Dalam perjalanan balik dari kampung, kami anak beranak melencong ke Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang.
Jambatan Pulau Pinang – siap dibina pada tahun 1985 dan panjangnya kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut.
Tol untuk melalui Jambatan Pulau Pinang ke Georgetown RM 7.00.
Di Pulau Pinang , saya telefon Yonna, anak siber yang saya kenal sejak 7-8 tahun dulu. Kali terakhir kami ke Pulau Pinang tahun 2008, Yonna bawa kami naik bas antik ke KOMTAR. Kali ini kami terus memandu dengan panduan dari Waze sehingga di depan mahligainya di Jalan Bukit Kukus, Air Itam.
Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) adalah bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang. Bangunan segi 12 mempunyai 65 tingkat.
Berhenti di salah satu lampu isyarat dan ternampak bangunan ini yang mempunyai banyak lambang Nazi.
Nazi tu apa, tanya Intan
Along & Angah : Nanti Intan belajar Sejarah jumpalah
Kami makan claypot briyani ayam/kambing di Restoran Kapitan depan Nagore Dargah Sharif.
Kami melalui jalan Lebuh Pasar, Lebuh Pantai dan melalui bangunan-bangunan lama . Anak-anak sangat berminat dengan pemandangan seperti ini. Tengok binaan awning pada tingkap… tak jumpa lagi kat tempat lain.
Dinding bangunan lama tersebut dihiasi dengan pelbagai lukisan mural, grafiti yang menarik.
Mural yang menghiasi pintu dengan bentuk dan tulisan dihasilkan dari besi.
Inialah antara street art yang paling menawan. Cantik, kan….
Pejabat Imigresen Georgetown Leboh Pantai – tempat yang menarik minat jurugambar perkahwinan. Tengah panas terik tu….sanggup!
Bangunan Georgetown Chambers
Anak-anak minat dengan seni bina bangunan lama. Sanggup berjalan menyusur laluan biar pun panas terik.
Jalan mati yang berlatarkan dinding asal bangunan lama…style tu…
Kami buat pusingan untuk balik ke pengkalan feri di hadapan Queen Victoria Memorial Clocktower.
Bye… bye … Penang.
2 jam singgah di Pulau Pinang, kami teruskan perjalanan balik belayar dengan feri percuma. Pergi Pulau Pinang tak naik feri tak cukup syarat , katanya.
Semua gambar hanya melalui Samsung S3 dan ada gambar diambil dari kereta yang sedang bergerak. Maaflah kalau ada tompokan kotoran dari cermin kereta pada gambar.
wah. . kena ronda P. Pinang ni. Tu hari pergi tak sempat nak pusing sakat, demam..
Memang banyak hasil semi mural di Pulau Pinang, kebanyakannya cantik-cantik.
ada lambang Nazi di sana, cukup menakutkan..
nice mural art tu tapi menakutkan..huhu
dinding mural ni yang popular tu rupanya. unik gambar motor tu banyak orang share biasa..
lama dah tak singgah kat pulau pinang… last singgah pun tahun 2011
mural penang style memang tak terkalah..menawan hati untuk melihatnya..
Memang tak puas berjalan dekat penang tu kalau 2 jam kan kak jie. Kalau ada gambar claypot briyani tu mesti lagi menarik tu.. Hehe
dah lama tak gi penang ni…
PM hujung bulan nih baru 1st time nak jejakkan kaki ke Penang untuk bercuti….:)
datang penang lagi nanti melawatla saya di uitm ..hehe..gambar mural yang kat pintu tu lawa..
Gambar mural 2 beradik naik basikal tak ada ker kak Jie?
tak jumpa..kami lalu satu jalan je…2 jam kt penang mmg tak sempat nak round
makan briyani pun dah sejam..hihi
Betul-betul menikmati setiap moment ketika makan Briyani. 🙂
Baru je ke Penang baru2 ni..Bukit Bendera..memang best jalan2 kat Penang..
tren Bukit Bendera dah baru , kan.. tak pergi pun
tapi kakak ipar pergi akhir tahun lepas
kami tak bercuti pun..melencong singgah 2 jam..hik
Seumur hidup belum pernah sampai penang . by the way nice gambar-gambar tu.
kak jie kampung di utara, kalau melencong singgah sejam dua tu
sempatlah
kalau nak bercuti semata2 ke Penang, tk pernah lagi
menariknya.. terasa plak nak membeli DLSR..
tapi tak boleh.. nak setel kete dulu
elok tu, selesaikan mana kepentingan dulu
guna hp pun elok juga…ni kak jie ambil gambar guna hp je
rasa macam nak pergi penang jer, pertama kali pergi penang pun waktu tu konvo isteri kat USM ketika kami baru bertunang lagi..
kena cari masa dan ruang untuk jalan2 ke utara jugalah nanti.
anak-anak 7-8 tahun seronok bawa dia bercuti ejam
kalau bawah pada tu…agak penatlah kita nak menjaganya..
nanti bawalah anak2….terangkan sinilah tempat mama dulu..hihi
suka tengok gambar motorsikal kat pintu tu.. amat kreatif
kami pun kebetulan lalu situ
sebelum ni bukan tau pun ada benda2 gini
seronok pula….boleh berenti tepi jalan utk bergaya …
tapi biasalah……….Penang mmg kawasan pelancong, ramai orang luar
dah lama tak gi komtar..
Swastika tu asalnya lambang buddha kata kawan… Hitler yg cilok. haha
memang lambang buddha pun…
suka naik jambatan penang malam-malam, seronok tengok pemandangan. senibina sana mmg byk yg lama2 lagi.
siang suka nengok awan dan langit biru
awan cantik – cantik…
baru nak komen… dah penuh orang kat atas. hahaha.. kalau saya kan kak jie. untuk entri jalan-jalan.. semua gambar saya main petik je. dah tak pikir pasal art ke ape ke… sebabnya nak kekalkan moment kegembiraan tu untuk koleksi peribadi.
melainkan saya keluar outing.. tu memang focus nak buat art. selain dari tu.. saya akan jadi red indian… petik je ikut dan. hahaha.. janji the happiest moment tu tercapai
Betullah… hp kat tangan je…ready nak snap gambar je
kami pun pergi tak merancang, main pusing stereng masuk jambatan pulau pinang
art2 tu kena keluar berembung, ye dak……………. baru menjadi
*alasan je tuuuu……………* hahahahaha
alah kak kujie ni datang penang x tanya dulu, kalau boleh nak jer saya nak suruh kak kujie pi makan kat Puncak Mutiara Cafe dan buat review pasal tempat makan tuh, ker dah pernah pi sana
tak pernah pi… mmg tak rancang² pun
main singgah je…tu adalah 2-3 jam kat penang tu
nanti kalau pi lagi, kak jie war-war seluruh alam ye…hehehe
Penang memang best kak…negeri favorite saya tu..heheh… makan pun best-best kat sana
kami selalu singgah.. tapi sekejap kejap saja…otw balik dari kampung
kalau malam best, kan… makan kat gerai²
menarik dengan art. kreatif sangat!
clear juga gambar S3,
ada banyak…. kadang2 terselit celah dinding, tingkap nun jauh atas bangunan
memang kreatif…. menarik sgt
oh ada juga terselit.. ni kena pergi.. last pergi masa umur 5 tahun.. .. sekarang dah 24 tahun… kena cari masa untuk pergi ke sana.
Wohoo memang minat sgt hasil seni macam ni :)kalau ke sana sure menembak tak hengat hehehehe….silap2 repeat lagi sekali hahaha…
tak sempat nak meronda sangat, 2 jam saja… pergi Air Itam, patah balik ke town..pergi makan claypot briyani lagi…. baru lalu kawasan tu ambil gambar sikit