Ira berada di wad HUSM Kubang Kerian jumpa onkolgi untuk chemo minggu depan.
[Posting asal ]
” Salam mama, ira hrp mama baik² je. Skrg nie ira di kota bharu. Kanser ira dtg balik. So, ira kena buat rawatan semula. Doakan ira mama. Tk blh nk up date blog lg”
Sender : Ira 23 Mar 2009 4:43pm
Ira – Lahir dan dibesarkan di negeri Cik Siti Wan Kembang. Seorang guru dan ibu kepada seorang anak lelaki bernama Shakirin. Diduga Allah dengan penyakit yang digeruni semua umat manusia “KANSER” sejak 2006. Tapi, alhamdulillah beliau mampu laluinya setakat hari ini… Yang pasti, hidup mesti diteruskan, KANSER bukan titik noktah kehidupan…berapa lama pun kita hidup, moga-moga noktah akhirnya adalah yang TERBAIK disisi Allah..amin.
Tak sangka, kolonoskopi kali nie sakit sangat. Patutlah, lelaki yg buat kolonoskopi last year meraung kesakitan. Pertama kali buat skop nie tak la rasa sakit sebab melalui colostomy. Hanya Allah saja yg tahu betapa sakit, masa tu mulut terkumat-kamit membaca ayat2 suci yg terlintas difikiran. Sesekali, mengadu sakit pada doktor. Tapi, mata tak terlepas merenung setiap perjalanan camera dlm usus… Sesekali, aku tak bernafas sebab menahan sakit. Apa lagi, doktor pun menegur, “Zira jangan tak bernafas”. Aku pun mula la sedut semula oksigen yang dipasang kat hidung. Namun, perjalanan alat kolonoskopi tu tak ler sampai di akhir usus besar sebab aku dah tak tahan sakit..Masa tu, rasa taubat ler tak nak buat lagi…perut jadi buncit sebab alat tu mengepam angin untuk bergerak dlm usus, rasa mcm nak pecah perut. Tapi, masih boleh bertahan. Syukur sangat sebab resultnya positif. Tmpt usus yg disambung masa operation kali ke 2 Februari lalu pun cantik.Tapi, usus tu melekat pada kulit. Patut ler rasa sakit…Tapi, semua tu tdk blh menjadikan aku leka kerana menurut doktor sel2 kanser nie boleh menyelinap di mana2 jua. Itu aku rasa bukan urusan aku…hanya Allah yang maha mengetahui. Kalau dengan izin-Nya aku sembuh, maka sembuhlah.
– catatan Ira – tuesday, August 28, 2007
Moga Allah memberi Ira seribu kekuatan dan Insya-Allah kesembuhan dengan izin-Nya.
Tanda-tanda awal kanser
Kanser pangkal rahim– sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
Kanser payudara– bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada
Kanser usus besar– perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
Kanser paru-paru- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.
Kanser perut– hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
Kanser limpa– sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
Kanser ovari– haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
Kanser otak– sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
Kanser darah (leukimia) – letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi.
Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 Penyebab Utama Kanser
* Makanan
* Tembakau
* Alkohol
* Radiasi
* Sinaran cahaya matahari
* Pekerjaan
* Pengambilan ubat
* Pencemaran air dan udara
* Perokok yang tidak aktif
* Keturunan
Teh dan Kanser
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di nagara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang oleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
©Kujie – Mengikut doktor kanser Ira di tahap II/ stage II/Duke B. Ujian Allah di turunkan kerana kasihNya dan semoga Ira tabah dan sabar hadapi dugaan dariNya ini
Sejarah keluarga sebelah suami saya ramai yang ada kanser!
Assalamualaikum..Saya ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja yang mempunyai penyakit kronik atau tidak ada apa-apa penyakit boleh juga nak baca..Saya telah sakit selama 7 tahun. Saya sukar nak berjalan, sakit pinggang, tulang punggung dan tulang belakan dan belakang. Semenjak akhir2 ni doctor baru dapat kesan yang saya suspect SLE(iaitu penyakit lupus system) dan ada ketumbuhan didalam rahim. Saya telah menggunakan SARI AGEGARD SERIES dengan IZINNYA saya telah kembali pulih badan saya semakin ringan dan semakin sihat.. Saya Berdoa jika saya sihat saya akan share kebenaran tentang SARI AGEGARD ini dengan sesiapa sahaja yang memerlukan. Pada mulanya saya teragak disebabkan harganya boleh dikatakan sangat mahal iaitu RM250 (1 box). Klu ahli RM388 (2 Box). Jadi saya jadi ahli untuk mengurangkan kos. Tapi kalau tak cuba tak tahu bukan.. jadi saya cuba walaupon berkongsi duit dengan seorang kawan. Alhamdulillah Allah masih bagi peluang kepada saya untuk bersama anak-anak dan keluarga. Jika anda ade penyakit cubalah SARI AGEGARD. InsyaALLAH.. Ingat kite mesti berikhtiar tapi ALLAH yang menentukan..untuk dapatkan produk ini boleh email
salam..Nadia..bleh gtau ape spliment yg awk amik tu. sy sgt2 memerlukan ape2 suplilment utk abg sy. abg baru je selamat operation buang kanser @ketumbuhan kt tekak. sblum di kimo sboleh2nya nk cari sppliment yg sesuai..tolong ye nadia..
saya adalah suspek tumor otak . . tp kena cekal untuk hadap apa bakal terjadi.
Salam,
Saudari, boleh beritahu saya supplement yang saudari maksudkan boleh merawat kanser usus tu tak?
Terima kasih.
subhanallah,banyak-banyakan brsabr ye kak ira,sesunguhnya sabar itu separuh drpd iman.Ingatlh setiap dugaan yg diberiNYA itu adalah tanda kasih sayangnya kepada kita.bersabar ye….
salam semua..menarik topik ni…sy adalah bekas pesakit kanser kelenjar atau bhs saintifiknye lymphoma..dpt detect bln 8 2008..tp dek kerana takut nk wak chemo, sy n famili brubat scr tradisional..tp after 4 months,sakit sy lg teruk,last2 wak chemo gak..alhamdulillah..spnjg rawatan,Tuhan permudahkan segalanya sehingga sy bebas dr kanser..sy bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yg amat pyayang,tabah dan sabar..beliaulah yg menjaga sy sepanjang sy sakit…ade adik bradik ramai pon xde maknenye..ibulah yg byk membantu dari segi moral, fizikal dan mental..alhamdulillah..kini sy menjalani kehidupan seperti biasa..ingatlah, Tuhan xkan menguji hamba-Nya jika ujian itu xtertanggung oleh hambaNye..
tahun lepas, mama sy pun kena kanser ovari, masa tu tuhan saja yg tahu betapa sedihnya kami bila mangetahui keadaan mama sbb sebelum ni tak pernah ada tanda2 kanser yg muncul,,tup2 sakit perut pegi chech docktor kata kena kanser ovari stage-4. kini, mama telah pun menjalani operation dan kemo sebanyak 5 kali,,dah sihat…tapi apa yg membuatkan sy takut skg adalah doctor kata dia kini perlu menjalani rawatan CT Scan semula….takutnya
Saya telah diperkenalkan dgn satu supplement yg amat bagus baru2 ni. Saya amik supplement tu sbb saya ada athma dan eczema. Yang bagusnya, supplement tu jugak mampu menjadi penawar kanser. Mengikut testimoni, ada yg dah pulih dari kanser sepenuhnya (dgn izin Allah semestinya).
Kalau ada yg berminat, hubungi saya Saya berbesar hati utk membantu bagi yang memerlukan-
apa tu penawar kanser…boleh kongsi dgn saya tak,,sbb sy skg memang memerlukan sebarang suppliment tambahan..
my mum baru disahkan kanser usus tahap 3…..ada sesiapa yang ade alternatif lain selain operation ….pls reply to my email or blog..thks..
u-jins last blog post..
klu ada sapa2 yang nk bg coment @ nasihat kt aku…aku minta sgt email kt aku mkfarazila@epf.gov.my…aku jrg sgt online ni… 😥 😥 😥
bila aku tgk tnda2 awal kanser tekak..aku rasa cam aku pun ada tanda tu…sukar telan dan kelenjar bengkak dileher…bila aku tnyer doktor. ni sebab jngkitan kuman…aku minta sgt kt sape2 leh bg nasihat kt aku…ape perlu aku wat…aku baru jer baca tanda2 ni dlm email mmber aku bg kt pfice.terus aku x leh wat keje…aku takut…ape perlu aku wat….dr. pun x leh harap…………….tlg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Terima kasih mama jie….Ira akan cuba kuatkan semangat Ira sedaya termampu. Moga Allah beri Ira kekuatan itu.
Terima kasih dan terima kasih tak terhingga kerana mendoakan Ira….
Kak Long pernah jumpa seorang remaja yang dpt kanser otak, tapi terharu sangat sebab dia tabah betul! Memang ada dengar teh dpt elak kanser tapi nak buat cam mana, dari zaman dulu2 Kak Long tak suka langsung minum teh.
Kak Longs last blog post..Hari terakhir
@Kak Long, tapi kita skrg lebih byk minum teh tarik yg terlalu manis..bahaya juga
kena minum green tea yg tak de gula.
Semoga Ira cepat sembuh dan tabah menjalani ujian Allah.
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut. Bersabarlahh.
Kak Jie, byk nya jenis2 kanser, takut membacanya.
sallys last blog post..Sejuuukkknya hari ni…
@sally, itu yg gerun sbb kita tak dpt nk kenal pasti…selalunya dah kritikal baru kita tahu
Salam hormat wahai kujie2.
Marilah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan sahabat kita itu.
Dalam entri Abang long ada tentang kisah rawatan alternatif. Ramai pesakit kronik yang telah sembuh. Alhamdulillah. Kita hanya berusaha.
Maaf, Abang long mohon untuk mendapatkan alamat emel kujie. Hari minggu lepas, Abang long dan sahabat telah pergi ke Bukit Beruntung dan telah melalui kawasan Serendah. Malangnya Abang long tidak tahu bagaimana untuk berhubung dengan kujie.
Abang Longs last blog post..KISAH SEKS (1)
@Abang Long, Salam Abang Long
saya pernah bagi email saya…dekat kotak komen blog Abang Long lama dah..
oooo…. saya ni bukan duta Serendah 🙂
semoga semua yang diuji, tabah dan kuat. amin
muadzlifes last blog post..Just leave us alone!
@muadzlife, insyaallah …moga ira akan selamat buat chemo minggu depan
memang penyakit yag menakutkan sebab ia datang tak bagi salam.. tahu-tahu aje dah kritikal stage.. Nauzubillah…
setakat ni neeza ada dengar2 kawan2 kepada kawan2 neeza kena kanser ni.. kawan2 sendiri belum lagi rasanya.. kalau boleh tak nak la kan.. biarlah semuanya sihat walafiat… termasuk Kak Jie juga.. 🙂
Neezas last blog post..Apa kes ni?
@Neeza, keluarga terdekat suami kak jie ramai yg ada kanser
sepupu dia umur 20thn meninggal sbb kanser tulang
terimakasih neeza…aminnn
ucapkan pada ira semoga tabah..
ams last blog post..Wow.. Hebatnya..
@am, Insyaallah Am..moga dlm perlindungan-Nya
Kujie, terima kasih info yang berguna. Moga kita sentiasa sihat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Semoga ira sentiasa tabah dan semoga kita semua
Kakaks last blog post..Minggu pun bermula
@Kakak, Betul tu kakak
kita tak merasa…moga Ita lebih tabah
erm.. baca tajuk je dah takut…
semoga puan ira cepat sembuh…
menteils last blog post..Salam Keliling
@menteil, jgn pandang mudah
kadang terkena dgn org2 yg terdekat dgn kita
kita mcm tak tau apa nk buat
mcm tak sangka
moga mrs Ira sembuh…..mintak simpang kene kanser…takut……….pasni minum teh lagi kerap…selalu minum sehari 2 gelas teh…tambah dos!hehehehe…
kuros last blog post..aaarrgghhhh!!!~
@kuro, berdoalah …dia baru sms kak jie
nk buat chemo minggu depan
Setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya.. Semoga Ira tabah dan cepat sembuh.. amin.
samdaddycools last blog post..Polis tumpas makmal, rampas eramin 5 terbesar bernilai RM61.3 juta
@samdaddycool, utk kita sebagai peringatan
salam kak jie… lama tak dtg jengah2. tgh bz ngan kerja tak tentu hala. harap kak jie sekeluarga sihat hendaknya.. 😀
moga ira tabah hendaknya…. rahmat drNya tak semua berpeluang merasainya….
amin… 😐
Zanas last blog post..Kerasnya Peyut Aris!
@Zana, Salam Zana…minggu lepas pergi kenduri kahwin kat Selayang..ingat gak kt Zana 😆
huhu..awk tu mcm ketua kampung selayang le pula 😆
aminn…moga semuanya kembali spt biasa
memang menakutkan…..tapi itu semua bahagian masing2 kan!
@cakap kosong, bahagian kita entah mcm mana rupa pula
subhanaAllah…. harap diri Ira terus bersabar insyaAllah…
Adrys last blog post..Watchmen review
@Adry, sejak 2006 dia berubat
berbagai cara dan ubat
harap2…. kali ini ira dpt tempuh dugaan ini dgn lebih tabah
mintak simpang…
semoga kite semua dilindungiNya…
chekguBHs last blog post..Buncit + Botak…
@chekguBH, moga ira tabah….
keluarga aku ada yg kena kanser 🙁
@Richie, hati2 je lah.. buat pemeriksaan awal
zaman skrg lelaki pun ada barah
dulu kita hanya tau barah payudara dgn barah rahim saja
moga2 ira diberi tabah luar biasa oleh Allah dlm harungi sakit dia. moga2 juga cepat2 sembuh dgn izin Allah. kita sama2 berdoa. 🙂
@cikgu jawe, amin….sedihkan…
subahanallah…
“35. Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (al anbiyaa)
“16. (Ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya dengan bermain-main (menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia, tiada sebarang maksud).” (al anbiyaa)
Dalam ayat yg lain pula, “Tidak kami bebankan kamu, melainkan bebanan yang mampu tampung sendiri”
Allahuakbar….
“Doa maza mengiring Ira agar dipermudahkan, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki……amin ya rabbal alamin”
mazas last blog post..Melihat Masa Hadapan
@maza, Insyaallah…. berusaha dan berdoa..tiap yg berlaku ada hikmahnya
andaipun bukan utk Ira ttp utk kita yg lain
paling takut kalau kena kanser i..arwah abg ipar dulu meninggal sebab kanser jugak…sabar jer la…semua dugaan dari tuhan..
|1f34|-|1r3s last blog post..Berita Panas : Limbang bukan hak Malaysia?
@|1f34|-|1r3, kak jie risau juga dgn anak2
sbb sejarah keluarga sebelah suami…ramai yg ada kanser
semuda 18thn..kanser tulang
3 org kanser payudara
@Kujie, erkkk..bahaya jugak tuh kak jie…harap2 nyer suami n anak2 kak jie takde masalah pape…
|1f34|-|1r3s last blog post..Berita Panas : Limbang bukan hak Malaysia?
lecturer saya baru bercerita minggu lepas..dia bawak kawan dia, yang kena kanser otak pergi berubat di indonesia..lecturer saya pn pernah berubat kat situ, sbbtu dia berani suggest..
sebenarnya kawan dia tu, doktor cakap tinggal 2 bulan je lagi untuk hidup..so kawan dia turut la ajakan lecturer saya..dan ajaibnya selepas berubat, kawan dia sembuh dan hidup dengan sihat tanpa kanser lagi sampai sekarang..
lecturer saya tu mengajar di UiTM Shah Alam..
cyberflys last blog post..Cara membuat full backup windows dengan Macrium Reflect
@cyberfly, itulah usaha namanya..moga² kesihatan mereka bertambah baik
Susah nak cakapkan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Ira tabah dan sembuh. Saya doakan Ira kuat menempuh ujian Allah ini. 🙁
zanys last blog post..Sangkut Dah……….
@zany, kita tak merasa…. dh harap2 ira kuat melawan sel2 barah yg menular ini spt mana dia pernah tempuh dulu
bc psl kanser ni teringt pengalaman tahun lepas T_T alhamdulillah semua dh selamat
farahs last blog post..Auckland cantik!! – –
@farah, alhamdulillah farah..berusaha dan berdoa moga2 diberikan kesihatan yg sempurna
tiba-tiba hiba terasa.sebak.
masing-masing ada bahagian masing-masing..
semoga ira tabah..
fiezabaiduris last blog post..Kelas menjahit
@fiezabaiduri, kita sendiri tak tahu apa yg akn kita tempuh esok lusa
berdoa moga jalannya tak berliku
moga ira tabah hadapi ujian kali ini
Wife saya pun satu masa dulu pun penah jumpa lump tapi benign. Mak dia pun. Susah nak cakap sebab sekarang ni kita makan bukan yg kita tanam atau tau asal usulnya. Saya tak smoke tapi dalam opis mostly staf perempuan smoke.
Semoga yang diduga dengannya akan dapat mengatasinya. Semenjak dua ni saya pun tukar coffee ke tea tapi itu je rasanya tak cukup.
kruel74s last blog post..Handbag carrier
@kruel74, itulah…. kadang2 kita lambat tau simptom2 dia
bila dah tau terlewat
sy rasa skrg ni dah ramai yg ada kesedaran utk buat pemeriksaan awal
kanser memang tak dapat di kesan , tanda-tanda awal susah nak dikenalpasti . Tapi alhamdulillah saya dapat kesan perubahan pada payudara saya ketulan kecil membawa saya pemeriksaan selanjutnyan . Saya didapati menghidap kanser payu dara peringkat awal. Semuanya dugaan Allah saya terima dengan hati ter buka. 😆
gerun bile dgr pasal kanser.. mak saye dulu pun pernah diuji Allah SWT dgn penyakit ni (kanser rahim).. alhamdulillah mak dah ok skang.. dah hampir 15 tahun penyakit tu berlalu tapi sampai sekarang mak masih kene buat check-up setahun sekali..
dokte kate klu family kite ade yang kene kanser, risiko utk family member lain kene sangat tinggi.. huhu.. so kami adik beradik mmg kene selalu2 wat checkup
mrs azmis last blog post..weekend with loved ones~
@mrs azmi, ramai kawan2 terdekat kena kanser
dan sejarah keluarga sebelah suami pun ramai yg ada kanser
eeemmm….risau juga
tapi itulah…kita kena beringat2 dari awal