Rumahtangga

Macam Mana Mama Jumpa Abah?

Dalam perjalanan balik dari kampung semalam, Intan dan Along bertanya soalan yang buat hati saya kembali mengebu-gebu seolah-olah jatuh cinta untuk kali pertama.

Saya pernah tulis dalam entri Ramadan dalam hidup saya yang memenangi hadiah peraduan. Along dan Intan ketawa terbahak-bahak mendengar kisah cinta pertemuan saya dan suami.

Saya copy paste kisah itu di sini ye…

Sejarah awal perkahwinan kami sangat ringkas dan singkat. Untuk pertama kalinya saya bertemu pada 9hb Mac 1991 – pada majlis pembukaan rasmi kilang Canon , Shah Alam. Kami datang atas jemputan rakan serumah masing² yang secara kebetulan rakan sekerja.

Sebenarnya dia datang untuk melihat awek lain yang dia dan kawan-kawan serumah sering bergossip. Jumpa saya dia terus tinggalkan kawan-kawan yang datang bersama. Lebih kelakar, dia boleh tinggalkan kawan-kawannya balik naik teksi sendiri, dia pula menjadi lelaki macho tawarkan diri menghantar saya balik.:lol: Macam drama tv.

Seminggu selepas pertemuan pertama, dia telefon saya ajak keluar, saya menolak dengan alasan nak tengok cerita cina kat tv2..…dulu² setiap petang Isnin – Khamis layan cerita cina kat tv2. Alasan sengal sebenarnya kerana dia ajak keluar makan malam sedangkan waktu itu baru 6 petang , saya tersilap bagi schedule rancangan tv.

Macam hero filem hindi yang tidak pernah mengenal erti putus asa, dia menelefon saya sekali lagi selepas maghrib . Kali ini saya tak control ayu lagi, terus setuju…..tadi tu kenalah test market…tengok pasaran saham.:lol:

Dari Taman Sri Muda, Shah Alam kami ke gerai makan berdekatan kilang Motorola Sg. Way (kilang tu dah tutup tapi alhamdulillah, cinta kami masih utuh).   Hari itu adalah 17hb Mac 1991 bersamaan 30 Sa’aban 1411, esoknya 1 Ramadhan tetapi jin aperit dah menguasai, kami berdating malam pertama puasa – ponteng sembahyang terawih.

Selepas makan, terjadi satu lagi peristiwa yang tidak mungkin saya lupa. Mungkin inilah balasan cash dari Allah…. kereta tak boleh dihidupkan!

Untuk pertama kalinya dalam hidup , saya tolak kereta dan lebih sadis lagi pada dating pertama.  Bayangkanlah awek cun melecun xcited keluar first date kana tolak kereta depan kedai makan…..huwaaa!:oops:

Macam drama tv! Terbahak-bahak Along dan Intan ketawa … wah…abah rock!

Dalam perjalanan balik, di depan Seksyen 18 sebelum lampu isyarat ke Seri Muda, sekali lagi kereta mati tiba². Kami buat keputusan tinggalkan kereta di situ dan berjalan kaki. Hampir ke simpang Sri Muda, bas terakhir ( 337B ) baru berlalu . Lagi sekali……..huwaaaa…… itulah…. patut pergi surau berterawih tapi pergi berdating pula ! Adik² jangan buat macam ni tau…

Saya berjalan kaki dalam gelap bersama kenalan yang baru seminggu kenal sehingga ke stesen teksi . Naik teksi bersama dan dia hantar saya ke rumah. Dengan teksi yang sama dia balik ke Seksyen 16. Sebelum teksi berlalu, beria² dia meminta maaf kerana beberapa kejadian yang tidak terduga itu ( patut dah tahu..sebab memang bateri kereta tu dah kong…)

Naik ke rumah, dari tingkat 5 lot paling tepi saya melihat kilauan lampu² bandar Shah Alam. Saya merenung jauh – si dia di sana . Masa tu belum ada telefon bimbit. Detik itu, waktu itu satu perasaan aneh telah meresap dalam jiwa – dah mula dilanda angau! Cintan cintun sudahhh….! :oops:

Saya melihat sikap bertanggungjawap dan sikap menghormati saya sebagai seorang perempuan ( time tu panggil awek )

Esok pagi sewaktu pergi kerja, saya melalui tempat dia parking kereta yang rosak semalam. Ah….saya nampak kelibat seseorang sedang tidur di dalam kereta. Ha ha ha..saja jerit dengan Jini ( kawan serumah )

” tu lah…..pakwe aku pergi dating semalam”

Dua bulan selepas itu, pada 17hb Mei 1991 dia telah mengikut saya balik untuk bertemu mak dan ayah di kampung. Itulah kali pertama saya bawa balik seseorang untuk diperkenalkan secara rasmi dengan keluarga. Kami naik bas dari Puduraya dan tiba di Baling keesokkan paginya. Sehari sebelum nya, dia potong pendek rambutnya. Sebelum ni sentiasa berikat, maklumlah zaman tu zaman rock kapak.  Zaman Bloodshet, Bumiputra Rockers, Crossfire, Search, Wing, Terra Rossa dan banyak lagi. Masih dengan image seluar ketat dan rambut panjang juga meriah bertandang ke konsert² rock.

Sebulan selepas itu 18hb Jun 1991 – sekali lagi rombongan dari Sabak Bernam datang ke rumah untuk meminang..kehkehkeh..saya tak pula mimpi di patuk ular tapi saya mimpi banjir besar dan saya bergayut memeluk seekor ular yang besar- sebesar pokok kelapa..wahhh…. mimpi pun demand yang besar².

3 bulan kemudian, pada hari Rabu 18hb September 1991 ( 9 Rabiul’awal 1412H ) – saya secara sahnya menjadi seorang isteri. Bukan lagi sekadar mimpi peluk ular tetapi dapat bantal peluk interaktive!

6 bulan selepas itu, dalam bulan Ramadan 1412 saya disahkan hamil anak pertama. Saya masih ingat macam mana gembiranya suami bila doktor beritahu berita ini. Malamnya selepas tengah malam, kami keluar ke Chow Kit. Meriahnya waktu itu walaupun sudah 1 pagi kerana orang masih berduyun² membeli belah membuat persiapan di akhir Ramadan. Suami belikan saya bunga siap digubah dan pasu tembikar. Ha ha ha..praktikal tau…. tak perlu bagi bunga segar nanti layu juga.

Kami akan balik berhari raya pertama sebagai suami isteri di kampung saya, tetapi akan singgah untuk berbuka puasa bersama mertua dulu. Rancangnya lepas bersahur baru balik melalui Teluk Intan.

Sedang berkemas² selepas sahur, masukkan segala kuih dan kerepek yang mertua kirim untuk bisannya di Kedah… emak mertua saya berbisik lembut di sisi

” Jie puasa penuh ke?”

Tengok betapa berseninya pertanyaan mertua saya. Raut gembira dapat saya lihat dari jawapan ‘Ya’ itu. Itulah orang berpengalaman, sekilas pandang pun sudah tahu sedangkan kami belum beritahu sesiapa lagi berita ini dan saya pun belum lagi menunjukkan tanda² muntah dan loya² ( bukan seperti drama² melayu- mengandung saja mesti ada adengan muntah² )

Saya tahu, itulah berita gembira yang ditunggu² kerana saya sedang mengandungkan cucu pertama dari anak lelaki mertua . Along adalah cucu ke 11 dalam keluarga mertua dan cucu pertama dari waris lelaki.

” Along tau, masa mama sarat mengandungkan Along, dok tunggu hari tu…… abah bawa mama p tengok race kat Litar Batu Tiga naik motor Cagiva Mito…Along bayangkan dengan memboyot tu mama naik superbike merah dengan baju merah”


Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

85 thoughts on “Macam Mana Mama Jumpa Abah?

  1. wah sweertnya kisah cinta sis
    tak dapat bygkan adegan tolak keta di hari pertama dating
    semoga berbahagia hingga hujung nyawa

  2. hahahaha..part kereta rosak tu nakal..mesti suami kak jie tu control hendsome kan..emm menarik sungguh cinta kak jie..amboi, merempit dgn perut mcm tu..haha..memang rock habis tu..haha

  3. Kira Along lahir pada tahun 1992 lah kan? Ok, dah boleh jawab soalan si dia, siapa lagi muda antara saya dan ALong.. hehehe… ^_^

  4. Kalau sabak bernam ni macam sedulur saya je cik abg tu ha ha…sekarang ni kak kujie pun dah puasa penuh sebulan juga ke..dulu posa penuh lain, la ni posa penuh lain. kah..kah.. 😈 maaf yea..maaf zahir batin..

  5. seronok baca kisah perkenalan k.jie hingga ke jinjang pelamin..pertanyaan ibu mertua tu macam dalam novel2 je..sweet lah.. 🙂

  6. sekarang pun masih menggunakan ‘saya’
    hanya entri yang ditujukan khas kepada seseorang , contoh mcm entri untuk Singgit baru Kak Jie guna perkataan “kak Jie’ sebab entri tu berhubung terus dengan dia

    kalau entri lain – umum utk semua yang membaca
    dalam kehidupan sebenar pun guna ‘saya’

  7. …………. 😐 Munge-munge baca kisah cinta kak jie

    p/s tahun 2010 entry di tulis…. menggunakan perkataan “saya” 😆
    Masih muda walaupon sekarang guna “kak jie”…kalau kak jie paham maksud saya..kak jie jangan marah tau…kak jie tetap berjiwa muda 😀

  8. pendeknya kisah..cepat toi kawen tuh..haha
    .-= Azizuan´s last blog ..Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.

  9. kesian kak jie kena tolak kete.. hihii..pengalaman tuh.. tapi bagusla, lelaki yg tak ambil kesempatan tah pape cam skrg ni.. asal kuar je, mulalah menggatal.. budak lagi.. huhuu..

    mg kak jie sentiasa bahagia
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Creative Youth Blog Program =-.

  10. haha..hanya mampu gelak aje. hehe..
    .-= full time blogger´s last blog ..How to become a Good Liar? =-.

  11. thumbs up la untuk kisah cinta auntie jie!
    Hahaha, sangat2 sweet dan romantis.

    Simple je kan, tak perlu nak berdating sakan, bercuti sama2 tapi kekal sampai ke hari ni dengan anak2 sekali 🙂

    One word: Wow

    Hahahaha

  12. phewittt…mmg cukup best dan simple cinta kak jie ni..tapi cukup utk buatkan saye tersengih sorang2 kat sini… :mrgreen:

    part kene tolak kete tuh…mmg tak boleh tahanlah..

    p/s – moge kak jie sekeluarga sentiasa hepi dan bahagia..ameen

  13. hati sy juga turut berbunga2 baca kisah cinta kilat kujie ni :mrgreen:

    p/s bila che abang nak smpai balik ke m’sia?

    1. zaman tu tak de cakap i love u, u love i… entah
      tak perasan pun pernah cakap ke tak

      tak ingat pun mcm mana nak kaweh..tup2 dah nak kawen

      hahaha

  14. Saya memang suka baca citer2 romantik camni.
    Suami Kak Jie, ingat x tarikh2 tu?

    Pagi2 saya dah tersengih baca cik abang Kak Jie tinggalkan kawan2 dia n kak jie kena tolak kete.

    Masa tu kak jie belum pandai drive ke? Kawan2 yg kena naik teksi tu x bengang ke?
    (saya plak sibuk nak tau) 😀

    1. hehehe..kawan2 yg kena tinggal tu pun bujang remaja juga
      dia org pun faham le….. kawan2 serumah sekampung tu

      lagi kelakar..dia org tak tau pun kami couple lepas tu

      tup2 dengar dah nak kawen…

      erk..rasanya tak ingat kot..biasalah lelaki tak ambek pot bab2 tarikh2 penting ni

      1. Pandai simpan rahsia ye…!
        Semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat, kebahagiaan ingga ke syurga.

    1. kejap sgt masa berlalu
      kenal 3 bulan, tunang 3 bulan

      kawen…mmg jalan hidup mudah tapi dah diguna awal2 lagi…kena tolak kereta 1st time dating!

    1. ada byk lagi yg dikisahkan dgn anak2 tu iza
      gelak terbahak2 intan dgn along

      lagi2 bab mama dia ni tak tau pun ada org jawa
      dah bertunang, 1st time bertandang rumah bakal mertua
      terkulat2 tengok dia org ckp ‘bahasa alien’
      tak faham sepatah haram pun…

      hahaha

  15. Salam Kak jie,

    Ohh la la.. Sungguh romantik kak Jie. Teringat Rizal masa sekolah rendah. Tanya dengan arwah ibu. “Ibu kenapa ibu kawin dengan Abah? Ibu suka orang Jawa ye?” Ibu ayah dan adik beradik lain semua terdiam. Budak-budak biasa la soalannya “Naive” :mrgreen:

    1. bab tak boleh nak lupa

      dia org pakat gelak kat abah dia rock

      selamba je tinggal kawan2…terus kejar awek
      mcm drama tv
      mama dn abah pelakon utama.

      gelak kuat2 lagi bila 1st date dah kena tolak kereta
      cewsss………… drama tv sungguh!

    1. macam2 lagi yg dia org tanya

      kena jawaplah….

      masa tu along yg memandu, skrg ni sy dah jadi mak datin
      dok menyandar je…

  16. boleh buat drama ni kak jie, satu kisah cinta yang menarik
    .-= mijie´s last blog ..Sekitar Hari Aggota Bomba 2010 di Melaka =-.

    1. sbb tu tak heran tgok drama tv cintan skrg ni
      sbb life kak jie masa jumpa abg pun

      mcm drama…hahaha..siap tolak kereta rosak, siap kena tinggal bas
      jalan kaki balik rumah…arrgg..lengkap!

  17. Kak Jie ni kan, suka buat saya ketawa sorang-sorang tau…. tak tahan betul bila Kak Jie gunakan istilah “bantal peluk interaktive” tue…

    p/s: serious… tergelak besar saya kat sini… hahaha 😀

        1. selalu share dgn anak2
          dia org pun rajin melayan

          ‘ masa abah bercinta dgn mama dulu, lagu apa yg selalu dengar”

          haha..itu pun dia boleh tanya

    1. tak pernah jemu bercerita hal yg sama
      bkn dgn anak2 saja
      kami suami isteri pun…berpuluh2 kali dok ulang kisah ni

      tak pernah lupa setiap detik dan tarikh

  18. seronok bila baca kisah ni.. berbunga2 aje skrin pc ni tetiba.. moga sentiasa berbahagia kak jie… bestnya kawen kan….
    .-= syahirul´s last blog ..Sehari bersama pemilik Justkhai.com =-.

    1. hehehe…semua kehidupan ada 2 sisi
      baik dan buruk
      kita yg membut pilihan dan setiap pilihan perlu ada usaha
      bukan menyerah semata2

  19. wah!
    mokteh tak pernah tau macam mana ibu dan ayah mokteh boleh kenal
    sorang batu pahat sorang asal melaka
    nak tanya segan pulak
    huhu
    .-= mokteh´s last blog ..Adam Lambert, Iron Man 2, Dan Setahun Yang Lalu =-.

    1. lor…sbb tarikh sama

      org pompuan ni bab2 tarikh mmg dia ingat
      try tanya cik abg…..jgn harap dia nk ingat..hehehe

      umur sethn , kak jie dah bercinta..kehkeh

    1. punyalah byk beribu2 patah perkataan kak jie tulis, itu saja yg awk nampak…adoiiihhh….frust gile! 😆

      1. dan bab yg tak boleh lupa

        kak jie tak tau pun dia orang jawa
        tak tau pun kat Malaysia ada orang jawa
        dah bertunang, pertama kali berkunjung
        dah sampai rumah kat Sabak tu

        baru tau…….dia org cakap bahasa alien..hahaha

  20. sabak bernam tu tmpt saya belajar, politeknik sabak bernam 😳
    .-= ProPiTo.com´s last blog ..Contest Review Blog Zon Bebas =-.

  21. mama,cerita la pengalaman beranakkan 3-3 anak mama pulak :p :p
    .-= yonna´s last blog ..Jawapan Kasih =-.

    1. dah pernah tulis, masa birthday anak2 kot
      nntlah..

      yg ni best utk dikenang

      nak2 tgh cintan cintun skrg ni

Comments are closed.