Sewaktu merancang percutian 3 hari di pantai timur baru-baru ini, saya mencari beberapa tempat yang belum dilawati. Saya dah pernah ke Kuantan lebih 10 kali, Terengganu dan Kelantan lebih 5 kali jadi banyak tempat yang saya dah singgah. Kebanyakkan pesisir pantai saya dah jejak.
Selepas mencari info di internet, kami memasukkan Pekan ke dalam senarai tempat yang perlu dilawati. Tarikan Muzium Sultan Abu Bakar dan Murtabak Mengkasar yang katanya paling terkenal di Pekan.
Teringinlah juga nak makan murtabak yang dikatakan murtabak paling popular dikalangan rakyat Pahang dan pelancong luar. Juga digelar murtabak diraja.
Selepas melawat Tanjung Agas, kami kembali ke bandar Pekan untuk lawatan Muzium Sultan Abu Bakar. Keluar dari muzium, memang mencari lokasi kedai Murtabak Mengkasar.
Kedai Murtabak Mengkasar ni senang saja nak cari. Kalau dari Kuantan, sampai simpang nak masuk Pekan, belok kiri ke Jalan Sultan Abu Bakar. Disebelah kanan akan nampak Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.
Lepas SMS Sultan Haji Ahmad Shah , boleh nampak papantanda kedai ni. Warna hijau di sebelah kanan.
Kedai Murtabak Mengkasar dibuka setiap hari selepas jam 4 petang. Tengok kereta yang berderet parking dan orang di dalam kedai yang dah ramai. Saya lupa pula nak tanya kedai ni tutup pukul berapa.
Ada berbelas-belas keratan akhbar dan gambar kehadiran pelanggan VIP untuk membuktikan testimonial ditampal di dalam kedai .
Inilah rupanya Murtabak Mengkasar yang masih hangat . Saiznya lebih besar dari murtabak biasa . Bentuknya empat segi tepat.
Akhirnya dapat juga merasa makanan yang sinomim dengan Pekan, Pahang.
Ini inti murtabak. Cara masak Murtabak Mengkasar ni tak sama macam murtabak yang selalu kita jumpa. Intinya dimasak terlebih dahulu. Hanya inti daging lembu saja disediakan , tak ada murtabak ayam.
Intinya lebih padat kerana kuantiti daging yang banyak, bukan sayur kobis! Saya selalu jumpa murtabak segera yang muncul di Pasar Ramadan yang lebih kubis dari telur. Bila potong berterabur sayur tu berkecai.
‘Dik… nak ambil gambar boleh?”
Dia senyum saja.
Dia siram lapisan murtabak dengan tepung yang cair.
Ada dua pilihan untuk penggemar murtabak ini, yang special atau biasa. Special RM 8.00 dan murtabak biasa RM 6.00
Kami dua orang order dua-dua jenis tu. Gila melampau … murtabak besar gedabak tu boleh makan dua orang je. Intan tak makan daging jadi kami minta untuk sediakan roti canai kosong untuk dia.
Mahal atau murah?
Bagi pelancong macam kami , yang memang telah diprogramkan untuk merasa Murtabak Mengkasar ni, ianya berbaloi. Inti yang padat dan rasa rempah ratus yang membangkitkan aroma.
Tapi rasanya kalau nak makan tiap minggu, rabak jugalahlah. RM 6 tu sekali hadap saja.
Mengkasar tu adalah nama kampung, Kampung Mengkasar Pekan Pahang.
tobat lar…aku xkan pegi lagi kat situ. service teruk…..
1st time datang dah failed, masa tu cuma aku berdua jer dgn wife, customer lain xde pong, order murtabak sorg satu dgn air. tp sayang, sampai habis makan air xsampai sampai pong, masa makan tu siap panggil lagi tp masing2 tgk bodoh jer dari jauh. bila bayar cashier aku complaint pun cashier wat bodoh jer…..
kalau ia pun salah, apa lar minta maaf kat aku. bukannya aku nak ngamuk pung…tp inilah kenyataan, sikap peniaga kita….bila dah maju dan terkenal terus lupa daratan. INI KER MURTABAK YG DIBANGGA BANGGAKAN KAT PEKAN TU????????????skrg ni dah 5 tahun aku duduk kuantan tp tu ler yg 1st dgn last aku g kat saner….mmg kalau kat member2 dan sedara kat kg tanya mmg aku xrekomen langsung murtabak kat sini…
salam blogger,saya ni baru jer dalam dunia blogging ni,baru sebulan,ni saya nak tanya pemilik blog kakjie ,boleh tak kakjie tunjuk ajarkan saya macam mana nak tingkatkan earning nuffnang yer,boleh,terima kasih.Murtabak tu nampak sedap jer……
kak jie tak guna nuffnang… maaf ye
MJ ni peminat Murtabak 🙂
Terliur tengok 😀
besar sekali ukurannya, satu martabak saja bisa bikin perut kenyang ni
belum berkesempatan singgah di Pekan ataupun merasai keenakan murtabak ni.
saya peminat murtabak. memang benar jika daging banyak dan sedap, takkisahlah harganya mahal sikit.
kalau murtabak lebih inti sayur,sepatutnya namanya murtabak sayur atau murtabak kobis
wow, memang rugi la tak kalau tak makan bila dah ke Pekan 🙂
Mak oii.. harga dia.. Ini mesti sodap giler ehhh…
memang terbaik murtabak ni. masa tinggal kat kuantan dulu selalu pekena. harga tinggi sikit drp yg biasa, tp dia tebal… puashati makan. dulu ada ternampak cawangan murtabak mengkasar ni kat wangsa maju. tp skrg dah tutup.. saper tau dia pindah kat mana?
lain macam je besar murtabak ni ..memang nampak menyelerakan dan pasti kenyang
lain macam murtabak ni….nampak sedap mengiurkan…
saya peminat murtabak.trip kami ke east coast 2013 nnt , saya akan suruh azwar singgah sini.walaupun dia bukan peminat murtabak.
Ramai yer pelanggan, pasti sedap tuh dan banyaklah repeat customer 😉
Tengok pun da tau sedap…….memang besar gedabak…………
memang besar nampaknya tu..nafsu murtabak ni selalunya waktu bulan ramadan je..hehehe..tapi kalau nak mengetest kelainan memang sepanjang tahun punya open season..
Aduhai terliur dibuatnya apabila melihat. 🙂
minggu lepas pi makan sini,bawak omputih 2 org.bleh tahan dia gtau.habis lak omputih tu makan huhuhu.special 8rm rasenye
boleh tahan jugak harganya tu…huhu
Assalamualaikum,
Sedapnya! Jauh la pulak nak pi cari hu huhu
Waalaikumsalam
Masukkan dalam list tempat yang akan dikunjungi dalam lawatan /percutian akan datang..
kalau ada rempah..baunya pun kuat dan kita boleh rasa..memang murtabak tu akan jadi sedapp..dah makan berpuluh jenis murtabak..kalau pandai masak..tak perlu besar-besar..yang kecik pun sedap. Janji, pandai cara masaknya..pandai wat intinya..
tudia…tokei cendol komen macam pakar murtabak.
murtabak ni mmg yg sedapnya bergantung pada intinya.
murtabak dan cendol, susah gak nak dipisahkan sebenarnya. haha..sepupu papat diorang juga. haha..
belum pernah rasa lagi…
klu pegi sini order 1 murtabak pastu kongsi 2 org, nmpk mcm nak save bajet sgt x? ngee 🙂
hehehe…. mcm mahal kan nampak rm 6
sebab biasa jumpa kat pasar malam rm 2.30-3.00
dah sampai pekan singgah x kat tasik chini?
nak pergi Cini mau 3 jam lagi… lagi pun hujan.
kami stay kat Cherating, bukan kat Pekan.
Masti sedap kan Kak Jie??Tengok gambar pun dah mengiurkan…he2..
sedap… inti dia pejal dan padat.
kak jie tengok dia buat… dia blend telur dan rempah² tu