Perkahwinan jarak jauh memanglah bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui tetapi selagi kita hanya memikirkan yang susah dan yang negatif, selagi itulah kita tidak dapat menerima hakikat bahawa itulah kehidupan yang kita tempuh.
Jangan jadikan hubungan jarak jauh terlalu berat tetapi jadikanlah ianya rasa yang indah untuk dinikmati selagi masing-masing bersedia untuk berkomunikasi dan berkompromi. Apa saja hubungan jauh atau dekat memerlukan kedua-dua belah pihak memainkan peranan dan fokus yang sama.
Komunikasi sangat penting dalam hubungan apapun, tetapi lebih penting sekiranya kita berada di dalam situasi cinta jarak jauh. Kepercayaan juga sama pentingnya.
Menghantar beberapa sms ringkas pada waktu yang tak terduga cukup indah untuk membuatkan pasangan rasa dihargai dan dirindui. Saya masih menyimpan sms pertama suami 28-9-2009 3:50am sewaktu beliau mendarat di Algeria.
atau sms ringkas
” Bangun yang, dah masuk subuh dah “ 5:59am ( waktu di Algeria 10:59 pm ) . Saya bangun, dia pula nak tidur…
” ngape?Nak ajak ke Btg Kali ? he he” -3:02pm
Apa yang sweet sangat sms ni…. ? Macam biasa-biasa saja tetapi bagi pasangan jarak jauh – makna sebaris ayat itu cukup membuatkan saya senyum macam orang angau cinta pertama.
Tiap hujung minggu saya sering mengajak suami temankan saya ke Pasar Batang Kali beli ikan, sayur atau hanya cuci mata keluarkan peluh.Kebiasaan yang kami lalui bertahun-tahun yang waktu itu dianggap rutin biasa menjadi sesuatu yang indah dan berharga sekarang.
Jika mempunyai masalah atau isu-isu yang saya merasa perlu dibincangkan dengan suami, saya tidak akan menyimpannya kerana ini boleh menghancurkan hubungan jarak jauh. Tetapi kenalah fikir juga kepentingan tersebut, jangan hal remeh temeh pun nak mengadu.
Lelaki suka perkara yang cantik, gembira dan seronok. Berceritalah hal yang seronok dengan suami – ketawa bersama didalam talian sangat comel, ok. Kami sangat terbuka dalam perhubungan suami isteri dan boleh bergurau tahap 18sx.
Perpisahan secara fizikal oleh jarak tidak bererti kita tidak tidak dapat melakukan kegiatan bersama-sama. Contohnya , sembahyang bersama. Waktu Zohor di sana sama dengan waktu Maghrib di sini. Kami akan berhenti berbual – sembahyang bersama – kami melakukan aktiviti yang sama serentak.
Atau kami akan buka satu laman web – baca bersama dan menjadi pengulas bersama.. he he he.. tengok youtube bersama sambil berbual. Kita harus melakukan apa yang boleh dilakukan untuk merasakan hubungan itu lebih dekat walaupun sedang berasingan.
Kami juga berwindow shopping bersama secara online, tak pernah beli pun tetapi melawat satu page ke satu page dan berangan-angan Seronok, kan?
” abang………. bila abang balik nanti beli macam ni nak? he he he
Dah seminggu dua tiga hari saya mencari benda ni – suami minta saya scan dan emailkan pada dia. Ini data survey asbuilt Cameron Highlands yang diambil sewaktu kami melancong di bulan puasa ke Cameron Highlands . Puas saya cari, puas saya selongkar – 2 hari lepas baru terjumpa.
Seronok sampai saya dakap2 buku tersebut – terus scan dan email. Saya tak sabar nak sms suami ( waktu tempatan dia di sana – 3 pagi ). Rasa segala beban yang terkendong 2-3 hari lalu habis luluh menjadi bunga-bunga cinta. Rasa gembira kerana dapat mengembirakan suami.
©Kujie – forget the bad others do to us but remember forever the good they do. If we can do that life will be more peaceful and happy….
lebih kurang sama ngan saya kak jie..dulu wife duk sarawak..setahun jumpa 3-4 kali je…huhu..skang pun masih jauh lagi..kat Bagan Datoh..gitu le juga cam kak jie…tapi bila jumpa..rasa macam baru kawen..ehehe..
p/s:awat blog kak jie cam tak muda jek..:P tukar theme ke?
Selalu menjaga komunikasi itu yang terpenting
bila baca ni sy tersenyum sendiri..mcm kami jgk.bercinta jarak jauh kini genap 6tahun insyaAllah dlm masa terdekat akan bkahwin tp masih berjauhan sbb sy blajar dia keje.
fuhh…cayalah kakjie. saya tak tau la mampu ke tak kalau berjauh macam kakjie. kalau setakat dalam Malaysia penah la itu pun setahun je.
Kak jie, people said absence makes the heart grow fonder and i absolutely agreed with the statement.
Salam perkenalan kak saya sudah jatuh cinta dengan tulisan akak
susahnya pjj..sye pun terkena.
semoga mereka yang melaluinya berakhir dengan kegembiraan..amin~
Tak mungkin saya sekuat kak jie..Tp rasernyer tak mungkin sayer stuju utk berjauhan sedangkan blh tinggal sekali… Sbb sayer nk nikmati hidup saya bersama keluarga…. Tp kak jie,sayer doakan kak jie bahagia hingga ke akhirnyer…Amiin…
ya Allah..
saya juga ‘hubungan jarak jauh’
saya di ujung selatan..dia di central.
dan dia juga sorang yg busy lady..tp saya faham sbb kerjayanya begitu..
insyaAllah..sekarang masih dlm process mengenal rapat lg hati budi n keluarga si dia..dan insyaAllah juga akan sehabis baik menjlankan hubungan ini berlandaskan syariat islam..
jika tiada aral..insyaAllah saya akan tunang dan menikah beliau dlm masa terdekat..kata ustaz di tempat kerja saya, xperlu tunggu lama2..ikat saja dlu..
doakan yg terbaik untuk kita semua ..moga diberkati di rahmati Allah Swt.
penah tak sume terfikir?
kenapa Tuhan pilih kite utk lalui sume ni..
sy skg kje kt KL hubby kt sbh dn ank sulung yg bru berusia 6bln dijg oleh mak di kg…every weekend sy ulang alik utk jenguk anak..dan suami hnye pulang setahun 2x ats tuntutan kje..
mcm2 dgaan yg perlu sy tempuhi..
sy terpaksa tinggalkan ank di kg sbb kje sy hv a quite high risk..
msti sume org ttnye2 knp sy x apply pndh ke sbh kn?
jwpnnya sbb suami da dlm prmohonan dan mintk sy bersabar..
seharusnya smpai bile kn?kdg2 rse mmg down..
rindukan suami rindukan anak..
blum lg dgn dgaan digoda oleh org lain yg cb mengambil ksempatan kerana tlalu amik berat pasal sy..
tp sy slalu fkr positif,sy kne redah jgk seperit sepayah mn sekalipon..bkn takde mlut2 yg bercakap,pndai buat tp xpndai jg ank,mnyushkn mak bpk..mulut org kn?bkn sng nk ttup..
skrg da hmpir 2thun sy mcm ni,trus mnunggu dan mnunggu,..sampai bile sy pon x pasti..apepun sy akn terus berdoa…dan kwn2 tlg doakan utk sy..dan kuarge sy..
saya setuju dgn kujie…
tp kdg2 rase down giler..