin nak naik menara k.l…dgar citer tiket mahal…
Horizon Travel & Tour
Nak bercuti kemana sahaja dalam Malaysia dan apa sahaja jenis percutiaan sila hubungi
SAYA NAK PERCITIAN YANG ADA KOLAM RENANG 😐 😡 😡 😡 😡
🙄
Bagus laa info kak jie.. dah kira macam desnitation guide pulak.. 🙂
nuaemans last blog post..Aktiviti Cuti Sekolah : Berkhatan
nk gi bwk anak-anak la…
lame xgi jln ngn anak2… 😆
BaniHassims last blog post..Kalau SUAMI, Jika SUAMI…
wahhhhhhh!!!!!!!sudah lama sangat tak gi zoo negara..pegi dulu masa rombongan tadika kemas..kehkehkeh..teringin gak nak gi lagi skang nie…org ckp skang nie zoo dah besh!tul ker kak jie?
izzahs last blog post..Antara Novel dan Filemnya
dalam banyak2 tu…aku baru pergi 2 tempat jer…eshhh apa nak jadi dengan aku ni
kitas last blog post..Ilmu Paling Utama !
kujie pergi semua tempat tu ker? dasat!
shaxxs last blog post..Death Comes Knocking
Ingat nak ke Zoo Negara jugak…
Masa balik kg raya puasa hari tu, lalu kat kg mana ntah si adik kata dia nampak anjing. Apa ke hal anjing ada kat kg di Kelate pulak tu, tgk2 rupanya kambing…
Ntah nak gelak ke nak marah. .. huhu 😕
intans last blog post..Menu Hari Minggu Yang Lalu
yonna suka zoo negara!!!!
heeeeeeeee
mcm cantek sgt binatang2 tu :p
ngee
wahh semalam g psn
hari ni? :p
yonnas last blog post..dadah terbaru
ye la tu….. 😛
menara KL dah turun harga ya.. dulu rasanya masa neeza naik, lebih mahal.. dan zoo naik harga pulak.. ada tambang binatang kat dalam tu ke kak Jie? tambah semut dan cacing kot hehehe…
jom la cuti cuti saudi arabia hehehehhh
Neezas last blog post..tanya soalan..
Nasib baik Melaka ada Street Smart, masuk free
Hasbullah Pits last blog post..Politik Harga Minyak: Lim Guan Eng Merepek Macam Shahrir Samad
kak jie sebut zoo negara…baru saya ingat dh lama sangat saya tak pegi sana..dah jadi aper pon tak tahu la..hehe..muzium pn dh lama jugak tak pegi.. 😎
|1f34|-|1r3s last blog post..What does your blog tell your readers?
eh ada.. sori jie… econsave tak de…
divas last blog post..Kisah Kucing Diva…
kenapa tak masukkan stadium negara sekali sebagai tempat wajib lawat…?
divas last blog post..Kisah Kucing Diva…