Percutian mendebarkan dan pengalaman indah
Percutian

Percutian mendebarkan dan pengalaman indah

Tengahari baru kami bertolak , selepas kereta selesai diservice. Gear oil, minyak hitam, air, bateri semua telah diservice sebelum memulakan perjalanan.

tragedi dilebuhraya

Siapa boleh melawan takdir? Sekurang-kurangnya saya telah berusaha dan berdoa untuk memastikan perjalanan kami dalam keadaan baik.

Ada yang hantar sms : ” Kak Jie ni siapa? Tiap kali kereta breakdown, polis cepat saja escort”

Kebetulan saja tu, jangan mudah menilai apa yang gempaQ . Kak Jie bukanlah ‘somebody’. Makcik blogger saja.

Selain bersyukur kepada Allah kerana melindungi kami selalu – dengan sedikit ujian dan diberikan kami berganda-ganda pertolongan, ucapan terimakasih juga untuk Encik Plus Ronda 5B WQL 5618 dan 4B WQL 5725, Encik Polis trak tunda WNB 4295 dan pokok di tepi kilometer 230.5 arah utara kerana memberi ruang untuk kami berteduh dari terik mentari.

Anak-anak saya jerit : ” Terimakasih pokok….”

Walaupun Encik Plus Ronda memberi jaminan kereta selamat digunakan , saya rasa lebih baik kami singgah bermalam di hotel dan memulakan perjalanan keesokkan harinya. Kami masih dalam mood bercuti, jadi apa salahnya merasai percutian sepanjang perjalanan. Saya keluar di Parit Buntar dan kami singgah di hotel pertama yang ditemui – Damai Hotel Parit Buntar.

Dengan 2 bilik dulexe yang boleh diakses dari kedua-dua bilik, anak-anak yang terlebih teruja. Seawal 10 pagi kami dah check out.

air panas ulu legong

Pagi esoknya, awal-awal kami ( saya dgn 8 anak-anak ) ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling.

Saya pernah melawat Sari Ater Hot Springs, Bandung, Indonesia, Kolam Air Panas, Labis, Johor, Kolam Air Panas, Bentong , Kolam Air Panas Pedas , Kolam Air Panas Selayang dan Kolam Air Panas Hulu Tamu di Batang Kali.

Kalam Air Panas Ulu Legong ( Ulu Legong Hot Spring ) adalah yang paling besar, bersih dan disengara dengan baik. Tiket masuk untuk dewasa RM 4 dan kanak-kanak RM 2 rasanya berbaloi kerana ianya dijaga dengan baik.

feri pulau pinang

Dalam perjalanan balik, kami singgah di Butterworth dan menyeberang Selat Utara-Selatan dengan menaiki feri.

Romantiknya kala hujan gerimis ….

ยฉKujie – esok sambung percutian hingga Selasa 23/12/2009 ,

Bila keputusan PMR 2009 keluar?

Keputusan PMR 2009 yang akan diumumkan pada 24hb Disember 2009.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Percutian mendebarkan dan pengalaman indah

  1. Bagi saya percutian yang seronok adalah pengalaman perjalan bukan sekadar destinasi percutian … bila kita sabar dan tenang dengan berbagai kerenah perjalanan itu yang membuat percutian lebih menarik.
    .-= denaihati´s last blog ..Dapat Duit dari Twitter =-.

  2. sungguh seronok dapat bercuti dan jalan-jalan melancong. melancong untuk diri dan ber’honey moon’ sudah tetapi anak-anak belum lagi pergi kemana-mana (hu3).

    menanti sehingga kesemuanya kembali stabil.
    .-= megat´s last blog ..Menangani pasangan keras kepala =-.

  3. Bukan senang dapat duduk dalam longkang.. hehee… anyway, Alhamdulillah.. cuma kereta jam saja.. takde apa2 yang lain berlaku.. percutian kak Jie makin bertambah meriah sebab dapat tambah hotel penginapan ;). Kalau anak2 neeza, sangatlah suka.. ๐Ÿ™‚
    .-= Neeza´s last blog ..Jauhilah bidaah.. =-.

  4. owh bestnye tengok kak jie sekeluarga. adoi ai.
    cabaran aku akan bermula plak tak lama lagi.
    makin besar tanggung jawab lepas ni.

    ade rezeki bleh la jumpe besok. kedai tok penghulu bukak
    pada malam hari.
    .-= Kreuger´s last blog ..Info Kesihatan : Pendarahan ketika hamil =-.

  5. Pengalaman satu daalm sejuta tuh.
    Walopun diuji dgn peristiwa seumpama
    ini tetapi alhamdulillah semenya kembali
    lancar selepas itu.
    .-= Eriyza´s last blog ..Maal Hijrah 1431H =-.

  6. aduhaii.. terasa terikut2 sama bercuti…cuti2 malaysia.. huhuhu

    hari ini masih lagi di rumah sendiri. menantikan org baru lahir ke alam fana .. huhuhu

    1. @x-po, nak g sana, lalu depan rumah kak jie, jgn lupa say hai kat mak dgn ayah kak jie..hehehe

      tempat tu di buka 24jam

  7. Hotel Damai, pernah duk situ masa masih belajar di MRSM Transkrian. Ada pengalaman menarik dalam percutian kali ni..
    .-= beliamuda´s last blog ..Respon: HurulAini Memberikan Tip Tingkatkan Trafik =-.

    1. @beliamuda, ok juga hotel dia…lagi pun itulah hotel pertama yg kami jumpa
      penat seharian bersidai tepi jalan…tak sabar nak mandi2 :mrgreen:

  8. kakjie, alhamdulillah, walau Dia bagi kesulitan, Dia selitkan kemudahan..syukur..

    cuti2 malaysia ye..seronoknya!
    .-= โ™ฅchentatikuโ™ฅ´s last blog ..::sengal:: =-.

  9. wah kak jie! sakan ye bercuti… seb baik ade pokok tepi hiway bagi teduhan… kalaula rosak tu tang tempat yang langsung tade pokok kan ke haruuuu!! ๐Ÿ˜ฏ

    time cuti2 ni angahla paling berdebar sebab result dah nak kuar sangat dah tuuuuuuu ๐Ÿ˜›
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..365 hari menyulam cinta =-.

    1. @~mrs azmi~, itulah..anak2 pun menjeri2 kt pokok yg berjuntai tu..terimakasih poko
      mesti pokok tu pun hepi sbb ada org terima khidmat dia ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜†

      result dia..hahaha..t.akut , sbb trial dia dpt 2A 6B ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜†

  10. catatan menarik sepjg percutian…8 org yer anak2 akak…mmg silap ejam panggil akak, kena panggil makcik nie, ejam pun ada 7 org jer adik beradik…
    .-= ejam´s last blog ..Kalendar 2010. =-.

      1. @Kujie, lor yeker…hidup2 igtkan anak akak 8org…tapi kenapa semuanya lepak dgn akak? diorg amik kelas tambahan “Mari Jadi Blogger Bersama Kujie” ker…hehe

        waktu kecil ler mereka rapat, dh besar nanti ikut haluan masing2 jgn sampai selisih bahu pun tak ditegur mmg nk kena ler tu…
        .-= ejam´s last blog ..Kalendar 2010. =-.

        1. @ejam, anak kak jie 17thn, 15thn & 10 thn
          anak2 sedara mmg tiap thn bila cuti sekolah dtg ‘bersummer camp ‘ kat rumah kak jie
          ada sebelah suami, ada sebelah kak jie
          jadi…kejap jadi maklong, kejap jadi mak uda ๐Ÿ˜†

Comments are closed.