Entri ini adalah siri terakhir untuk Cuti-cuti Malaysia saya ke Pahang dan Terengganu. Saya tak cerita tentang aktiviti peribadi kami, apa yang saya kongsi adalah lokasi atau tempat menarik yang boleh dilawati apabila melawat sekitar Pahang dan Terengganu. Mungkin boleh memberi idea kepada sesiapa yang sedang merancang bercuti sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
Saya listkan entri tersebut supaya senang untuk membuat rancangan percutian dan menyusun jadual.
- Muzium Sungai Lembing,
- Muzium Sultan Abu Bakar,
- Komplek Kampung Budaya Pulau Keladi & Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas
- Murtabak Mengkasar
- ICT di Teluk Ketapang.
Atau kalau ingin mencari tempat lain yang ingin dilawati, klik Tempat Menarik Untuk Dilawati., mungkin boleh mendapat idea merancang cuti akan datang.
Entri ini untuk kawan blogger saya Arin yang sedang bercadang untuk melawat pantai timur juga untuk sesiapa yang akan bercuti sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
Jangan lupa bawa Hanum, Zara dan Harith naik Bas Kayu ye…
Sebenarnya saya pernah ke warung ini pada lawatan dulu, tapi tak berapa ingat hinggalah baca blog Puan Bee mengenai percutian dia ke Cherating awal Disember baru-baru ni. Senang saja nak ke warung pinggan besar gedabak ni.
Selepas memasuki sempadan Negeri Terengganu, memandu lebih kurang 5 Kilometer. Sampai di persimpangan lampu isyarat ke – 3 ( masa saya pergi itu lampu isyarat ke-3, tak tau lah selepas itu ada lampu isyarat baru ) , ambil simpang ke kanan ke arah Kuala Kemaman. Paling senang, persimpangan yang ada Masjid Geliga di sebelah kanan dan ada Hentian Bas Ekspress Kemaman.
Kira-kira 300 meter, jumpa simpang tiga, ambil arah ke kiri. Sebelah kiri akan jumpa SMK Geliga. Selepas sekolah, Warung Aziz Satar berada di seberang kanan jalan .
Inilah warungnya… Warung Aziz Satar. Satar adalah nama makanan yang popular di Terengganu. Khabarnya pemilik asal warung ini juga bernama Satar.
Satar ialah masakan istimewa di negeri Pantai Timur Semenanjung. Ia adalah campuran ikan tumbuk seperti isi ikan selar kuning, kerisi, gelama atau tenggiri bersama lada , kelapa parut dan bahan rempah lain. Satar dibungkus dengan menggunakan daun pisang berbentuk kon dan kemudiannya dicucuk pada bilah buluh dan akhirnya dibakar.
Harga satar untuk 10 biji ialah RM 5.00. Kalau beli di gerai sepanjang jalan Kuala Kemaman, harganya RM4.00. Saya dah beli dan agak kecewa kerana keras dan sejuk.
Puas hati makan yang mahal sepuluh sen tetapi lembut , panas dan sedap. Bukan nak makan tiap hari, atau nak makan selori, entah² dua tiga tahun sekali. Alang-alang nak makan , cari yang betu-betul memuaskan hati.
Warung Aziz Satar juga dikenali dengan nama Kedai Kuning terletak di Jalan Kuala Kemaman, Kg Geliga , Kemaman , Terengganu.
Dua kali kami makan di sini sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Cherating. Malam malam kali pertama, kami ambil seekor ikan pari bakar. Separuh saja dihidang dan separuh lagi dibungkus. Tak larat nak makan bertiga.
Sedap… saya suka. Ikan kat sini memang segar.
Hari terakhir di Cherating, selepas check out, dalam perjalanan ke Kuala Terengganu kami singgah untuk makan tengahari pula. Ada berpuluh-puluh jenis masakan dan berjenis-jenis ikan.
Pais ikan dan pais sotong juga sedap. Harga sebungkus pais ikan antara RM 2.00- 3.00 dan pais udang RM 2.00
Tahu pais? Ikan atau udang atau sotong dibungkus bersama rempah ratus di dalam daun pisang dan kemudiannya dibakar.
Ini adalah satu keistimewaan di Warung Aziz Satar – pinggan besar! Pinggan saya yang besar gedabak tu nampak kosong bila ada sotong dan sayur sahaja.
Keluarga kami bukan biasa makan dengan pelbagai jenis masakan serentak. Tak pandai makan bercampur-campur. Nasi dan satu jenis ikan dan satu jenis sayur walau pun ada berpuluh-puluh jenis menu yang lain.
Ini entri last cuti-cuti tahun lepas………….. final episod ni.. hiks!
©kujie – 26 Januari hingga 28 Januari saya bercuti ke pantai timur lagi. Nak pergi rumah blogger Hairul Azni. Tetiba dia muncul… jeng…jeng..siapa dia?
Selamat menikmati liburan beserta masakannya Satar-nya, pasti enak sekali ya.. 🙂
sedapnye makan satar… rasa nak makan keropok lekor pulak…
Aduha sudah lama tidak merasai pais sotong ini. Apa bila melihat gambar tersebut terliur jadinya.
sedapnyaaaaa… ikan pari bakar tu..
Besar betul pinggan. Kalau makan ramai-ramai mesti tak muat meja ni. Hehe
sedapnya,, tak pernah lagi makan sotong masak lemak, selalu buat sambal sotong je.
tu sotong sumbat, dalam sotong tu ada pulut
Nama tempatan ‘ketupat sotong’
ohhh minatnyaaa satar, otak2 dan pais ikan…
depan taman perumahan emak ada org jual otak2 sedap. kasi duit je la bila2 teringin :p
satar tuuu..kalau pedass..memang sedap woo..
wahhhh meriah sungguh sepanjang cuti2 malaysia ya
nampak menyelerakan…
Seronoknya dapat bercuti-cuti.. Aya tak pernah lagi sampai negeri Terengganu.. huhu
memang besar sungguh pinggan dia tu..tapi praktikal jugak bila pinggan besar camtu..letak ikan bakar tak payah guna pinggan lain atau ikan jadi terjuntai keluar pinggan..hehehe
satar tu memang sedap kalau dimakan semasa panas..
memang selalu gi tganu tapi tak pernah cuba pulak..
Satar memang sedap dimakan kalau panas dan ada pedas-pedas sikit.huhu
a’aa yang tu best tapi agak mahal bagi org terengganu..cuma aritu terkilan sebab pergi tapi satar dan yang celup2 tepung dah habis..maybe bukan hari minggu dia tak buat banyak kot..
saya suka makan satar. dekat pantai timur memang banyak kedapatan. tapi saya dekat penang susah sikit nak cari.
PM biasa ke Terengganu, tapi hanya pergi ke pulau nya sahaja, Pulau Redang,Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah…
Lepas nih jika ada rezeki nak melawat tempat2 menarik yang lain pulak di Terengganu, takmo dah lah pergi pulau…hehe
Sata memang sedap tambah pulak kalau makan panas2..kalau kat area Kuantan ni,gerai jual sata yang popular kat Tanjung Lumpur..selain daripada sata,ada banyak lagi menu yang berasaskan sumber laut kat area tu..
** Kita jumpa 26 hb nanti ye?.. 😀
Dulu pegi sana penah terbeli satar yg sejuk, tak puas hati punya pasal pegi gerai lain tunggu dia siap bakar terus makan.. haha!
Disebabkan pinggan beso sangat, macam ciput sangat nasi tu.. heh..
alaaa…. tensennya tengok makanan2 yang best tu.. ni yang rasa nak terbang ke sana sekarang juga..tengah lapar ni, tapi malas nak gerak ke cafe…hehe
sama la kita. tak reti makan banyak2 jenis. lagi pulak keturunan jawa. lagi le tak reti makan meriah. 1 lauk 1 sayur cukup. buat sambal kalau nak pedas. lagi pulak dulu adik-beradik ramai. memang tak dididik makan meriah.
sangat kontra dengan pasangan. family dia nasik sejemput tapi lauk sayur pulak mau 5 jenis. adoi sangat beza tradisi.
hai kujie,
selamat bercuti bersama keluarga tersayang, harap ada kesempatan untuk bercuti di sana sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. mudah-mudahan.. takkan asyik kerja je kan.. hehe
kakjie sama dgn bee , pinggan besar lauk sotong saja .. tk reti nak makan banyak2 sangat pun
beberapa kali lalu Terengganu tak pernah singgah lagi..
Next time kena plan lalu sambil nyinggah mana² yang menarik..atau bercuti di Cherating ke..hehe
teringin sata lagi kakjie ..hukhuk
Bila lihat pari bakar + sambal = teringat kat JB..
adehhhh…. sodapnya diperah limau + nasi panas2
Coverage semua entri percutian di Pantai Timur memang membantu kepada rakan-rakan yang nak ke sana.
Opps bukan Aziz Satar geng bujang lapok tu rupanya. Nama serupa, orang tak sama. Bila org dok citer pasal Terengganu ni, kawe rasa jeles sikit2 😀 Ya lah, dah lama benar tak pi sana sampai kenangan pergi sana tu pon dah hilang dalam memori di kepala. Harap gambo2 jer.
Kalau ada rezeki ke sana, kawe cuba lah cari Restoren Aziz Satar ni. Tengok sotong tu geram jer dibuatnya. Suka makan sotong ehhh…
Dah lama tak makan satar,kalau betul2 pandai buat memang sedap.Sotong tu dalam nya pulut ker Kak Jie.
menyelerakan bila tengok sotong2 tu
sedap dan menyedapkan…
takde kena mengena dengan pak aziz satar le ni ek?
pelakonkah??kekeke..kawan saya yang duduk kt kemaman pun tak pernah cerita pasal warung ni..haish..
owh satar…kegemaranku..nanti hujung bulan ni balik sana beli banyak2..hehehe
apsal ada gambar poker muncul bila masuk blog ni?
ingatkan aziz satar pelakon tu.. =)