Keputusan Kemasukkan Ke Sekolah Berasrama Penuh Anak Saya
Anak

Keputusan Kemasukkan Ke Sekolah Berasrama Penuh Anak Saya

EDIT : Semakan Keputusan Tawaran Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh dibuat hari ini 18hb Januari 2011 sehingga 21 Januari 2011 jam 11.59pm.

======================================================

Entry asal

Semakan pengambilan kedua untuk kemasukkan ke Sekolah Berasrama Penuh ( SBP) untuk Tingkatan 4 2010

Hari ini saya buat semakan keputusan untuk kemasukkan ke Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) untuk Tingkatan 4 2010.

1. Klik laman web semak kemasukkan ke Sekolah Berasrama Penuh di sini laman web Kementerian Pelajaran Malaysia – http://www.moe.gov.my/ . Klik pada bahagian Semak SBP.

2- Masukkan No Giliran PMR dan No Kad Pengenalan dan klik Semakan

3- Jawapan: Berjaya atau Tidak. Β Jika tidak, buat e-rayuan

4. Kemudian saya klik e-rayuan tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) Tingkatan 4 tahun 2010.Β  Tarik tutup permohonan rayuanΒ  8hb Februari 2010.

5. Isi segala butir peribadi yang dikehendaki.

Sebenarnya saya telah pun menduga keputusan ini kerana DIA TIDAK PERNAH MEMOHON .Β  Saya rasa sedih juga kerana tidak mengisi permohonan di dalam talian dulu. ( dia cakap, mama yang tak nak bagi angah masuk asrama ni… nanti mama nangis…) :lol:

Keputusan percubaan PMR 2009 pun dapat 1A 7B, cikgu tak berani nak bagi borang. Bila Keputusan PMR 2009 dari 1A 7 B menjadi menjadi 7A 1B barulah saya berani mengisi borang rayuan.

EDIT : Alhamdulillah , anak saya mendapat tawaran ke MRSM.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Keputusan Kemasukkan Ke Sekolah Berasrama Penuh Anak Saya

  1. kalau angah dpt masuk asrama… tentu mama angah sunyi sbb tak ada org terjah blog mama dia….
    πŸ™‚

    1. @mrs sufian, tadi cek sekolah teknik – dapat

      entah……….. tak pasti mcm mana — mgkn tak pergi kot
      sbb dia suka biologi , sek teknik tak de biologi

  2. Salam Kak Jie,

    Mungkin angah tak nak duduk asrama kot. Macam Rizal dulu, bila ayah mak suruh isi , buat tak tahu ajer sebab tak tik memang tak nak duduk sekolah asrama.

    Jenis2 lone ranger independent macam rizal ni memang anti kalau kena masuk yang beruniform, ada curfew-curfew, ada time-time – rasa macam tak serasi dengan jiwa bebas (jiwa bebas bukan masuknya memberontak ye). haha

    Tapi tak tahu la angah camne. Cubab Kak Jie tanya Angah, dia minat ke masuk sekolah asrama?
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal 3 : 2010 =-.

  3. dok sekolah mane2 pon same je.. janji istiqamah belajar πŸ˜‰

    dulu dok SBP 5 tahun pastu bila dah abes terasa kekok nak sesuaikan diri ngan dunia luar… huuhu

  4. maza sekolah kampung jerk.. heheeh

    nak kata wokay pun wokay
    nak kata tak wokay pun boleh.. huhuhu

    psst: sepupu maza dapat MCKK, entah ler.. dah la dia lembut2 kucing.. nasib engkau lah weii…

  5. kak jie n angah….
    kalo nak masuk SBP, cubalah buat rayuan. insyaallah boleh.
    dulu sy pelajar SBP di Pekan, Pahang. ms batch sy, ada yg dpt 7A 1B dan 6A 2B masuk sekolah sy.. tp skg ni kalo 6A 2B ssh sikitlah.. angah 7A 1B insyaallah boleh.

    blajar kt SBP ni bagus sikit, cikgu bagi tumpuan. connection dgn SBP-SBP lain pun kuat sbb banyak aktiviti yg melibatkan sesama SBP.

    apa2pun all da best 4 u angah.
    kalo x dpt SBP, sek men harian pun ok!
    janji kita belajar.

  6. hafizah dulu pun tak dapat asrama penuh.. sebab tak mintak..
    dia tak minat.. cuma along dan alang je yg masuk asramapenuh..
    semuga rayuan di terima…

  7. hohoh dah sibuk2 musim daftar masuk hostel baru ek sekarang ni..
    semoga berjaya la angah.. hohoho
    .-= topo´s last blog ..Percuma: Baby Muslimah RSS feed Icon =-.

  8. Kalau kita mampu uruskan anak dirumah dengan sistem yang baik MAKA lebih baik anak meneruskan pelajaran dari rumah. Asrama penuh ni ada pro dan kontranya (sebab ada pengalaman)…tapi kalau ibu bapa tak mampu lebih baik lah hantar asrama.

    Anak saudara dapat 9A tapi dia nak pindah sekolah pondok … pening mak bapak nya.
    .-= denaihati´s last blog ..Gerhana Bulan, Matahari dan Solat Kusuf =-.

  9. Sebenarnya mana-mana sekolah boleh berjaya cuma keadaan sekeliling berbeza dari sekolah harian biasa. tapi jika mahu didik anak berdikari, sila’lah masukkan anak ke sana.
    .-= Fahmishah´s last blog ..Setelah Sekian Lama =-.

  10. huhu…hi jie..samalah ngan anak jun…mintak jugak tp x d rezeki kot..trial pon separuh j A…harap jugak lah kot sbb mama dia dulu dok asrama, hehe..environment mmg different…tp dok skolah biasa pon x semestinya x leh berjaya kan? kita doakan aje semuga semua berjaya…tempat ade 6ribu lebih, yg dpt 8A ade 28ribu lebih..huhhhhhh…..
    .-= jun´s last blog ..Home-made chawan mushi =-.

  11. kalau dapat 7B skalipun, kalau di gilap pasti bercahaya. kannn?
    .-= Sweet Thinker´s last blog ..Kalau Giler Glam Sila Berlagak Macam Ahli Sukan =-.

  12. Angah nak dok umah jer tuh sbb dia
    dah seronok dpt konker belog
    mama dia walopun dia tak
    kemukakan bukti masa
    kak Eriyza mintak. :mrgreen:
    .-= Eriyza´s last blog ..Kempen Ribbon Blogger, We Care =-.

    1. @Eriyza, angah nak dok sek ni, nk jadi best student SPM 2011
      lagi pn angah je satu2 nya student lelaki yg dpt 7A
      8A semua perempuan 3 org
      best ape jd kumbang antara bunga 😈
      .-= angah´s last blog ..Eclipse =-.

  13. persekitaran SBP tak sama dengan sekolah harian.. tambah pulak dulu saya masuk sekolah lelaki jer.. rasa lain sangat..

    semua pandai2 belaka..tak lekang ngan buku.. yang jenis tak stadi pun ada, tapi pandai..

    x pe la..rezeki masing2 kan.. yang penting, kena kuatkan usaha agar setanding dengan pelajar SBP.. (^_^)

    p/s : orang kata anak no 2 selalu bijak..tapi nakal.. hehe…

  14. Tak kisah K.Jie masuk asrma penuh ke tak, janji dia belajar dgn istiaqamah dan dibimbing serta dekat dengan ibu bapa. Masuk asrama penuh pun ada pro dan kontra.

    p/s- Saya duk asrama penuh 5 tahun… 😯
    .-= samdaddycool´s last blog ..Dropship : Megagoods still relevan? =-.

  15. hahaha amboi angahhh. habis blog mama diorg terjah sekali :p siap komen. hee. takpe lah ma, Angah pun taknak kan? hee i’allah ok kot kalau dia go on dgn skolah sekarang ni hehe.

    goodluck to angah! πŸ™‚

    ma,dia amek sains stream kah?
    .-= yonna´s last blog ..Y595 : Rumusan Hidup =-.

    1. @yonna, tu la…tadi mama g sekolah hantar nasi Intan, dia balik sekolah
      tengok ada komen.. skrg ni dia tak de…g sembahyang jumaat πŸ˜€

      dia sains stream – semua subjek dia suka – dia tambah 1 subject – seni
      dia tu otak kiri dgn otak kanan dua2 jalan πŸ˜†

      ingat ke kalau sekolah berasrama – persekitaran membantu dia lebih baik, tapi kalau tuan diri dah tak nak, nak buat apa kan..janji dia belajar

      fizik je – dia mengomen pasal cikgu πŸ˜‰

  16. Betul tu Kakjie. orang kata dapat berapa pun trial, isi je semua borang. Mana tau ada rezeki kan. anak kakjie ni senasib dgn saya, masa trial dapat ntah pape, skali pmr dpt 8. terus mnyesal tak isi segala borang sblum tu. nasib baik buat rayuan, dan atas bantuan sedara mara (hehe) dpt jugak smbung ke skolah asrama.

    1. @tims, baca komen Angah kat bawah tu… hari ni dia balik sekolah dan cakap

      ” angah dah buat keputusan, angah nak sekolah kt sini je ….semua ok, cuma fizik je..bkn tak faham, tapi cara cikgu ajar tu mcm berbelit2 lah…tanya lain cikgu jawap lain…”

      itu jawapan dia – entah – kak jie dah pun buat rayuan.

      πŸ™„

  17. kalau trial dapat 1A 7B, sepatutnya PMR memang akan dapat result yg cemerlang mcm yg anak kak jie dapat tu 7A 1B… situasi mcm ni biasa sgt.. patut apply je awal2 dulu…

    1. @morriss, sebenarnya – kak jie tak tahu pun kena apply online – bila sepupu dia tanya – baru tahu…masa tu rasa sedih sgt – rasa mcm kak jie telah mengabaikan/ menutup peluang dia – tapi skrg ni tengok dia sekolah kat sini pun bersemangat je..ok lah tu

      dia tak kisah dgn peperiksaan – bukan sebab dia tak nak belajar – tapi bila dah keluar result – baru dia ‘buka mata’ pentingnya keputusan percubaan.

      masa peperiksaan percubaan tu musim H1N1, dia pun kena demam, cikgu tak bagi pergi sekolah – kena pergi hospital direct dari sekolah – jadi keputusan percubaan dia mmg dah dijangka macam tu

  18. errr, saya tak berapa paham tentang bab keputusan tu, tersalah taip ker? πŸ˜•
    .-= Mak Su´s last blog ..www.hydir.com – Blogger show your support =-.

Comments are closed.