Buah Sentul Buah Nadir Hulu Terengganu
Pengetahuan Am

Buah Sentul Buah Nadir Hulu Terengganu

BUAH SENTUL

Kalau kat kampung saya kami panggil buah setoi. Ada kawasan-kawasan lain panggil buah setul atau buah setoor, ikut lidah dan loghat masing-masing. Buah Sentul juga dikenali dengan nama Buah Kecapi.  Adik kembar buah setoi adalah buah setir. Nampak sama tetapi ada perbezaan kecil seperti buah setir lebih masam  dan berkulit lebih kasar.

Hujung minggu lepas, suami saya balik dari out station, dia bawa buah setul. Ada orang jual tepi jalan Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu. Sekilo RM 3.00.

Saya orang Baling, hidup dalam persekitarannya adalah hutan. Buah-buahan hutan seperti ini adalah biasa bagi saya.  Suami saya orang Sabak Bernam,  kawasan pertanian komersial seperti kelapa, kelapa sawit atau pisang tetapi bukan kawasan hutan.

Kecik-kecik dulu kami “teghebey”. Orang utara panggil lastik tu “teghebey”. Selain buah setul, buah rotan, buah jentik-jentik, buah rambai, buah tampoi, buah kundang, buah keriang dot, buah asam kumbang atau buah lemba adalah buah-buah yang biasa saya jumpa.

BUAH NADIR

Buah Sentul tergolong dalam kategori pokok buah-buahan nadir di Malaysia. Nama saintifiknya Sandoricum koetjape tergolong dalam famili Meliaceae seperti pokok rambai, langsat dan sentang.  Buah sentul berbentuk bebola,berwarna kuning keemas-emasan apabila masak dan berbulu lembut. Isi buah sentul berulas-ulas, lembut dan berwarna putih seakan-akan isi buah manggis. Rasanya masam-masam manis. ( rujukan : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia )

Buah-buah nadir tu maksudnya buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersial dan semakin sukar ditemui. Kebanyakkan tubuh bercampur-campur secara liar dengan buah-buah lain di kebun. Nadir itu sendiri bermaksud sedikit atau jarang.

buah-sentul

Walaupun saya dah biasa dengan buah setul, ini adalah buah paling besar yang pernah saya jumpa. 4 biji sekilo.  Jangan tanya mana hilang sebiji lagi..hihi

buah sentul

Selain dimakan mentah dengan dicicah seperti kita cicah buah mangga muda, buah sentul juga sedap dibuat jeruk. Biasanya saya jumpa jeruk  buah sentul yang masam manis  tetapi jeruk sentul dari Hulu Terengganu ini lebih istimewa. Jeruknya pedas. Terus makan tak perlu buat sambal untuk cicah.

Kulit buah sentul boleh dimakan mentah atau  dimasak lemak.

 

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Buah Sentul Buah Nadir Hulu Terengganu

  1. alamak sudah terliur.. kena cari jeruk kelubi ni.. hehehe

    Kak Jie, kalau di Kedah “teghebey”, di Johor lastik juga dipanggil “terbil”.

    Heheheh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Contengan StrokeMy Profile

  2. Masa kecik2 dulu selalu jugak makan buah sentul ni kat kampung..sekarang ni tak pernah merasa dah..dah lama tak teroka hutan..
    Ppsstt..bila dengaq perkataan ‘teghebey’ tu, teringat nostalgia lama masa kecik2 dulu kat kampung..gantung ‘teghebey’ kat leher macam tali leher lagaknya.. 😉
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Pengalaman Pertama Ke Klinik HaiwanMy Profile

Comments are closed.