Dah join MML Makeover Contest?
Syarat mudah, tanpa pembelian. Hanya hantar 5 keping gambar keadaan jubin yang perlu diganti dan ceritakan serba sedikit mengenainya dan rebut hadiah menarik. Ianya percuma. Bukan saja pemenang menerima jubin MML yang berkualiti tetapi juga khidmat rundingcara mengenai rekabentuk.
Peserta juga boleh menghantar seberapa banyak peryertaan tetapi hanya satu hadiah untuk seorang peserta.
Inilah masa yang sesuai unguk membuat pengubahsuai sempena Aidilfitri kerana pemenang diberi tempuh dari 14 Julai 2012 hingga 23 September 2012 untuk merancang proses pengubahsuaian jubin tersebut.
Pemenang juga boleh memilih mana-mana jenis jubin MML selagi terdapat di dalam stok. Bukan semua jubin adalah sama, MML mempunyai berbagai saiz, warna, tekstur permukaan atau pun ketahanan. Buatlah pilihan apa yang dikendaki, MML mempunyai berbagai pilihan untuk memenuhi impian tiap pelanggan.
Untuk menyertai peraduan ini, klik The Curious Cat.
Follow Curious Cat di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang jawapan yang diperlukan.
Jika perlukan berbagai tips dan panduan memilih jubin , membuat perancangan dan pengiraan , boleh kunjungi laman web MML di mymml.com
Cuaba bayangkan lantai rumah yang berkilat-kilat seperti ini…………….meow!
Contest akan berakhir 8 July, saya pun masin mencari sudut sesuai dalam rumah untuk mencuba nasib. Kepada pembaca blog saya, sekiranya anda telah menyertai peraduan ini, silalah tinggalkan komen supaya saya boleh melawat dan mengundi.
Jubin kat rumah saya dah pecah dan makin besar retaknya………….. memberi khidmat kepada anak benih untuk bercambah…hihi.. Saja sengaja biarkan rumput itu disitu, nak tengok sebesar mana ia mampu bertahan.
Ubin yang retak pun bisa ditumbuhi tamanam..
Moga berjaya Kak Jie..
Ingat nak suruh rumah nenek saya tapi, Berdasarkan undian macam susah kot kak.
suruh je kawan2 like
Bertapa suburnya tanahair kita. sampai di atas batu pun boleh tumbuh pokok.
Selalu dengar iklan promo jubin ni kat radio Sinar fm. Sora kucing si SY dan Krill. hahaha
Saya tinggal di rumah sewa , nak masuk untuk mak , tapi tak de gambar pulak .. nak balik kampung mungkin di bulan puasa nanti .. huuuu
Menarik ada kehidupan cuba untuk hidup dicelah kesan retakkan jubin tersebut.
sy tak dapat nak menyertai sebab (1) duduk rumah sewa (2) rumah kampung tak pakai jubin (3) rumah mertua masih dalam pembinaan
p/s : insyaAllah boleh tolong bagi undian untuk rakan rakan yang menyertai je..
suruhlah kawan-kawan lain masuk, bukan blogger pun boleh
hadiah ni menarik, kak jie suka……………….lagi suka kalau kawan² yang kenal yang menang
Kak jie.. nak tanyalah.. kalau let say di kampung diorang guna tikar getah,
boleh ke gambar 5 keping tuh kita shoot tikar getah?
boleh kot, dia nak tengok gambar sebenar…cuba pergi kathttps://www.facebook.com/curiouscatdotmy , dah ada contoh gambar yang orang lain hantar
rumah mak saya baru buat , tk de jubin .. kalau lah dpt hadiahkan pada mak kan kan ..