Ada banyak gambar dan cerita yang ingin saya berkongsi setelah balik dari program Kembara Kemboja Jejak Rehlah Dakwah Dan Mujahadah bersama eQurban yang membawa tema Blogger Mengemban Tanggungjawap Sosial. ( sebelum ditanya , mengemban ertinya mendokong/menggalas/melaksana)
Ada pelbagai program yang menarik sepanjang lawatan itu yang saya sifatkan bukanlah lawatan perlancongan yang biasa tetapi pendedahan akar umbi mengenai masyarakat Islam di Kemboja. Kami melawat sekolah yang diuruskan Cambodia Muslim Cooperative ( CMC ) dan menyalurkan sumbangan yang diinfaqkan oleh rakan blogger melalui kutipan sebelum berlepas.
Pihak Cambodia Muslim Cooperative yang menyambut kami sewaktu ketibaan di lapangan terbang dan van merekalah kenderaan kami sepanjang berada di Kemboja.
Sebelum saya bercerita lanjut, entri ini adalah gambaran ringkas untuk membolehkan rakan-rakan melihat Kingdom of Cambodia dengan lebih jelas. Kemboja adalah sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan dengan Norodom Sihamoni sebagai raja dan Hun Sen adalah Perdana Menteri.
Kami mendarat jam 10.15 pagi selepas penerbangan selama 1 jam 50 minit. Waktu tempatan di Kemboja lewat satu jam dari negara kita. Pemandangan dari udara sebelum mendarat.
Secara umumnya beginialah pemandangan di bandar Phnom Penh. Sistem pemanduan di sebelah kiri. Tak banyak bangunan tinggi, sesedap mata memandang dan lebih tenang walaupun kita melihat pergerakkan kenderaan kereta motor basikal dan tuk tuk yang bersimpang siur tetapi keadaannya menjadi teratur kerana penduduknya mempunyai sikap tolak ansur yang tinggi.
Kami tiba waktu tamat persekolahan. Mereka sekolah cuma 4 jam sahaja.
Melawan arus di jalan raya adalah perkara biasa dan mereka menerima dengan tenang. Tak ada pemandu lain nak hon. Masing-masing bertolak ansur memberi ruang.
Keadaan tiang elektrik dan telefon sama saja dengan di negara Thailand. Juruteknik di sini tentunya mempunyai skil yang tinggi untuk menguruskan setiap tiang yang terdapat di Phnom Penh
Jika kita memasuki kawasan luar bandar, ini adalah pemandangan biasa yang boleh dilihat. Kebanyakkan rumah penduduk dibina tinggi bukan saja untuk mengelak dinaiki air banjir tetapi tujuan lain untuk memelihara ternakan seperti lembu, kambing dan babi di bahagian bawah rumah.
Kebanyakkan rumah mempunyai 2-10 tempayan besar untuk mengisi bekalan air.
Jalan raya dikongsi dengan bas, lori, motorsikal , kereta yang pelbagai guna membawa muatan melebihi muatan, ada kereta lembu malah juga kereta kuda.
Uniknya Kemboja adalah rumah setiap penduduk di sepanjang jalan raya. Tak ada kampung yang jauh dari jalan raya. Sepanjang jalan kita akan melihat deretan rumah penduduk diselang seli dengan sawah.
Jalan Phnom Penh ke Siem Reap lebih kurang 320 Kilometer melalui Kampung Thom sedang dalam proses membina lebuhraya. Kami mengambil masa 6 jam untuk bergerak dari Phnom Penh ke Siem Reap iaitu sebuah bandar perlancongan.
Sesuatu yang sangat ketara – talian internet sangatlah laju dan setiap ceruk ada capaian internet walaupun ditengah tasik dan jauh di pendalaman.
Nota : Esok saya akan tulis secara khusus mengenai setiap tempat persinggahan lawatan kami.
Ternyata kamboja kotanya sangat menarik, pemandannya sungguh memikat.
Jom terjah post menarik dari nira ..Perbedaan Penyebab Asma dan Bronkhitis
bila baca entri ni,membetulkan persepsi FA mengenai Kemboja. 🙂
Jom terjah post menarik dari Farisya Anastasyia ..Pizza Sedap Di Kuala Terengganu
kat sini rupanya..kenapa tak perasan hari tu..haha
selain dapat tengok Kemboja, dapat tau jugak maksud mengemban tu. ingatkan kak jie silap taip. wah nampak sangat bahasa malaysia ku perlukan booster -_-
Suasana kampung tapi line internet laju…seronoknya 🙂
Jom terjah post menarik dari GreenLava ..How to Say Thanks to Social Media Fans
bukan saja laju..luas liputannya
kawasan luar bandar pun tak ada masalah
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bagaimana Menjimatkan Bandwidth Imej Menggunakan FlickR
berselirat tali elektrik diorang ehhh..
Jom terjah post menarik dari titan ..SEDA Malaysia Visit Site – Solar Farm Fortune 11 and Labu Palm Oil Mill.
Pasti ada lagi tempat yg menarik boleh di lawati di Komboja ni. Ambil gambar banyak2 Kak KuJie dan berkongsi dgn rakan2 di Malaysia.
Jom terjah post menarik dari Kamil Salleh ..Template Baru Untuk Tahun Baru 2014
kawan saya baru balik kampung di Kemboja….parents dia asal Kemboja….hope ada fridge magnet untuk saya….hihi
Jom terjah post menarik dari sukma ..Solat Sunat Dhuha
walaupun serba kekurangan tapi mereka bertolak ansur ketika di jalan raya yer , sikap terpuji…
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Homestay Regalia Studio – Penginapan Eksklusif Kadar Rendah
Betul lah pepatah mengatakan Jauh Berjalan Luas Pemandangan
Baru kita dapat mengerti keperluan bersyukur kan..
Terima kasih atas perkongsian ni..
P/s: bestnya sekolah 4 jam je..hehe
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Gadis Jolobu Waris feat. Dato Hattan
jauh berbeza dari negara kita..jika dilihat daripada gambar itu…rasa bersyukur dan bangga jadi rakyat Malaysia
Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Banjir Oh Banjir
Line internet laju, tak ramai yg guna kot…
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Tips mengelakkan bayi tersedak susu
Pembangunan dengan melihat gambar didalam entri ini membayangkan kemodenan masih lagi ketinggalan.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Penubuhan Celebrity Support Group oleh JKJR Selangor
Masih terasa suasananya.. Oh Kemboja…
Jom terjah post menarik dari KiD ..Tukang Urut
bagusnya pemandu diorang.. saling bertolak ansur.. jauh beza dengan pemandu yg kami jumpa hari2.. pantang salah sikit nak hon.. haihh..
Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Kedai repair PC, laptop, tablet dan PSP murah
Kalau disesetengah negara pengunaan hon adalah normal.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Bunga-bunga cinta di Lavender Garden Genting
seronok pulak tengok,tenang je rasa,teringin sangat nak pergi ke kemboja…
hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri kita.
lebih baik di negeri kita.
Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..Fakta Mengenai Santa Klaus dan Nabi Isa
ini adalah subjek Geografi…esok lusa kita masuk subjek BM bab peribahasa ye…:)
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenali Kemboja Secara Ringkas