Jam 9 malam tadi saya dapat panggilan dari encik suami di skype bersamaan 2 petang waktu Setif, Algeria.
Seperti biasa saya tidaklah terkejut walaupun sepatutnya jam 2 petang dia berada di tapak kerana kadang-kadang keadaan cuaca musim sejuk, hujan dan bersalji – kerja-kerja di tapak pembinaan tidak dapat diteruskan.
Saya agak terkejut bila suami beritahu dia baru balik dari hospital kerana terjatuh setinggi lebih kurang 3 meter di tempat pembinaan. Bukan jatuh dari bangunan – dia kerja juruukur – jatuh dari sloop.
Nak tengok gambar ke?
Gambar seksi lah pula, nampak buah dada…. he he he
Ada sikit keretakkan di tulang rangka, doktor letak elastik bandage – macam plaster besar.
hahahaha………abang jangan marah tau… walaupun aurat lelaki antara pusat hingga lutut tapi kalau nampak buah dada lelaki orang pandang jijik . Nanti macam Faizal Tahir kena banned , abang tak boleh keluar kat blog ni 3 bulan. Tapi kalau perempuan, nampak segala lurah dendam , orang tak bising – ada nilai komersial katanya.
Kes sama macam pegang babi dengan pegang bukan mahram dengan sengaja apalagi bertujuan menaikan syahwat . Dua-dua tu haram tapi kalau babi boleh di suci, pegang bukan mahram boleh ke suci? Fikir-fikirkan lah…. nampak ganas kan statement ni
– saya cari button save snap kat skype tak jumpa – print-screen je.
Tangan yang luka – ini sewaktu dalam kereta untuk ke hospital.
” apasal darah abang lain?”
” kenapa……macam darah Mahsuri ke?”
” tak………macam sirap limau “
Dia cakap – tangan tak sakit, luka saja tetapi doktor gadis bujang cun kat hospital beria-ia nak buat x-ray juga… kalau dia nak x-ray seluruh badan abang pun abang rela….
Di Algeria, bukan mudah untuk melihat wanita mereka secara bebas tetapi kata suami di hospital tadi, semua doktor ( doktor pelatih – dia ke Hospital Universiti ) perempuan berwajah Arab + Perancis. Adalah alasan dia nak sakit tiap bulan tu …….. plis plis plis…kamu jagan nakal!
Saya risau sebenarnya bila dia bercerita tentang kemalangan kerana 3 minggu sebelum ke Algeria , dia baru kemalangan hingga hilang ingatan – baca kisahnya di [sini]
Masa dia bertolak ke Algeria pun, keadaan dia belum pulih sepenuhnya- sikapnya tidak seperti biasa. Kami adik beradik di Malaysia bukan risaukan untuk berpisah jauh tetapi lebih risaukan perubahan sikap suami yang lebih pendiam.
Tetapi syukurlah – berkat bersengkang mata tiap hari melayan cerita dalam talian, sikapnya kembali pulih seperti biasa. Beza masa 7 jam menyebabkan saya terpaksa bangun 4-5 pagi untuk berbual dengan suami atau ada ketikanya saya menanti dia balik dari kerja – 12 malam waktu Malaysia semata-mata ingin berbual sehinggalah kadang-kadang mencecah jam 2 pagi.
Suami saya kerja di tapak pembinaan – jadi waktu makan tenghari ( 7-8 malam waktu Malaysia ) dan selepas waktu kerja ( 12 malam waktu Malaysia ) barulah kami dapat beronline. Dia dah 3 bulan berada di Algeria bekerja dengan COJAAL untuk East-West Algeria Highway Construction Project sepanjang 1,216 kilometer.
COJAAL = a joint venture comprising five of Japan’s largest companies: Kajima and Taisei, Japan’s two largest contractors; general contractors Hazama and Nishimatsu; and trading house Itochu.
©Kujie – ada yang suruh buat entri bergambar cerita tentang Algeria – mungkin untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman @ saya jemput suami sebagai penulis jemputan di blog ini.
minta-minta cepat sembuh.takut ho retak tulang.
.-= mesticun´s last blog ..Mesej Daripada Dr. Anasufiza Berkenaan H1N1 =-.
panjangnya entry ..hehe….romantik betul kakjie ni..haha..
.-= syin´s last blog ..Tahukah Anda? =-.
kak jie lepas ni xperlu nak guna print screen try guna snipping tool….lagi senang nak crop gambar….aplikasi ni ada kalau guna vista..
.-= mazuki selangor2u´s last blog ..Petisyen Bantahan Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi yang Membenarkan Gereja Herald Menggunakan Kalimah Allah Dalam Penerbitannya =-.