Cintaku Tertinggal Di Malaysia
Rumahtangga

Cintaku Tertinggal Di Malaysia


Suami telah berlepas pulang ke Algeria awal pagi ini .   Flight QR623 KL – Doha ( 7 jam 25 minit ) dan akan meneruskan penerbangan QR566 Doha – Algiers ( Algeria ) 6 jam 50 minit. Kemudian untuk penerbangan domestic Algiers – Constantine ( AH 6024 )  selama 50 minit lagi.

Semoga dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan.

©kujie – saya tak nangis , ok..hehehe… dari rumah saya dah ingatkan kat airport jangan nak buat pesanan penaja .  Sesi wasiat dan pesanan penaja kami selesaikan waktu berdua dalam bilik. Time tu boleh nangis semaunya.  Orang tak nampak…:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Cintaku Tertinggal Di Malaysia

    1. kami dua2 tak aktif berfacebook…masing2 ada akaun..

      perlu ada had dan sempadan utk hubungan terbuka di talian. nanti susah nak control..hehehe

      play safe tu namanya 😀

  1. Sekejapnya suami kak jie balik . Tapi , takpe la kan . Kak jie pun dah dapat spend time bercuti hari tu .

    Semoga suami kak jie selamat sampai

  2. tadi baru sufr ttg Algeria, kot2 leh market transportation system ke sana..terasa2 familiar je dgn country tu..rupa2nya husband kak jie kat sana..hehe..semoga semuanya selamat yer 😉

  3. semoga suami kak jie tiba di destinasi dengan selamat dan sihat sejahtera hendaknya.

    tengok gambar kak jie tu, dah boleh buat team Futsal Algeria.. 😀

  4. اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَ

    تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْل

  5. Saya pun doakan moga2 abg akak selamat tiba di destinasi. (Mesti bedebor je selagi x tiba eh k.jie?..sabar yek..)

    1. terimakasih ye..betul lah tu
      tadi drive balik dari KLIA sampai rumah pun dah 3 pagi
      tak leh tido lagi… bukan fly utk kali pertama tak de la risau mcm dulu2 lagi

      tapi..ttplah juga risau

    1. syarikat Jepun utk projek lebuhraya di Algeria
      mgkn 2 tahun , mgkn setahun –
      kerja tak mcm belajar
      belajar kita kena habiskan
      kerja mengikut keadaan semasa – mgkn habiskan kontrak, mungkin sekerat jalan…

      esok belum pasti…hehehe

Comments are closed.