Kerja keras memang mengeluarkan keringat.. tapi tak ada orang yang mati tenggelam dalam lautan keringat.
Peribadi

Kerja keras memang mengeluarkan keringat.. tapi tak ada orang yang mati tenggelam dalam lautan keringat.

Anak Menantu : Esok abang dah balik Algeria, Sabtu pagi Angah balik asrama, petang Along pula….tinggal berdua dengan Intan.

Emak Mertua : Tak payah sedih2, mak pun tinggal sorang…. bla…bla… zaman mak muda2 dulu pun selalu kena tinggal…masa bapa mu pergi sawah. Masa tu bapa naik basikal dari Sabak Bernam ke Sungai Besar ulang alik bila musim bersawah. Bapa bawa balik padi ulangalik 2 kali kayuh basikal .Bla…bla…bla… orang Jawa memang tradisinya keluar bekerja tinggalkan keluarga. Biar susah waktu muda, senang kemudian hari. Embah-embah dulu datang meneroka buka tanah hutan kuat kerjanya…. Emak redha anak-anak mak kerja jauh. bla…bla…bla….. lagi pun kita bergantung pada Allah bukan pada manusia…. berserah diri pada Allah, mohon perlindungan mohon pertunjuk dariNya.

Anak Menantu : Yelah mak….


Kujie – Nak jadi seorang yang gigih, kuat semangat dan berfikiran positif seperti emak

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Kerja keras memang mengeluarkan keringat.. tapi tak ada orang yang mati tenggelam dalam lautan keringat.

  1. Kak kujie…saya pun baru kat blog ni…saya pun berjauhan dengan keluarga, bagi saya sebagai anak lelaki kena berhijrah dan bawak balik kebahagiaan untuk keluarga suatu hari nanti…
    Jom terjah post menarik dari rashid ..(Kongsi) Malas, Malas, Malasnya Aku.My Profile

  2. salam.. saya baru pertama kali sampai blog ni.. tersentuh hati baca entry ni.. ye, setiap kerja keras tu, pasti ada balasannya.

  3. saya sudah bersedia untuk merantau mencari ilmu.. sayang jodoh belum sampai lagi untuk merantau jauh..

  4. owh saya masih belum bersedia nak tinggalkan isteri. meskipon untuk dia balik berpantang ke kampung. masa tu sunyi la kan.. walaupon ade talipon.. tapi masih jugak tak same macam tengok hari-hari… lain situasinya…

    P/S: bla..bla..bla… panjang betoi tarbiahnye ye kak jie. hehe
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..My Water Moment – Part 2My Profile

    1. masa kak jie muda2 dulu pun tak pernah kena tinggal….setiap site kami ikut pindah

      rasanya lebih 10 rumah sebelum menetap spt skrg…skrg ni pun sebab anak2 dah besar dan rasanya suami perlu untuk mencapai cita2 peribadi dia

      sebenarnya mak berbla..bla..bla…campur2 cakap jawa…hehehe

      faham tapi tak pandai nak tulis

  5. mmg kena kerja keras pun.. dan kena gigih… tapi tul, org dulu2 mmg kerja betul2.. tgklah ayah kita camner.. bila dah pencen pun tak reti duduk diam2.. asyik nak cari kerja utk dibuat jer..

  6. Duduk berjauhan memang sedih..tetapi ia juga menguatkan kasih sayang, menambah rindu dendam so bila bersama, setiap detik amat berharga

  7. Bila ALLAH kita utama pasti tenang jiwa ini kerana di sana pun kita jumpa ALLAH yg abadi..manusia hanya sementara…

    p/s : saya merasai apa yg dirasai…semuga tabah…

  8. insyaAllah…moga ketabahan itu akan diperolehi. Kadang2 mungkin sebab keadaan semasa tidak sesusah mereka… 🙂
    Jom terjah post menarik dari epel ..10 tahunMy Profile

  9. Salam Jie!
    Saya juga akan tinggal seorang.Wan kat Institut Perguruan dan Mat akan ke UITM.Inilah pusingan roda kehidupan.
    Jom terjah post menarik dari Yatie ..TudungMy Profile

Comments are closed.