Talapia Merah Mati Sekolam
Peribadi

Talapia Merah Mati Sekolam

ikan talapia merah malaysia

Balik dari bercuti raya , satu kolan ikan mati – ikan talapia termasuk juga si Bulan ikan kaloi yang saya bela sejak 5 tahun.

Penutup saluran air terbuka dan semua air mengalir keluar.  Lubang air keluar seperti bulatan merah  di dalam gambar.

Panduan Ternak Ikan Tilapia! Klik Disini!

Nasib baik kejadian baru berlaku dan ikan makin elok.  3 jam suami habiskan masa untuk siang ikan hampir 50 ekor sebelum kami bagi kepada jiran-jiran.

talapia merah

Hanya seekor yang masih bertahan…. sekarang tinggal keseorangan di dalam kolam. Mungkin fobia kesunyian, saya bagi makan pun dia tak nak makan. Asyik menyorok saja.

Semalam bercadang nak beli anak ikan sebagai ganti tetapi kedai ikan pun tak ada stok. Hari Jumaat baru restock. Macam online sellers yang tengah sibuk restock lepas raya 🙂

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Talapia Merah Mati Sekolam

    1. Kolan ni depan rumah je..ada wakaf atas kolam. Air kami guna air yg disalurkan dari bukit, jadi air mmg sentiasa mengalir.

      ikan pun bkn ternak utk komersial, suka2 kalau sedara mara dtg dia org rajin nak bakar ikan kat sini.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Talapia Merah Mati SekolamMy Profile

Comments are closed.