Layan gambar dan cerita sensasi
Percutian

Layan gambar dan cerita sensasi

Lagi cerita dan gambar gempar artis berkemban perjalanan ke Kuala Terengganu. Layan sampai muntah !
Saya sampai Kuantan jam 2.30 pagi dan tidur semalam di rumah Maksu di Sungai Pancing Selatan. Tak tidur pun sebenarnya, bersembang sampai subuh.   Selepas sarapan teruskan perjalanan ke Terengganu.

Saya pernah ke Kuala Terengganu 2 tahun lepas melalui Gua Musang – Kuala Krai – Machang – Setiu.  Dulu ikut hutan dan kawasan pendalaman Terengganu tetapi kali  ini menyusur sepanjang pantai yang indah.

Sampai di Kijal, beli lemang. 2 batang rm 5 dan serunding daging. Berhenti depan Terminal Petronas Kertih , baru makan lemang ..sedap!

Lepas tu beli keropok dan berhenti lagi di pantai  Telok Mok Nik atau nama glamernya Monica Bay .   Sampai di Kuala Terengganu cuba mencari chalet di tepi Pantai Batu Buruk tetapi banyak papantanda amaran – DiLarang Mandi.




Kalau dah datang pantai tak boleh mandi, baik lepak atas sofa ruang tamu di rumah.  Kami berpatah balik semula ke Marang dan menghubungi beberapa chalet yang terdapat sepanjang pantai hingga ke Kampung Rusila.

Keutamaan chalet tepi pandai, boleh mandi, bilik berhawa dingin dan persekitaran yang bersih.  Saya tak sanggup bilik yang berkipas saja…bayangkan bilik 10m x 4m, tertutup dengan kipas ligat berpusing yang hanya tingi sikit dari hidung kepala sampai nak bernafas pun sesak.

Kami menginap di Ce’wer Chalet, Kampung Rusila, Marang yang best. RM 80 untuk satu malam. Tel. No 09-6183612 / 019-9847373.
Esoknya pagi Sabtu ada pasar pagi di Jeti Marang


Sepanjang pasar saya merayau tengok ikan. Segar dan hampir separuhnya saya tak pernah tengok sebelum ini, apalagi nama pun tak pernah sebut.

Sekarang musim mencandat sotong. Kalau malam boleh nampak lampu berkilau² terang benderang di tengah laut macam pasar malam. Saya beli ikan ebek seekor 1.1kg ( harga rm 16 sekilo ) dan sotong 3 kilo ( harga rm 12 sekilo ). Sotong 3 kilo tak sampai 10 ekor. Besar² panjang lebih dari sekaki.

Saya tenggelam dalam ghairah melihat berbagai jenis kuih muih. Kuih yang tepi berbungkus seperti tapai itu adalah Bengkang. Terkejut kerana biasanya bengkang dibakar dan keras tetapi bengkang di sini lembut macam lempeng dan disaluti santan pekat ( mcm karemel ). Ada 2 jenis – yang manis dan masin .

Roti Paun – mesti cuba!   Ketupat daun palas digoreng.  Sebiji 30 sen saja.  Kuih tepung pelita besarnya sekali ganda dari di sini dan harganya  RM1= 4!  Saya lupa pula nak tanya kuih apa yang dalam bungkusan kun.

Ini tepung bungkus ( puteri dua sebilik ) . Biasanya dibalut dengan daun pisang tetapi Puteri Dua Sebilik ini dibaluti dengan daun palas.

p/s – saya dapat email ada orang beritahu itu bukan daun palas tetapi daun pinang.  Terimakasih.

Semua jenis nasi saya beli. Nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, nasi putih , pulut kuning dan pulut putih.


Walau siapa pun anda, pegawai besar atau  ada duit berkepok² tetapi untuk  yang terpenting sekali adalah kesabaran. Kita datang tempat orang, kalau nak tahu sedap ke tidak tengok berapa ramai orang yang berkerumun.

Gambar Masjid Kristal?

he he he..mestilah ada, tapi untuk simpanan peribadi sajalah. Sempat solat jamak  sebelum hujan lebat melimpah² air di ruang jalan kaki…Lantainya tak mesra pengguna jadi saya berjalan ke kereta dengan berkaki ayam. Risau sebab hampir tergelincir. Tempat wuduk pun tak mesra pengguna.

Laman web Perlancongan Terengganu http://tourism.terengganu.gov.my

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Layan gambar dan cerita sensasi

  1. 😉 WAA BESTNYE.. SAYA PERNAH GI GANU KAT KG JERANGAU BARAT..
    UMAH MEMBER. TAPI GI MASA BULAN PUASA X DPT NAK MKN SNGT..PUASALA KATAKAN. TAPI MASA BELI KUIH-MUIH UTK BUKA PUASA TERKEJUT BERUK GAK
    MANA TAKNYA KUIT SATU SEPOSEN JE ?… X CAYA GAK MASA TU,TANYA BNYK KALI KAT PENJUAL TU ,TAKUT SLH DENGO LAK …BELI MEE SERINGGIT TAPI PUNYA LA BNYK MCM BELI 2@3 RINGGIT KAT JB NI…JAUH BENOR BEZANYE TU…MEMANG BEST LAH.. BAWAK DUIT RM2000 X CUKUP NAK SHOPPING..
    GILE JAP SHOPPING KAT SANA ..ITULAH KENANGAN YG TERINGAH TAPI SEMENTARA ..SEKARANG NAK GI, X DAPEK DEN OIIIII….

  2. 11jun baru2 ni su n fmly g trgganu..bb makan minum mmg best..kitaorng booking homestay..selesa sangat..pegi psr payang pastu, fullamak…mmg best la ganu..next time we’ll nk travel lg kt sana..

  3. favorite den untuk pergi ke KT ialah menyusuri pantai…..kiro sepanjang jalan kek tepi pantai tu ha, kawasaan eh tak sunyi sangat…..

    banyak tompek boleh landing…..heheeh

    tapi jalan eh, agak merbahayo gak….terutama geng2 kaki pecut! perkhh sekor ke sekor tak reti bawak slow…

    Kalau ada yg slow, teramatlah slownya..

    dulu2 tak suka memandu di KT, sbbnya, kalau kita nak memotong atau memandu laju sedikit, kita kena ambil jalan sebelah kiri..

    Sebelah kanan tu ha, biasanya kereta2 org2 yg eksyen terkedek2 di tgh2 jalan raya….yg perasan keto diolah satu2nya yg laju….walhal bawak 40km/j …huh!

    jadi, bila anda ke sana, kenalah berhati2 lebih sedikit!

    hehehheh

    1. @maza, hehehe..betul la sgt tu
      tp skrg jln kt sana dah besar2….2 thn dulu masa pergi Marang…tgh buat jalan baru skrg ni dah siap :mrgreen:

  4. Memang pasar marang tu jual hasil yang segar2….. Ikan jemuduk isinya lemak, ebek tu pulak lebih kurang adik beradik cermin.. Tie suka goreng garing2 pastu masak 3 rasa…huh! Sedap..!

    Masa mula2 Tie pindah ke Ganu, hubby selalu bawak ke pasar batu 6 dekat dgn gong badak…. Pertama kali dok menung, jadi rambang mata, he he… sampai laksa atau laksam pun ada, boleh beli berkilo2…cuma buat ulamnya je…. kuah pun dijual.

    Tiap minggu mesti pergi pasar, gilir2 beli nasi kerabu, nasi minyak, entah macam2 lagi jenis kuih…… jadi kemaruk makan…! :mrgreen:

    Ties last blog post..Geram……

        1. @Kujie,

          uiks uiks uiks……lain

          che lain saiz…tak bukak baju ja, nampak lain macam sikit…macam chubby2 gitu….tapi sekali bukak baju, ambik hang keluaq berketul2…berketak2 perutnya, lebih dari dua ketul tau!

          wakakakakak

          mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan

    1. @Tie, kita biasa dpt mkn ikan seminggu…dua minggu
      yg mata pun kelabu je…
      kt sana…ikan cantik2
      kulit ikan gebu2…hehehehe :mrgreen:

  5. Memang rugi kalau gi jauh2 tapi tak cuba semua yang ada……. kalau dah cuba boleh ler tau sedap ke tak.

    Ada jumpa AKOK tak?

    1. @TokNabe, mcm tu le sy suka
      pergi tempat org….merasai persekitaran dan keadaan di sana
      bkn dok kat town

      akok pun ada….. :mrgreen:
      kt sini akok keras

    1. @abang putra, uik…………abg putra kt kuching tu..tak kan nk blk T’ganu sambut sy pula
      nnt le tunggu sy dtg kuching…awal thn depan kot
      thn ni anak2 periksa :mrgreen:

  6. Kak Jie, awat Kijal dolu baru Monica Bay??
    Sy seniri x penah sampai ke Masjid Kristal tuh.

    Eriyzas last blog post..Tragedi Sayu Basikal Baru

    1. @Eriyza, erk..kak jie kompius mana dulu
      tak ingat..tak catit
      tapi yg pasti beli lemang kt kijal
      makan depan petronas kertih tu
      beli keropok, makan kat monica bay
      tak ingat pula yg mana dulu…kopok dulu ke…lemang dulu

      heheheh..dah tua ni..memori low 😆

    1. @kuina, dgn maksu je boleh sembang sampai subuh
      org lain dah tido..dia dok pok pek pok pek lagi
      last…aku terlelap..terjaga tgok dia dah goreng meehun

    1. @sally, yehaaa…………mari ramai2 kita melancong ke T’ganu 😆

      kak jie suka..mesti korang pun suka
      sbb kak jie tak suka life sesak mcm kat bandar

    1. @cik kmar, ala………tak rancang
      tak berani nk janji sbb ikut rancangan abg
      mula2 katanya hari Isnin..tiba2 blk je keje hari Khamis tu ckp nk pergi esok
      tiba2 ckp baik bertolak je mlm tu…susah nk janji dgn org

      no hp mama masih yg lama..tak pernah tukar pun 😆

  7. Aik kak jie pun bermain keyword gak ek..
    Tak tau le bila agaknya nak gi Ganu.. Nak gi keluau melaka pun malas.. huhuhuhuhu

    zools last blog post..Kacang botor ulam yang rangup

    1. @|1f34|-|1r3, ha……..entri ni mmg khas utk mengoda anak rantau..

      baliklahhhhhhhhhhhh……sotong tgh bergedik kt tengah laut tu 😆

  8. Masa pegi last year pun pegi makan je kat sana. Tapi tak pi lah pulak pasar. Cari yang dah siap je. Tapi memang best part makan tu kan….Part lomang tu den suko nogori punyo, Mano leh lawan…

    kruel74s last blog post..Handbag carrier

    1. @kruel74, lemang tu kalau terjumpa mmg beli
      utk merasa…tapi hari tu sedap juga
      sy ni suka redah ceruk2….pergi tmpt yg org tak jejak 😆

    1. @samdaddycool, bab kuih tu mmg best
      sampai anak sy pun boleh perasan
      katanya…kita kali ni bercuti asik makan je 😆

      2 thn dulu pernah dtg Marang..tp sy tak de kelaut pun
      suami dgn kawan2 dia..kami dok chalet je :mrgreen:

      1. @Kujie, teringat ladang kambing jamnapari kat Marang. Dulu saya selalu ulang alik Chendering – Marang (rumah- ladang kambing).

        bab kuih tu, saya suka ada lagi satu port baeekk.. Kedai Buloh…

        samdaddycools last blog post..Blogroll

Comments are closed.