Intan tak pergi sekolah hari ini, sakit gigi. Budak-budak tengah membesar, gigi susu sedang berganti. Gigi susu yang tertanggal tu tak tercabut habis…macam terpecah dan bergoyang-goyang.
Petang semalam tengah mengunyah epal sambil tengok Na-O-Mei dia menjerit dan menangis.
Semalam Aisyah (Naomei) baru tinggalkan anak dia dibawah jagaan Maimon dan Kassim. Potong stim betullah sebab dah baca sinopsis kat forum mesra.net… kisah anak-anak Aisyah ( Aisyah akan ada anak lagi )
Balik pada kisah gigi – reda menangis , Intan minta ais. Itulah sikap anak saya – bila sakit, dia mesti minta kiub ais. Saya masukkan dalam tuala kecil dan tekap-tekap di bahagian sakit. Lenguh kaki balik dari merentas desa pun nak kiub ais.
Semua sekolah sekarang tengah sibuk merentas desa. Hari Sabtu lepas saya nampak murid sekolah rendah di Taman Kosas , Ampang merentas taman perumahan. Untung anak saya, masih lagi dapat betul-betul merasai suasana desa.
Bermula dari sekolah, melalui redup pohon menghijau di sekitar kawasan perkampungan orang asli sehingga ke pintu masuk pusat serenti – melalui jambatan kayu dan air terjun – mendaki bukit ke taman perumahan saya – lalu depan rumahΒ ( Angah suruh saya jual limau ais depan rumah ) – turun melalui tepi tasik – Telaga Tujuh dan jambatan merentasi dua tasik – kembali semula ke sekolah.
Barulah betul-betul merentas desa!
Saya terjumpa petua sakit gigi di internet – Celupkan putik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.
Selepas selesai masalah gigi, nak bawa Intan buat pemeriksaan mata – kemungkinan besar akan bercermin mata. Along dan Angah sejak umur 7 tahun dah bercermin mata. Intan ni saya cuba mengelak tetapi nak buat macam mana … dah genetik. Adik beradik sebelah suami, 9 dari 11 adik beradik bercermin mata. Yang tak pakai pun sepatutnya kena juga , tapi nak control macho tak mau pakai. Dikalangan sepupu-sepupu Intan – hampir 60% memakai cermin mata. Yang tak pakai tu masih bayi.
Saya nak keluar dan balik awal sebelum jam 12 tenghari…jangan lupa tau kawan-kawan …. tune in FuhyooFm.com hari ni.Β Kalau saya terlepas, boleh cerita kat saya nanti… makcik giler xcited!
kak jie, fiqa on9 time keje je.. π kat rumah time tgk tv.. π
jom geng dgn kak jie
tapi jgn beronline lama2
nanti mata cepat rosak π
adik beradik fiqa 7org semua pakai cermin mata.. fiqa je tak π π
Kak Jie, bab-bab sakit gigi ni memang saye tak tahan. Time tu juge pegi beli ubat sakit gigi. Makan panadolla, letak minyak cap kapakla. Bile dah tak boleh jalan juge, doktor gigi la jawabnya. Seram juge bile bunyi ”srenggg”..
Merentas desa? Wah..teringat zaman sekolah. Merentas depan rumah. Kononnya nak singgah, sekali cikgu dah tau dah tektik itu.Kantoi sudaa..
.-= hafizmd´s last blog ..Madu oh! madu =-.
@hafizmd, dah pergi jumpa doktor gigi – doktor tak cabut , doktor cakap masih boleh ditampal.. oklah…. masih gigi susu
tapi teruk juga merentas desa ni..sebab tak pernah praktis pun..tiba2 lari 5-8 kilometer…balik rumah…seluruh badan sengal…. sakit π
TErlepas ikuti kujie di Fuhyoo….bizi kat opis
.-= Cyza´s last blog ..Aduka Taruna Caught!!! =-.
@Cyza, kak jie sendiri pun… masa tu pergi klinik gigi π
kak jie pun tengok Na-O-Mei? Saya ingat x nak tengok lagi cite bersiri kul 6.30pm ni.. Ralit.. Tapi, tertengok jugak.. hehe
.-= sayahappyslalu´s last blog ..Trend Bertindik.. =-.
@sayahappyslalu, tengok juga sesekali – tak ikuti sgt pun..tapi tak tgok masih boleh faham….
@Kujie,
Sekolah Kak Long pun akan mula program merentas desa minggu depan.
Dan, nasib baik masih ada desa di sekitar kawasan sekolah untuk direntasi. π
.-= Kak Long´s last blog ..Ibnu Qayyum =-.
@Kak Long, cikgu2 tunggu kat simpang je…kawal trafik….murid2 yang tak pernah praktis , tak pernah senam..tiba-tiba berlari 5-8 kilometer..terus jem
esok pagi bangun nak pergi sekolah – sengal seluruh badan
saya dulu pun masa kekecik dah pakai spek.
skang power dah terlebih sudah~~~ (GAYA STACY).
tapi disebabkan nak nampak macho bile jumpa blogger lain, saya pakai contact lens.
hehe. saya pun genetik ngan mak ayah gak.
tue nak carik calon isteri x pakai spek.
.-= beautifulnara´s last blog ..Linda Onn: Jumpa Di Mahkamah Sahaja =-.
@beautifulnara, anak remaja kak jie pun ada minta nak pakai contact lens…hehehe…suruh dia tunggu dulu..habiskan belajar dulu
uik… ciri2 wanita impian tu π
ramai sangat yang bercermin mata sekarang. nasib baik genetik keluarga tak macam tu.
@beliamuda, bila semua dah macam tu, tak rasa apa2 lagi…
Dalam banyak-banyak sakit.. sakit gigi yang aku tak boleh tahan..
.-= Nazz´s last blog ..Aduka Taruna, Fasha Sanda dan Memey =-.
@Nazz, kalau paling sakit..rasanya sakit leher – sebab tak boleh ‘berpaling’ π
Best juga tips sakit gigi tu
.-= denaihati´s last blog ..5 hari di Cambodia yang menyentuh hati =-.
@denaihati, mungkin bau pisang mengalih fokus pada rasa sakit kot π
Kalau sakit gigi lagi best makan coklat..
Boleh tambah lagi sakit lepas tu cabut je gigi..
.-= zool´s last blog ..Barisan βtaglineβ yang popular =-.
@zool, ooo…kena sakit dulu baru cabut ye…eee..seram
sakit gigi memang sakit.kalau cabut lagi sakit..adushh…insafla lepas ni kena jaga gigi betul2…
.-= eyriqazz´s last blog ..Kunci Kejayaan =-.
@eyriqazz, sakit gigi proses biasa bila bertukar dari gigi susu ke gigi kekal π
tahniah kak jie…
sakit gigi..? alahai siannya anak kak kujie…
.-= zuhaini´s last blog ..My-Alia.com Giveaway Special! =-.
@zuhaini, selalu tertanggal macam biasa je..tapi yang ni tanggal separuh je..masin tinggal…tu yg sakit tu
ooo sinopsis Na O Mei ada eh kt mesra.net. nak bacalah. hehe..
dulu ms nur kasih sy baca sinopsis sampai abis. tp tetap best tgk drama tu.
cuma bila dah tau sinopsis xdelah tertanya2 apa akan jadi lps ni. hehe..
p/s: sorry komen x berkaitan. hehe..
@ohmalaysia, apa tak berkaitan nya… kan kak jie ade sentuh juga bab Na O Mei… π
sebenarnya nak komen kat blog kak jie apa2 pun tak pe…blog kak jie tak banyak sangat protokol π
@Kujie, bagusla cmtu. nti singgah lagi kt sini…
erk. banyaknye tag2. kak jie guna plugin apa eh?
Dalam family saya, saya sorang je pakai cermin mata. Adeh~
.-= ariff´s last blog ..Memperkenalkan Apple iPad =-.
@ariff, plugin baru pasang semalam…masih dalam percubaan
Plugin – SEO Smart Links
@Kujie, best ke plugin tu?
@ohmalaysia, masih dalam percubaan – Kak Jie setting links utk tags , jadi semua tags berkaitan akan di link secara otometik
nampak cun je…. π
Caiyolah kak Jie, masuk radiyo tuh.
Sy pernah sakit gigi yg amat sgt sampai
kena opeation sbb gigi geraham tuh tumbuh
serong. Huhuhu!!!
.-= Eriyza´s last blog ..Penukaran Domain Blog Eriyza =-.
@Eriyza, kak jie tak muat , tak celuih nak masuk radio π
tapi kak jie.. kalau dah sakitnya tahap maksimum pakai apa pun tak jadi.. kena cabut jugak….
@nuaeman, memang nak cabut tu….gigi susu
bleh try la petua kak jie tu bila sakit gigi.. huhuhu skang anak umur 4 tahun so beberapa tahun lagi akan seperti intan la ek… kena prepare ne. hik3
seronoknyer dpt duduk suasana desa. I like! π
@mrs sufian, ini je sorang anak yang masih bergigi susu…hehehe
sakit tuh bila sakit gigi kan
perghhh k jie dah jadi celebrity blogger la sekarang. cool!
.-= KNizam´s last blog ..Frozen =-.
@KNizam, puas nak pujuk bila sakit tu…sebab dlm mulut π
makcik2 tu…selebriti ape π
yea lah! yea lahhhh.. maza tune ler fuhyooo itew. huhuhu
.-= maza´s last blog ..Lagi Bayi Mati Tercekik Puting! =-.
@maza, he he he….. kroni2 mesti lah support π
saya pun sakit gigi ni kak jie..hehe..
emm..nak kena dengar gak FuhyooFm.com ni..insya Allah..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Alasan semata-mata =-.
@Bb Hussain, kalau org dewasa tu… memang ada ulat sebesar penumbuk tu..hehe π
yeah..blog k.jie sgt glamer…
cian intan sakit gg..kalo dah cbut, gg tu leh letak bwh bntal, nnt tooth fairy dtg…
.-= jmr´s last blog ..Cashout Nuffnang utk OverExpenses.. =-.
@jmr, banyak sgt tgok movie ni.. π
Saya pon pkai spec gk kak jie..hehe.tp,sy guna contact lens…susah la nk bergantung pd spec..erm,kak jie xpenah tanye psl rawatan laser utk mata tu ke?
.-= oh!dawie´s last blog ..Tutorial : Menggunakan Action Scripts =-.
@oh!dawie, budak tu kecik lagi nak bagi pakai contact lens…rawatan laser pun ….dia masih muda..tunggulah dulu
wahh, glamournya boleh ON AIR dkt radio. jeles gitew…
kak G duduk area Ampang ker???
.-= Ayah Aiman´s last blog ..AKU Tengah Berkabung… =-.
@Ayah Aiman, ada salam faham…. kak jie bukan ON AIR – cuma blog kak jie akan dibincangkan – itu saje
p/s – Hulu Selangor tapi sabtu lepas pergi Ampang – ada rumah kat Ampang dan pernah duduk Ampang
@Kujie, dijadikan salah satu contoh blog yang bagus.. tanpa isu sensasi dan kontroversi artis itu dan ini tetapi masih mendapat hit yang tinggi setiap hari.
@Kujie, Ikutkan ada yang kami bincangkan tentang blog kak jie dan kandungannya , menurut pengurus rancangan apa yang dibicarakan tu akan dijadikan promo di fuhyoo dan tak dimasukkan dlm dunia ie.
@nuaeman, kak jie tak faham ek..tapi tak pe
promo utk kawan-kawan
@Kujie, opssss, tak brp perasan pasal font dia kecik & blur. maklumlah mata dh kaburβ¦
sya pn pernah ddk Ampang tahun 1995 β 1997. dkt kuarter polis Tmn Dagang. lepas tu dpt transfer blk ke Johor…
.-= Ayah Aiman´s last blog ..AKU Tengah Berkabung… =-.
tak sabo nak dengar K jie on air nanti
.-= CikLilyPutih´s last blog ..Di Waktu Panas Begini =-.
@CikLilyPutih, salam faham ni…blog kak jie direview
@Kujie,
ermm memang pun, org lain plak kene interview,
pasal kursus asas blogging
fasa anak sakit gigi, bakal saya tempuh lg 2,3 tahun..camni la gaya. takpe leh praktikkan petua kak jie.
.-= arin´s last blog ..Tukar Kulit Lagi =-.
@arin, kena ingat petua..sebab gigi ni…sakit dia tak bagi warning ..tiba2 je budak tu meraung…atau kalau kecik …tanda2 dia tak nak makan
Alhamdulillah semakin menjadi Hidup BIar Sedap ni…TAHNIAH
.-= denaihati´s last blog ..Tahukah ANDA negara apa yang aku kunjungi =-.
@denaihati, bukan sesuatu yang ‘indah’ sebenarnya
komen tak sempat nak reply
blogwalking pun tak sempat
nak komen blog kawan2 pun tak sempat π
Hmm, generasi yang makin ramai bercermin mata, saya mula bercermin mata masa darjah 4, nasib baik cermin mata saya tak tebal lagi. π
FuhyooFm.com, waahh, tahniah kak jie, saya baru tahu pasal FuhyooFm.com ni.
.-= amirulfaiz´s last blog ..Cenderahati untuk yang pergi =-.
@amirulfaiz, cuba bertahan – tetapi kesian pula kalau dia nak belajar
anak2 kak jie semua bercermin mata – Angah tu dah lebih 600 powernya