Nasi Ambeng
Resepi

Nasi Ambeng

Inilah nasi ambeng….tradisi orang jawa. Menunya nasi ambeng mengandungi nasi dengan ayam yang dimasak kicap, mee goreng , sambal goreng dan serunding kelapa.

Ini nasi ambeng yang original di alas daun pisang, dan untuk mee , sambal goreng juga serunding kelapa di letakkan dalam ” Takir” yang bentuknya macam perahu . Agaknya nama Seberang Takir merujuk kepada Takir = Sampan kot…

Nasi ambeng tidak dimakan di rumah tuan majlis tetapi selalunya dibungkus dibawa balik sebab itu disediakan plastik untuk membungkus. Daun pisang digunakan untuk membungkus lauk pauk dan dimasukkan ke dalam plastik. Tetapi bukan satu kesalahan sekiranya kita nak makan disitu juga .

Kebiasaannya setiap talam adalah untuk 4 orang.

Jika menunya nasi ambeng, kuih muih akan dihidangkan sebelum bacaan tahlil. Tetapi jika menunya selain nasi ambeng, makanan akan dihidang selepas majlis bacaan tahlil.

Inilah serunding kelapa. Bahannya kelapa di parut, dimasak dengan cara digoreng tanpa minyak dengan api perlahan bersama BUMBU iaitu campuran bahan yang telah dikisar seperti cili , udang kering , jintan manis , jintan putih , bawang , lengkuas ( org jawa sebut LAOS) , kunyit hidup , (kunyi basah bukan serbuk kunyit..muahahah…budakΒ² sekarang ni tak nak tumbuk kunyit basah ni, nanti kuku dan tangan comot….. ) , garam, gula dan gula merah.

Β©Kujie ~ cuma menantu jawo…orak iso ngomong jowo..:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

68 thoughts on “Nasi Ambeng

  1. saya,memeng suka makan nasi ambeng ni, kalau ke kl selalu singgah di perhentian lebuh raya pagoh makan nasi ambeng, memang sedap n menyelerakan. boleh ajar saya nak buat SERONDENG KELAPA tu.

  2. dh la ptg ni ujan xleh nk gi pekan ijok, kt sane de wak tu jual nsi ambeng besssssst!! Byk lauk bole plih, slalu mntk tmbah smbal goreg n kacang ‘tolo'( kcg perut ayam)

  3. nasi ambeng nih memang sedap, lazat dan unik. Kampung saya kat pontian, memang klu ada kenduri nasi ambeng ni mmg kemestian. Lepas kenduri bawak balik nasi berkat @ bontrot. Yg berkatnya ni nasi tu dah dipegang2 (masa nak bagi2 kepada orang) tapi klu dibiarkan sampai esok tengah hari lum tentu basi. Cuba try nasi biasa? pegang malam ni, esok pagi rasanya dah basi. Tapi yg sedih bila org komersilkan nasi ambeng ni main asal boleh je, tak ori langsung.

  4. saya jumpa i kedai jual nasi ambeng di Tanjung village foodcourt,dataran sunway, kota damansara (bawah balai polis kota damansara) datanglah n try..rm11 je ada nasi, mee goreng,serunding,sambal goreng jawa,ayam,daging,ikan keli greng,bergedil,keluban n sayur kacang masak lemak..terliu x??/

  5. nasi ambeng. tak pernah dengar, tapi nampak sedap. πŸ˜€
    .-= beliamuda´s last blog ..(OST Cinta Balqis) Suara Rindu – Azad Jazmin =-.

  6. Salam Kak Jie.

    Nasi Ambeng memang syiok. Ayah pun dok jual nasi ambeng bila Sarap Jumaat.

    Kalau ada kenduri pun memang buat nasi ambeng. Cuma juadah kuih mueh dan diberi nasi ambemg buat tetamu yang hadir.

    Bila disebut nasi ambeng bahagian “beng” tu jangan lupa ditekan bagi bunyi Jawanya terserlah : )
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal 3 : 2010 =-.

  7. mmg terbaik nasi ni! kg ayah sy kat BP, selalu kenduri makan camni, satu dulang kongsi rmai2, lbih muafakat πŸ˜‰
    .-= naz´s last blog ..ASL plz? =-.

  8. ahaks.. sudah lama maza tak makan nasi ambeng. heehhe

    first time makan kat Kampung Tengah, Kluang..
    kebetulan masa tu tengah lapar. balik sekolah tak mengadap nasi lagi, terus ke rumah kenduri…

    habis kenduri nasi ambeng dihidangkan.. apa lagi, dengan santunnya maza sambar nasi itu dan suap penuh ke mulut..

    setelah banyak kali menyuap, tiba-tiba maza terpandang pakcik-pakcik yg setalam.. dia orang tak makan pun.. hanya jamah!… kemudian mereka memandang dengan mata redup ke arah maza

    maza terus terkedu. maza perhatikan sekeliling.. masing-masing sudah mula membahagia dan membungkus nasi ambeng itu… mereka bahagikan empat bahagian dan mula mengisinya dalam beg plastik…

    penyudahnya, maza basuh tangan.. dan tunggu org2 tua setalam maza membahagi2kan bahagian.. ahaks…

    Lepas membungkus, kuih muih dihulurkan bersama air keruh (teh susu). Barulah pakcik2 itew membedalnya…

    aduhaiii.. malu betul masa tu…huhuhu

  9. teringat dulu mase belajar kami melawat homestay di sepang, majoriti penduduknya jawa.. bila makan tengahari dorg hidangkan nasi ambeng nila….

    saya dah senyum je… berkata dalam hati mesti budak2 lain terpinga2 pk macamane nak makan sebab cuma ada 1 talam!! pinggan tade.. πŸ˜† πŸ˜† lagi2 budak cina…. terpaksala tuan rumah keluarkan pulak pinggan2 untuk dorng guna πŸ˜† πŸ˜†

    tapi untuk saya dan kawan2 yang tak kisah belasah je makan lam talam tuuuuu :mrgreen: baru syiok!!
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..apa yang paling DEKAT, JAUH, BESAR, BERAT, RINGAN, TAJAM??? =-.

  10. Tengahari ni nak pegi cari nasi ambeng lah…
    .-= denaihati´s last blog ..Gerhana Bulan, Matahari dan Solat Kusuf =-.

  11. opo kue menantu jowo..aku ni anak jowo iso ngomong jowo sitik-sitik wae..hik2
    rindu ngan nasi ambeng ni…sedap..teringin nak makan urap ..

  12. last skali mkn nsi ambeng masa kenduri arwah atuk T___________T best tp waktu tu sedih sgt. mkn la ramai2 dlm talam, bdk2 lg mse tu. bising πŸ˜›

    emak ynn jawa, tp ynn xpndai nk ckp jawa, boyf ynn pn jawa jgk kalau ckp pn satu bende je, iwok lele πŸ˜›
    .-= Liyanaa.´s last blog ..zaman kanak kanak riang. =-.

  13. terliur tgk!! grrr… lapau!! lama tak jadi pelahap nasi ambeng ney.. ade lg tk? ngeee~~~~ :mrgreen:
    .-= maisyara´s last blog ..Sebab dan mengapa my mom tak benarkan aku keluar rumah. =-.

  14. KAlau ikut tekak saya memang syookk layan nasi ambang ni. Apatah lagi saya membesar dengan masakan Johor, dikelilingi orang Jawa. Cuma saya berdarah Bugis, tekebil-kebil bila orang cakap Jawa dgn saya.. :mrgreen:
    .-= samdaddycool´s last blog ..Dropship : Megagoods still relevan? =-.

  15. masa belajar dulu, saya dok dgn seorang kakak jawa. Masa dia kawin, saya dan kawan serumah lain dibekalkan dengan nasi yang dipanggil nasi berkat. Yg tu ke nasi ambeng. saya pun tak tahu….tapi sedap. lagi satu nak tanya kak jie, saya selalu dengar kakak tu cakap aku…aku je dgn mak dia. Punya le rasa kasar. semua orang jawa macam tu ke?
    .-= rumah kuning´s last blog ..Syukur =-.

    1. @rumah kuning,
      pembetulan ayat.
      Penggunaan perkataan aku dalam bahasa jawa tak kasar ke kak jie? Maaf jika saya yang terkasar bahasa.
      .-= rumah kuning´s last blog ..Syukur =-.

    2. @rumah kuning, maaflah cikgu, lewat reply – skrg ni kelas dah mula mmg pagi2 9-11 tu sibuk..balik nak masak.. :mrgreen:

      memang biasa orang jawa berbahasa ‘aku’ – kue = kamu
      saya orang kedah – gantinama = ceq

      nasi berkat dgn nasi ambeng lain –

  16. selalu pegi belah2 sane. klang, banting.. tapi sekali pun xpenah rasa nasi ambeng….. wuwuwuwu πŸ™
    .-= paeh´s last blog ..magic ke? =-.

  17. Kalo di Tanjung Karang,penyediannya dah secara komersial. Tempahan satu talam dalam RM45.00 jer. Siap hantar ke rumah. Senang tak perlu nak sedia berjam-jam.

  18. pernah makan nasi ambeng ni sekali jer, pegi kenduri kawan kat Johor, … pelik gak mula-mula tu..
    .-= zuls´s last blog ..Blogger & Twitterer Perihatin =-.

  19. tliurnye… daa lama tak makan nasik atas daun pisang.. hehe, apsal nasik nie ader mee skali? nasiklak tersembunyi bawah daun pisang.. misteri tulll… hehe, nak nikah ngan orang johor rrr, bleh makan nasik ambeng… heeheee :mrgreen:
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Dunia Orang Takde Awek β€œDotA” =-.

  20. pernah merasa nasi macam ni. mase duk selangor dulu.
    kampung atuk memang selalu ada baraan. lagi best
    mase raya. kalau kenduri kendara, nasi ambeng ni
    memang tak tinggal la.

    P/S: kak jie nih… kalau dia mintak karang
    mana plak aku nak carik umah orang jawa suh
    masak nasi atas daun pisang macam ni..
    adoi ai… πŸ˜›

    1. @Kreuger, kat kampung mertua kat sabak bernam pun jarang dah jumpa ni

      p/s – masa ni lah nak buktikan tanda cinta πŸ˜†

  21. Adoi laa…….

    Pantang tengok makan-makan ni, terus rasa lapar.

    Teringin benor nak rasa nasi ambeng tu. Kat sini tak de pulak orang jawa. Kena balik rumah mak di kota tinggi, tunggu ayah bawa balik dari sejid, hehe..
    .-= Tie´s last blog ..Amaran keras : Ibu-ibu yang mengandung dilarang tengok. =-.

  22. Paling suka serunding kelapa dengan sayur ( soohoon + tempe + tahu + kacang panjang ..apa lagi ya??). Yang best tu biasanya makan sikit lebihnya bungkus tapi kalau yang tak biasa mesti terperangkap…diaorang pulun abis …
    .-= denaihati´s last blog ..Penutup Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    1. @denaihati, ooo….sayur goreng tu..cili merah dipotong…semua bahan di goreng dulu, kadang2 diletak hati ayam , pedal ayam…

      kalau orang tak tahu memanglah…. πŸ˜†

  23. bila balik johor jek barulah dapat rasa nikmat nasi ambeng ni… kalau kat opis… nasi ambeng nye tak authentik langsung. setakat nak isi perut boleh la…

  24. di kampung atok saya makan dlm dulang jer, menunya sama nasi+ayam goreng+mee goreng, plastik diberi untuk bawa pulang

    saya memang tak selesa makan ramaiΒ² macam tu

    (skang dah makin pupus kot amalan nasi ambeng ni)
    .-= Rjuna´s last blog ..(Diari Rjuna) Kencing aku manis kah? =-.

    1. @Rjuna, anak muda sekarang mana biasa lagi adat seperti ini
      tapi sesekali tededah dgn keadaan mcm ni..mesti menarik
      pengalaman tu lebih berharga dr sedulang….nasi ambeng πŸ˜†

Comments are closed.