Camne nak buat blog – inilah soalan paling kerapa saya terima. Dan jawapan telah saya siapkan dalam notepad. Saya copy paste saja.
Ok kita mula dari asas:
1. Pergi kat https://www.blogger.com/start
2. Klik – create a blog
3. Isi borang yang disediakan
- Email address
- Display name – contoh saya guna kujie ( yg ni boleh diubah nanti )
- Acceptance of Terms – tick
4. Klik continue.
5. Name your blog –
- Blog title = isi discription yg kita nak – contoh diari hidup, kita milik aku..( yang ni boleh diubah nanti.)
- Blog url – contoh – blogaku.blogspot.com atau kujie.blogspot.com atau hidupaku.blogspot.com. Kadang-kadang ada url yang kita nak guna telah digunakan orang .. jadi fikirlah apa yang sesuai. Tak boleh diubah lagi.
- Word Verification – tulis apa yang dipaparkan
6. Klik continue
7. Choose a template – template adalah layout – guna saja blogger default tu.. nanti bila dah mahir, kita boleh tukar template lain
8. Dah pilik, klik continue.
Your blog has been created!
9. Klik stat blogging
10. Kat situ kita akan jumpa post box, tempat kita tulis entri sebelum kita publish .
11. Atas bar tu ada posting, setting, layout, monetize , view blog
12. Sekarang ni belajar buat entry dulu. Post box tu ada Edit Html dan Ccmpose . Kat bawah ada Post Option, Publish Post (klik sini bila kita dah siap untuk publish post entry ) dan Save Now ( kalau kita tak nak publish tetapi entri ini akan kita save as draft)
13. Klik Edit Html = bila nak menaip entri pastikan dalam posisi Edit Html , bukan Compose.
14. Tulis apa yang nak di tulis dalam kotak tu. Klik add image yang gambar biru tu bila nak masukkan gambar dalam post.
Cuba..kalau tak boleh, bagitau tang mana
Selamat berblogging
©Kujie – saya tak akan ajar blogger baru gunakan wordpress – bagi saya blogspot lebih baik untuk permulaan.
rupanya paling banyak orang tanya ini..
ingatkan apa tadi..
Saya pun dapat banyak queries daripada search engine tentang tajuk ini kak. :p
.-= tekkaus´s last blog ..Food Poisoning (Again) =-.
masa blaja buat blog dulu, ikut step dari sembangkomputer
.-= Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? =-.
tul kak jie, blogspot memang lagi mudah untuk blogger mula blajar..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Tutorial Favicon untuk Blogspot =-.
soalan hari – hari
nak makan ape ek?? nak makan kat mane ek??
manela tak makin montel 😆
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..Terapi Pernafasan =-.
soalan yg kerap maza perolehi ialah camner collection hari ini?
tak pun malam ni nak makan apa?
aduhaiii.. kanzzz
.-= maza´s last blog ..Dunia Yang Semak. =-.
hahaha….tak tahu nk kata..nk godek sendri xmahu..
soalan yg banyak kali dgr,
1) nk tulis apa dlm blog….
2) kalau buat blog, xde masa nk update…
3) mcm mana nk pasang widget…
adesss………..
memang betul kak jie…kadang2 ada gak yang tak try terus je tanya…adoiiiyaiii…kena spoon feed plak:P
tapi bak kata kak jie..apa salahnya berkongsi ilmu…
.-= cheryna´s last blog ..sha: i like red cheeks =-.
kak jie. saya nak belajar guna wordpress. dah daftar tapi blurr. ariff suruh rajin explore sendiri tapi saya kemalasan. hehehehe
.-= nursarah´s last blog ..kalaulah aku punya boyfriend En.Doktor. =-.
hehe, apsal tak ajar wordpress.. lagi senang diorang kalo nak bukak blog guna hosting sendrik, hohohohoho
.-= samanosuke_04´s last blog ..5 Sebab Jatuh Cinta dengan Senior =-.
He he.. lepas ni tulis lah mcm mana nak sentiasa ada idea nak tulis blog… Bukan sonang menulis ni kan???
.-= Papa-Roq´s last blog ..Retro Toys | Kasut Tiga =-.
nasib baik mama tak bg tuto suruh diorang guna blogdrive! T_______T hahahahaha
Saya setuju bermula dengan blogspot untuk blogger baru.
.-= denaihati´s last blog ..Dijemput ke Majlis Jamuan Petang 1Malaysia bersama PM =-.
org2 laki slalu anggap org laki yg suka main blog, adalah laki yg auww..diorg anggap main blog ni keje pmpn je..yg suka main diari..
.-= x-po´s last blog ..COUPLE JAUH MENYEKSAKAN HIDUP =-.
tp org boleh judge melalui content ape :p org2 laki punya entry macho ok.semua cerita bab isu semasa. blog2 pompuan ni biasalah.
tak baju dia.,cerita baju anak.pastu suami dia,pastu deco rumah mcm mana hahaha.
emo ke bang 😀
btol kakjie..basic nak create blog yg plg penting..bru leh wt bnd2 lain utk development blog..
.-= jmr´s last blog ..Dia didakwa meliwat dia! =-.
rasanya nak buat blog tak susah. tapi mindset dorang yg slalu ckp susah. sy ada suruh kawan2 sy buat blog. ni jwpan yg slalu sy dpt:
“aku tak hebatlah nak buat blog”
“aku tak reti nak buat blog”
“kalau aku tulis blog, aku tak tau nak tulis apa”
“malaslah amir” – ni plg femes. 😀
.-= Amir´s last blog ..Kes penderaan adik Syafia: Haruskah jiran tetangga dipersalahkan? =-.
Kwn2 sy pn pernah tnya sy soalan “Cmne nk buat blog?” Dorg ni kdg tu, bukan tak tahu, cuma tak berani nak mencuba sendiri. Kena ada yg guide. Betul tak kak jie? Uhu..
.-= Fathiha Zainal´s last blog ..Mushmello! Yummy! =-.
ha3, simple jek jawab, ni basic kire ok la k.jie. lum advance lagi psl coding ape semua, lelah nk mjawab 😯 tu smua nnti.
@JHafiz, sebab kak jie paling kerap terima email tanya nak create blog..dari basic….
bolah kata setiap minggu ada, kak jie sampai dah save notepad, copy past reply email dia orang.
ada seorang tu dah bersara dan bukan melayu… seronok sgt sebab generasi ‘warga emas’ pun nak buat blog….. mgkn dia selesa nak tanya kat kak jie…sbb kami ‘rakan sebaya’ 😆
salam,
org minat nak tanya kat kak jie sebab kak jie friendly..kalo tanya org lain belum tentu dapat jawapan silap2 kena herdik lagi ada la…
apapun for me i feel great when i can help people .rasanya kak jie pun camtu gak. tapi kalo dah selalu sangat and sampai takde inisiatif sendiri nak usaha susah gak tu..semua nak bertanya tanpa usaha dulu.
.-= Pjan´s last blog ..Tersepitkah kita… =-.
@JHafiz, Kak Jie kita ni suka kongsi ilmu, setakat ni belum lelah lagi melayan soalan kawan2. Entry2 teknikal dah banyak keluar disini, boleh rujuk arkib.
Kak Jie memang power rangers bab menggodek html 😉 😎
.-= iza~de~bintang´s last blog ..Hujung Minggu Yang Ceria =-.
Salam Sabtu Kak Jie : )
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Hari Kraf Kebangsaan 2010 @ National Craft Day – =-.
@Incik RestNrilekS, Pergi tak ke Perhimpunan Blogger tu?