innity_pcu = “%%CLICK_URL_UNESC%%”;
new innity_adZone(“7380ad8a673226ae47fce7bff88e9c33”, “9165”, {“origin”: “MY”, “channel”: “LIFESTYLE,MALAY,TRAVEL”, “width”: “468”, “height”: “60”});
Semalam saya bawa Camo untuk vaksin kucing untuk pertama kali. Sebenarnya agak terlewat disebabkan Camo tak sihat sebelum ini.
Julie dulu saya suntik vaksin di klinik haiwan kerajaan di Klinik Haiwan Rawang.
Camo pula rekod pesakit dia ada di klinik swasta, jadi saya teruskan vaksin Camo di klinik swasta. Harga vaksin kucing di klinik kerajaan RM 30 dan harga vaksin kucing di klinik swasta RM 40.
- Satu set pakej vaksin di klinik kerajaan = 1 kali x 3 bulan = 3 kali suntik
- Satu set pakej vaksin di klinik swasta = 1 kali x 2 bulan = 2 kali suntik.
- Kalau di klinik kerajaan umur sesuai untuk vaksin kucing adalah selepas 3 bulan tetapi klinik swasta akan syorkan kucing divaksin seawal 6 minggu.
Ini adalah pengalaman saya sendiri di dua klinik yang berbeza. Mungkin penjaga kucing ada pengalaman berbeza,.
Lokasi klinik haiwan Rawang
- Klinik Veterinar Dan Surgeri PC G-2, Jalan Sri Hijau 14, Taman Sri Hijau, 48000, Rawang, Selangor
- Dr. Peter Chew
- GPS Coordinate : 3.3282419,101.5788984
Lokasi Klinik Veterinar & Surgeri Pc terletak di belakang Rawang Mutiara. Jalan masuk boleh ikut Klinik Haiwan Kerajaan Rawang depan Petronas atau melalui Rawang Mutiara. Klinik di buka dari jam 10 pagi hingga 6 petang . Waktu rehat 1-3 petang, klinik akan ditutup.
TRIVIA WARNA KUCING:
Tabby Cat – tabby ( berjalur ) juga dikenali sebagai harimau kelabu { tiger grey ), adalah kucing domestik yang mempunyai kot jalur, titik, garisan atau corak berpusar yang tersendiri dan biasanya bersama-sama dengan tanda yang menyerupai M di dahi mereka.
Warna Camo dalam kelas Mackerel Tabby.
Camo agak sensitif berbanding Julie dan mudah selesema. Saya pernah bawa Camo ke klinik akibat demam dengan suhu 40°C, selesema yang teruk dan berkahak dan penyakit kulit.
NOTAKAKIKUJIE : Tiap kali ke klinik haiwan, tak kiralah klinik kerajaan atau klinik swasta, semua pelimik membawa kucing mereka yang berprofile tinggi, berbulu gebu dan bergenatik hebat jenis Persian, Bengal atau Siamese . Saya saja bawa kucing kampung jenis tabby.
HACKED BY SudoX — HACK A NICE DAY.
Kesihatan kucing perlu dijaga sebaik2nya. Inilah cara yang sepatutnya apabila kita menyayangi haiwan peliharaan 🙂
saya bela arnab. belum ke klinik lagi sebab tak tahu mana di gombak ni. kena google lagi ni.
kalau klinik kerajaan, daerah gombak, klinik dia di Rawang…tempat yg selalu pergi
pernah nampak orang datang bawa arnab
Saya selalu jumpa Dr. Peter di rawang ni kak, bawa untuk rawat 12 ekor anak2 busuk kat rumah ni. Dia suka bercakap dengan kucing. Rasanya kalau klinik swasta dia antara yang termurah.
yup… doktor sangat friendly.
kak jie baru bela kucing setahun ni je…dulu2 kucing terbiar tepi rumah tu sekadar bagi makan je. bila dah bela dlm rumah, kenalah take care dia sungguh2…
siapa yang ada kucing kat kawasan rawang tu, leh la bawa kucing kat situ
Kucing kampung lebih aktif bermain..lompat sana lompat sini..kucing yang bulu gebu-gebu tu malas sikit..mungkin sebab bulu berat kot…hehe
Kucing aku dlu pernah kena virus amenda ntah…Jadi kurus2 dan x lalu makan…xsmpt nk buat apa2 dah mati…Nasib baek ada anak dia masih idup dan tinggalkan generasi…
Harga tak berapa jauh beza. Kira ok la tu kalau dapatkan vaksin dekat salah satu klinikkan.
Kucing kampung pon comel tau.
Kucing kampung lebih aktif… suka main. Itu yg seronoknya
Assalamualaikum,
Maklumat ni berguna untuk sesapa yang bela kucing…kucing yang sihat n gebu seronok dibelai2
Sekarang sudah tahu dekat mana lokasi klinik veterinar. Maklumlah sudah lama tidak membela kucing. 🙂
teringin jugak nak bawak kucing-kucing di rumah ambil vaksin. tapi masa belum mengizinkan. adohai.
Kucing kampung lagi bersih.. bulu pun kemas je.
Tak macam kucing siam.. Agak kotor.. Dengan bulu yang tebal.
Kalau nak senang memang elok bela kucing kampung. Berdikari