Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010
Isu Semasa

Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010

Satu kejadian gerhana matahari dijangka akan berlaku pada hari Jumaat 15hb Januari 2010. Ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kiraan waktu gerhana di Kuala Lumpur bermula pada jam 3:01PM dan dijangka berakhir pada 5:38 PM.

Cara selamat melihat gerhana

Jangan SEKALI-KALI melihat matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.

Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).

Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).

Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!

Rujukan lanjut : Falak Online – gerhana matahari separa 15 Januari 2010

Solat sunat gerhana matahari adalah  sunat yang digalakkan. Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

Niat solat sunat gerhana matahari- Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat  (makmum) kerana Allah Ta’ala”.

Cara solat sunat gerhana matahari :

Seperti solat sunat biasa atau yang biasa dilakukan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua rukuk pada tiap-tiap satu rakaat .

  • Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.
  • Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah ( apa saja yang mampu)
  • Kemudian rukuk dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiamkedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.
  • Kemudian rukuk semula ( rukuk kedua).
  • Apabila bangkit Iktidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.

©Kujie – ada juga saya terbaca pendapat – gerhana separuh tak perlu solat sunat, tapi pendapat peribadi saya – kalau ada peluang untuk berbuat baik, kenapa harus disiakan. Nak buat baik tu macam-macam nak fikir – tapi kalau nak buat jahat tak fikir panjang dah….. ustaz saya cakap, kalau dah nampak gerhana tu solat saja – kalau ada keraguan dan pertanyaan – rujuk dengan ustaz masing-masing ye…

EDIT : Gambar gerhana matahari 15 Jan 2010.

kredit gambar : angkasawan.gov.my

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

65 thoughts on “Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010

  1. saya nak cakap sket pasal smayang sunat tu.Sembahyang sunat gerhana boleh dilakukan kerana waktu itu kelihatan gerhana.tq

  2. Dah lama tak bagi perhatian kepada gerhana, dulu kecik2 tengok gerhana dalam air yang diletak dalam baldi. Masih basah ingatan tentang peristiwa tu. Makin besar makin tak beri perhatian, tapi tahun ni berazam nak bagi tumpuan balik. Takut2 ke depan tak ada peluang lagi.

    p/s: iza dah sampai kampungg Kak Jie, bercuti sampai Ahad. Balik kampung naik bas ja kali ni 😉

  3. baru bebual dengan makcik dilot pasal gerhana ni.

    masa tahun 1965 pun berlaku gerhana matahari ni, gelap gelita ..padahal beberapa saat je. tapi beberapa saat tu pun dah jadikan kita takut
    .-= dilot´s last blog ..kau cari apa tu dalam blog orang? =-.

  4. baru nak cari info tntang gerhana matahari ne. emm.. langkah kanan bila jengok blog kak jie. thanks kak.
    emm.. waktu gerhana ne tengah kerja.. camna nak tengok.
    kena curi2 tengok ne.

    1. @mrs sufian, entri ni dah simpan dlm draft seminggu – cuma tunggu nk publish je..mlm tadi edit sikit – baru publish utk dikongsi

  5. 1/1 malam jumaat gerhana separa Bulan dan esok jumaat gerhana cincin matahari. Pernah terbaca jika berlaku gerhana bulan dan matahari pada hari jumaat dalam waktu terdekat ada pertanda bencana besar akan berlaku. Semalam gempa besar di Haiti. Kita tengok apa lagi yang akan berlaku sepanjang 2010.

    Bila lagilah agaknya umat manusia nak dekatkan diri dengan Allah. Semakin jauh kita semakin banyak lah bala menimpa.
    .-= denaihati´s last blog ..Penutup Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    1. @denaihati, pernah juga terbaca pasal ni , tanda duniawi bak kata sorang yang saya kenal
      .-= zuls´s last blog ..Blogger & Twitterer Perihatin =-.

      1. @zuls, Bulan mengelilingi bumi sekali setiap bulan dan sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan.

        Kenapa tak jadi gerhana tiap bulan ?

        Sebab sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang lima darjah kepada sudut bumi mengelilingi matahari.

    2. @denaihati, itu semua Kuasa Allah, sbb itu kita disuruh solat sunat gerhana bertujuan untuk memohon perlindungan dari Allah dari segala bencana.

  6. Assalamualaikum kak jie… terima kasih, entri kak jie sangat berinformasi.. 😉
    (kdg2 tak dgr berita pun 🙁 )
    .-= tpinky´s last blog ..Ujian Allah.. Sesungguh pasti ada hikmah disebalinya….. =-.

    1. @tpinky, Angah yang tanya – mak mak skrg ni kena ada keybord – kena advance dari anak-anak… 😆

      Blog ini kami kongsi bersama – anak2 juga memberi idea

      dah tua2 tak kan nak cerita bab artis dan hadbagnya lagi kot … 😆 😆

      esok2 dah tak de apa lagi yang kita nak tinggalkan – ilmu yg dimanfaatkan
      berkongsi benda yang baik – dapat ganjaran yang baik 😆

      1. @Kujie, setuju sgt kak jie… blog kak jie ni dah jadi laman kegemaran sejak bermesra-mesra dgn dunia blog ni.. rasa tak boleh kalau tak “berdudun kemari” (bahasa brunei) maksudnya bertandang…….. banyak tips dan info dari kak jie yang baik dijadikan panduan insyaallah… 💡
        .-= tpinky´s last blog ..Kembali Beraksi……. =-.

  7. tah la…sejak dua menjak nih…selalu sgt gerhana…macam2 gerhana dah dengar…lau dulu..nk jumpe tgk gerhana pun mahu makan tahun baru dapat tgk..hikhik..papepun..sumenye keajaiban dunia..dan kekuasaan allah swt… 😉
    .-= darknottyz´s last blog ..9 Sekawan..!!~ =-.

    1. @darknottyz, dulu pun ada tapi kita tak terdedah dgn berita macam ni – penyebaran maklumat tak menyeluruh.

      skrg ni members falak online selalu update laman web mereka – kita mendapat info dan sebarkan.

    2. @darknottyz, Bulan mengelilingi bumi sekali setiap bulan dan sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan.

      Kenapa tak jadi gerhana tiap bulan ?

      Sebab sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang lima darjah kepada sudut bumi mengelilingi matahari.

    1. @x-po, kak pernah ikuti gerhana – guna gulungan filem tu
      bukan senang nak jumpa filem sgt ni – semua org guna kamere digital

    1. @ariff, Bulan mengelilingi bumi sekali setiap bulan dan sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan.

      Kenapa tak jadi gerhana tiap bulan ?

      Sebab sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang lima darjah kepada sudut bumi mengelilingi matahari.

    1. @mrkay, Bulan mengelilingi bumi sekali setiap bulan dan sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan.

      Kenapa tak jadi gerhana tiap bulan ?

      Sebab sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang lima darjah kepada sudut bumi mengelilingi matahari.

  8. owh.. 15 Januari.. hari lahir saya tuh..
    .-= nuaeman´s last blog ..Leganya.. bila tunggul di kepala telah tiada lagi =-.

  9. thanks for the info kak jie.
    noted dan rase nak buat live blogging
    ambik mode night version kot. hehe
    itupon kalau berkesempatan la 😆

  10. haritu dah terlepas. kali ni menunggu dengan penuh harapan. hhe 😛
    .-= mr.eims @ perfume´s last blog ..Terre d’Hermes – unique, elegant & sophisticated =-.

Comments are closed.