Terengganu memang terkenal dengan kawasan pelancongan pesisir pantai yang menarik. Antara kawasan pantai yang popular seperti Pantai Teluk Mak Nik atau Monica Bay, Rantau Abang , Pantai Kemasik, Teluk LIpat atau Pantai Kelulut.
Kalau menginap di Kuala Terengganu sendiri, banyak kawasan menarik yang boleh dikunjungi. Ini adalah lokasi yang kami jejak sepanjang sehari di bandar Kuala Terengganu. Abaikan lokasi membeli belah atau kawasan sesak tengah bandar. Saya bercuti memang mengelak keadaan seperti itu. Dah cukup apa yang Kuala Lumpur hidangkan sepanjang tahun.
Pemandangan Bandar Kuala Terengganu dari atas Bukit Besar.
Intan masih ingat dia pernah bergambar di lokasi ini tahun 2009. Semuanya telah berubah – Intan yang makin remaja, slope yang dah dikonktik, pokok yang semakin merimbun. Mungkin yang tak pernah berubah adalah kenangan dan memori juga kebetulan warna baju yang masih sama!
Maaf, gambar kanak-kanak Intan tahun 2009 terpaksa diblurkan.
Baca entri lawatan kami sekeluarga ke Bukit Besar pada tahun 2009 – Bukit Besar, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Lokasi yang mudah dan terdekat untuk melihat mentari pagi. GPS Coordinate Pantai Baru Buruk 5.324925,103.154077.
Nampak pelangi? Pelangi pagi
Pantai Batu Buruk tidak sesuai untuk mandi mandi. Malah ada papantandan larangan untuk mandi di sini untuk keselamatan pengunjung pantai.
Deretan pohon rhu di tepi pesisir pantai yang bersih memberi kelebihan untuk aktiviti keluarga sambil menikmati pemandangan dan hembusan angin Laut China Selatan.
Selepas itu, jangan lupa kunjungi Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu terletak lebih kurang 16 KM dari Bandar Kuala Terengganu. Lokasi pesisiran pantai yang menarik untuk dilawati di Kuala Terengganu.
Untuk ke sini, cari arah ke Seberang Takir/ Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Universiti Malaysia Terengganu atau Universiti Darul Iman. Ini adalah kawasan pesisir pantai yang panjang. Jangan risau… terus memandu disekitar perkampungan dan nikmati pemandangan yang memukau.
Kawasan di sini memang terkenal dengan beberapa lokasi makan-makan pelancong popular seperti Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209, ICT Warung Pok Long, Pantai Teluk Ketapang atau ICT Warung Pok Nong di Mengabang Telipot.
Pantai Tok Jembal – lokasi pendaratan bot-bot nelayan penduduk tempatan.
Pesisir pantai telah dibina benteng hakisan ombak.
Selepas menikmati udara laut yang segar, jangan lepaskan peluang cari ICT.
Ada banyak warung yang menjual ikan celup tepung di sepanjang pantai. Saya pernah makan di Ikan Celup Tepung Pok Long, baca si ini – ICT dan i-City Kuala Terengganu
Antara warung ikan celup tepung yang top dan fofular di sini adalah Warung Pok Nong, tetapi saya jarang mencari yang popular. Saya jarang ikut mainstream, mesti mencuba kelainan. Kami ke Warung Buka Pulok, Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit.
Seekor ikan segar yang dicelup tepung berharga RM 2.50
Mesti cuba sotong goreng tepung.
Serius menikmati makanan laut di sini sangat berbeza. Semuanya segar baru mendarat dari laut. Keropok dan segala jenis nasi semuanya sedap.
Nota : Kalau nak maklumat kawasan percutian menarik di Malaysia, baca entri saya yang lain di sini – Tempat Menarik di Malaysia
Nota ii – Semua gambar menggunakan telefon Samsung Galaxy s3
Pantai tok jembal dekat ngan umah sewa saya sekarang.. hehe.. teluk ketapang pun sama..
hari Selasa lepas pun pi sini lagi….
Wow pantai yang sangat indah ya apalagi ada pelanginya tu makin cantik dan mengagumkan …
Rina kenalah singgah nanti yer =)
Wahhh dah lama tak ke sini..emm Bukit Besar tu nak naik kot mana ekk?macam sedap jer saya tengok kalau duk atas tu..hehe
kalau dari atah simpang 4 trafik light mydin
terus akan jumpa simpang tiga….ambil kiri
kawasan kiri tu kan taman ….sebelah kanan tu ada jalan mendaki ke Bukit Besar
Kak Jie pernah ke pantai Pandak, Chendering? Cantik juga. Adakala boleh mandi di pantai tu…adakalanya tak boleh.
Belum pernah rasanya…nanti kalau ke sana akan cuba
PM akan ke Kuala Terengganu bulan depan , tak sabar dah nih…hehe
PM paling rindu pantai di Pulau Redang dan Pulau Perhentian , rindu nak jumpa ikan Nemo…huhu
bab makang, memang sedap2 belaka =)
Memang puas hati tgk gambar bsar2 camni…
Bukit Besar belum sampai lagi weh…
Tengok gambar ikan goreng dan sotong goreng tepung terasa la ni gak nak ke sana..memang sedap sebab dah pernah makan cara diaorang goreng , suka sangat.
wah indah nian pemandangannya,,,asik ya bisa berlibur bersama keluarga,,, menyaksikan pelangi di pagi hari uh… mengesankan sekali,,,,
bilalah ada masa nak gi terengganu ni. sibuk aje sekarang.
Mesti ada masanya nanti. Tahun depan kot?
Dah siap sepenuhnya ke persekitaran pantai tok jembal tu.
assalamualaikum.
wah bestnya gi sana.
sy baru balik dari besut ada kursus.
insya-Allah sy sampai di sana.
nota: rindu pergi pantai, tapi dah ombak kat sana.
entry akak kali ni buatkan hati SA terpanggil2 nak pi mengembara ke Trengganu pulak…mesti seronok kan…
hah.. pergi cuti-cuti …. tapi kena tengok musimlah juga..sekarang hujan
Saya rindu dengan angin laut Terengganu, selepas 12 tahun rindu itu semakin kuat. Hati saya seolah2 tertinggal di sana…
Bila ke negeri Pantai Timur saya lebih tertarik untuk mencuba makanannya yang pelbagai dan bagi saya sangat menarik.
yup…. kalau makan kat sana, kami tak suka satu tempat..
biasanya makan sikit sikit sebab nak cuba banyak tempat..hahaha tamak
tapi kalau seafood memang sedap
saya pernah pergi pantai Rantau Abang untuk tengok penyu bertelur dulu-dulu…sekarang ada lagi tak?
ada lagi, kena tengok musim penyu bertelor
dulu dulu 25 thn dulu pun pergi Rantau Abang tengok penyu juga
Cantik pemandangan pantai yang berjaya dirakam.
tapi bukan juru gambar pro, guna hp saja
saya undi gambar nombor 1, 2, 3 dan 5. gambar faveret adalah: 1 dan 3. dan yang paling taksub pada gambar nombor 3.
Kalau ke Pantai Timur, memang tak boleh lari dari makanan laut yang segar. Laparlah pulak tghhari ni.
Banyak betul kawasan yang cantik di Terengganu ni. Boleh plan nak ke sana di musim cuti sekolah ni
P.s. Oh my Ganu!
Saya ni nama je orang Terengganu, tapi bukannya tahu sangat tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu ni. Terima kasih la kak sebab kongsi maklumat ni. Nanti boleh nak cari I-City Kuala Terengganu.
suka tang makan tu kak..hahaha.. lama dah tak ke pantai terengganu.. kali terakhir masa abang saya kahwin.. lebih 10 tahun lepas T_T
Rindu nak balik terengganu..bestnya duduk tepi pantai..kak jie..rantau awang ke rantau abang? Hehe
mula2 nak cakap… OHHH DAH ADA TEMPLATE BARU!
tak dinafikan memang pantai tok jembal best tengok mentari pagi. dulu selalu buru mentari pagi.
sayang sekali dah tak cantik sngat pantai tu
masa post entri ni… kak jie mmg teringat dia
wohhh…. dah dia betul betul jadi pengomen pertama..seeee….seeeee……
patutnya tulis ‘FIRST’ tadi. ceh lupa hahaha.
hujan tak sana masa pergi? sebab ada plan nak ke KT nanti.