Comelkan anak kucing ni. Anak kucing betina ni, umur lebih kurang 3 bulan. Saya tak sampai hati….dan bawa dia balik ke rumah.
Bukan disebabkan dia comel… tetapi disebabkan kaki anak kucing ni kudung disebelah kaki kanan. Luka tu walau dah baik tapi nampak macam masih baru. Dia pun agak sensitif bila disentuh dibahagian kaki yang kudung.
Anak kucing ni tiada pemilik, hanya hidup di kaki lima kawasan rumah adik saya. Tak sampai hatilah nak tengok saja. Moga dia hidup sihat bersama Julie dan Camo.
Kejap lagi nak bawa pergi klinik buat pemeriksaan. Lawatan kali pertama biasanya doktor cek kutu, cacing atau kurap. Kalau sihat biasanya doktor terus buat suntikkan vaksin kucing. Dekat Rawang ada 2 klinik haiwan yang biasa saya pergi
Dua minggu lepas, saya ternampak satu post dalam grup kucing mengenai seekor anak kucing yang dijumpa cedera teruk di kaki. Kucing malang ini dijumpai oleh seorang pemuda dan membawanya ke klinik tetapi dia tidak dapat menjaga anak kucing tersebut kerana dia tinggal bujang. Kucing yang cedera di kaki ini perlukan…
Ingat Alice? Kucing terbiar yang saya jumpa dan bawa balik pada bulan Ogos 2014. Hari pertama Alice di rumah, kepala besar dan badan yang kurus. Umur Alice waktu ini dijangka 2 bulan setengah. Waktu ditemui, kaki kanan Alice memang kudung seperti ini. Dah mula sihat dan gebu. Alice membesar dengan…
Semalam saya bawak Alice ke klinik haiwan. Pemeriksaan pertama selepas operatioan potong kaki dia 1hb Januari 2015 baru-baru ni. Selepas 2 minggu kaki Alice yang dipotong tu sebenarya tak ada masalah, kering tetapi ada beberapa bahagian yang masih belum kering sepenuhnya. Bahagian tu Alice kerap jilat. Saya baca banyak artikel…
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie
Baiknya kak jie ….beruntung la kucing tue …..
Sayangi yang di bawah, pasti yang di atas akan lebih menyayangimu.
bukan setakat kucing kalau tengok anjing kudung pun timbul rasa simpati .. mereka masih boleh hidup dalam keadaan yg begitu itulah kekuasaan ALLAH.
Teringat kucing yang cacat 2 belah kaki aritu…
memula nampak kucing ni..terus buat keputusan nak bawa balik, tak teragak-agak
dah bawa balik baru nak minta izin dgn suami…nasiblah suami ok
sedih tengok kucing kudung. Moga kucing ni membesar dengan sihat. Amin
Biasa kalau kucing saya luka2 saya sapukan minyak ‘ibu’ terus kering luka dia..
Kesian kitty ni.tgk kaki yg kudung tu teringat kucing kudung yg dipotong kaki sebab makan ikan
Boleh la buat mini contest untuk nama ahli baru ni..hehe
okeh.
memang comel gak kucing nih.
kak jie kalau jaga kucing memang lengkap. siap ada bawa pi rawatan lagi, terbaik lah
Rasa kesian tengok kucing macam ni. Semoga kehadiran dia akan lebih meriah dan ceria rumah k.jie.
Dah ada nama ke belum?
Kesian melihat keadaan anak kucing tersebut.
Alahai kesiannya. Insya Allah boleh baik tu. Baik hati Kak Kujie bawak balik anak kucing. Semoga Allah sentiasa merahmati akak.
Belum tentu lagi saya boleh berkasih sayang dengan haiwan kudung seperti sis ni
Memang tersentuh hati