Rumahtangga

Isteri hamil – Suami juga punya peranan

kuda lautBerita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi ibu hamil

TRIMESTER PERTAMA
Masa penuh emosi

Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.

Perkara yang dialami pasangan

– Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
– Lekas penat dan mudah mengantuk
– Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
– Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Perkara yang boleh suami lakukan
– Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
– Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
– Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa.

TRIMESTER KEDUA
Masa-masa bahagia

Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!

Perkara yang dialami pasangan
– Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
– Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
– Merasa bahagia dengan kehamilan
– Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )

Perkara yang boleh suami lakukan
– Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya.
– Seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
– Ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim

TRIMESTER KETIGA
Takut dan cemas

Perkara yang dialami oleh isteri
– Semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
– Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
– Sering mengeluh sakit, sengal,nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
– Mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak,bayi kan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

Perkara yang boleh suami lakukan
– Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
– Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
– Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
– Bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (Jangan teruskan menonton bola)

Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.

 

Bacalah entri di bawah ini yang ditulis oleh suami saya sendiri, catatan dari seorang suami tentang kelahiran anak-anaknya .  Mungkin anda akan menemui pandangan berbeza dari pihak seorang suami

 

 

 

©Kujie ~ kenapa bila saya cakap saya tak sihat, ramai yang hantar sms doakan saya terkena penyakit “buatan orang” ? Ingat perempuan hanya tahu sakit mengandung je ke….kehkehkeh:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Isteri hamil – Suami juga punya peranan

  1. sangat setuju dengan tuan, seorang suami seharusnya sentiasa memberikan dorongan serta sentiasa berada disisi isteri semasa saat hamil. Tunjukkan rasa kasih sayang yang ikhlas kepada isteri.

  2. mengandung anak kedua ni , pas mkn tghr cptnye dah ngantuk, nak tak nak kena gak tido sambil duduk kat sofa, bg ilang ngantuk makanlah 1 jam, br lega..hehe 😆

  3. Saya sangat merindukan seorang suami yang selalu ada disisi saya ketika saya memerlukan dia… saya juga ingin suami saya memahami saya seadanya…bukan seorang suami yang selalu meninggalkan saya untuk menunaikan tanggungjawabnyak terhadap keluarganya..

    1. skrang,kandungan sye dh 7bln +…..ini adalh ank ptama sye……dr bln ptma sye hamil,sya jarang bersama suami sye….kdg2 kte org jpa 2bln skli….suami sye krja jauh….sya pulak diam sorg2,cz nk jga rmh… kdg2…klau sya termenung…sya akn mnangis sorg dri sebab rsa sunyi tnpa suami dsisi time tgh sarat nie…….sye hnya prlukan suami utk mnenangkn hati sye…….slalunya sye rsa stress sbab nk mkn itu,nk mkn ini,sya trpksa than telan air liur je….nk sruh suami blikan,tp suami pulak xde kt sisi…suami hnya ada dlm hati je….klu harapkn sye sndiri nk klua bli mknan tu,,sye dh x larat nk bjln……….sedih skali….tp wlu papun,,,sye tetap bersabar……..

  4. …… Terima kasih K. Jie dengan entry ni.. ada yang saya praktikkan. Ada juga yang terlepas pandang. Ada juga yang acuh tak acuh. Kadang-kadang kita sedar sesuatu perkara itu samada perlu didahulukan, dan yang mana perlu dikemudiankan. Tapi atas dasar manusia itu lalai (malang jika tiada yang menegur), kita lupa akan tanggungjawab pentingnya bab tersebut.

    Semoga kita dijadikan suami / isteri mithali… amin.
    .-= samdaddycool´s last blog ..Etika Emas dibekukan BNM =-.

  5. Sebenarnya tidak susah kalau faham situasi masing-masing. Ini petua mak dan ayah saya.

    “Suami adalah cermin isteri” dan “Isteri adalah cermin bagi si suami”

    Jadi kalau ianya dipraktikkan, nescaya si suami dan isteri akan sama-sama menghormati antara satu sama lain… mudah`kan?

  6. Saya percaya si suami hasruslah senantiasa berada di sisi isteri untuk memberi sokongan moral and mental. Saya tentu akan menjaga isteri saya sebaik-baik yang saya mampu. 😛

  7. uiks! terpakso lah den berusoho kuek an sikit! takut lupo lak skill2 yg Kujie sobutkan tu ha! Laei pun dah lamo bonar tak praktikan…

    huhuhu … keno cakap an dgn org rumah den ni!

    hehehhhe
    .-= maza´s last blog ..Malam Pertama : Versi Maza =-.

  8. Ini catatan pakar. Camna kalu anda ceritakan pengalam anda sendiri? Mungkin bermanfaat untuk dikongsi…

    p/s: rasanya ada gak pengalaman anda. Yang siap ada komen lg tu. Emmmm…
    .-= joe pg´s last blog ..Dah la tu. Hentikanlah! =-.

    1. @joe pg, kali terakhir…10 tahun sudah…erk..lupa dah rasanya mcm mana :mrgreen:

      tak delah…pernah tulis segala pengalaman tu…entri ni koleksi lama kt blog lama…. utk penuhkan ruang…

      tak stabil lagi utk menaip

  9. Bukan macam tu Kak Jie. Tapi ramai pembaca Kak Jie ni dah lihat blog Kak Jie ni sebagai blog yang ber`NICHE`kan FAMILY. Jadi usik mengusik tu, dah semakin mesraaa… 🙂

    Asal Kak Jie sakit jer, mulalah pergi ke hal tut tut…. nak-nak pembaca lelaki …hahahaha

    ** Dah namanya jantan… kan?

    p/s: Pelamin dan kelamin tidak boleh dipisahkan…

    1. @rohaizad, hahaha..betul tu..ade sorang tu…siap telefon lepas sms tak dibalas…
      dengar je muntah2….terus ingat kes itu je
      senangnya le hidup kalau mcm ni..perempuan dtg hospital je..terus hantar ke doktor ibu mengandung… 😆

Comments are closed.