Selepas habiskan masa hampir 2 jam di Cameron Highlands, kami teruskan perjalanan melalui Lojing ke Gua Musang.
Serendah – Simpang Pulai – Brinchang = 232KM ( kalau ikut Tapah lebih dekat )
Brinchang – Lojing – Gua Musang = 115KM
Gua Musang – Jalan Felda Aring – Tasik Kenyir = 121KM
Keadaan cuaca mendung mengiringi perjalanan pertama kali melalui jalan ini. Terpegun terkejut terkesima melihat seluas mata memandang segala bukit bukau diratakan untuk projek penanaman sayur. Kata Along macam nak supply sayur untuk seluruh Malaysia saja.
Selepas Gua Musang, kami memasuki laluan Jalan Felda Aring. Selepas melalui jalan berbatu, berdebu dan berlopak , akhirnya kami memasuki sempadan Negeri Terengganu.
Tiap kali melalui tempat ini, mesti berhenti. Rasa best sangat dengan view batu keras dan pokok sebatang yang menjadi landmark sempadan dua negeri ini.
Memang tak banyak kereta yang melalui jalan ini. Seronok pula budak-budak ni main tengah² jalan.
Sanggup tak berhenti bila ada orang cuba menumpang ditengah-tengah hutan belantara seperti ini?
Suami saya kerap juga tumpangkan orang ( mungkin pekerja balak/kebun/kelapa sawit ) tetapi mereka hanya menumpang di luar kenderaan . Duduk kat bahagian luar Frontier. Dia pun tak berani nak bagi orang asing yang tidak dikenali masuk ke dalam kereta. Bukan berprasangka buruk, cuma berhati-hati untuk keselamatan diri walaupun sedang melakukan kebaikan.
Sampai saja ke tapak projek Hidroelektrik Hulu Terengganu, suami dah tunggu. Kami tak boleh masuk kecuali dibawa oleh seseorang yang dikenali. Kawasan kerja projek mega berisiko tinggi, kena dapatkan pas kebenaran masuk.
Tengok gambar ni – anak beranak berbaju biru dan semua bercermin mata!
Kami tinggal 3 malam di sini. Suami masih kerja, belum cuti. Berlonggoklah kami anak berada dalam satu bilik. Walaupun nun duduknya ditengah hutan belantara, bandar terdekat kira-kira 60 KM, segala kemudahan lengkap termasuk bilik berhawa dingin, siaran Astro, dapur, peti sejuk dan komplek penempatan pekerja yang dihuni lebih 300 orang ini juga mempunyai surau, kantin, kedai dan klinik.
Talian telefon saya terputus kecuali Maxis yang menggunakan satelit yang dipasang khas di kawasan pejabat .
Sesekali bila saya keluar ke bandar Kuala Berang atau melalui Pengkalan Gawi ( 30 KM dari tapak projek ) barulah telefon menerima signal. Notification untuk Email, sms, missed call, whatsapp, Twitter, Facebook masuk menderu-deru termasuklah pesanan mengenai blog saya yang mengalami masalah.
Hari terakhir di sini, kami menaiki bot menjelajah sekitar Tasik Kenyir. Kawan suami pinjamkan bot.
Bot ini agak sempit untuk kami 5 orang jadi terpaksalah berganti-ganti ambil giliran.
Saya suka gambar ni….
Sedang riuh rendah tunggu giliran nak menaiki bot, ada yang memanggil bila sekumpulan gajah melintasi kawasan tersebut.
Saya dah ke sini 4 kali dan belum pernah sekali pun terserempak dengan gajah.Menurut suami, dia dah banyak kali terserempak gajah bila melalui kawasan ini. Berung pun pernah nampak.
Keluarga 5 ekor gajah liar ini bersama 3 ekor anak termasuk seekor bayi gajah. Bila tengok keluarga gajah ini ada generasi baru, ada anak kecil , saya rasa populasi gajah liar di Malaysia masih terkawal.
Memang beruntung bila dapat melalui pengalaman melihat secara dekat haiwan mamalia daratan yang terbesar di dunia. Along cakap nak tunjukkan bukti kepada kawannya kerana dia tak percaya, kat Malaysia ada gajah!
Memang sesiapa yang dapat melihat gajah liar di kawasan ini boleh dikatakan beruntung kerana ada pekerja yang telah setahun tinggal dan kerja di sini, belum pernah sekali pun berpeluang berjumpa. Seronok dan puas hati kerana anak-anak dapat melalui pengalaman seperti ini.
28 Mac 2013 – kami bertolak meninggalkan kawasan aman damai ini menuju ke Langkawi melalui Kuala Krai dan singgah di Rantau Panjang dan bermalam di Baling, Kedah.
baru perasan semua ahli keluar kak jie pakai spek kecuali kak jie..
wahhh, macam kat Cameron Highlands plak makan stoberi 😛
Best nya memancing kat Tasik Kenyir!!! Bila la nk ada peluang. Tq for the pictures!
Best nya memanjing kat Tasik Kenyir!!! Bila la nk ada peluang. Tq for the pictures!
Silap eja..:-) memancing!!
sepanjang di hulu terengganu (hydro electric project) sy x pena jumpe gajah… selalu tengok dlm gambar shj…. tak pon hanya tengok gajah di Santuari Gajah Sungai Ketiar SHJ…
sebuah pengalaman yang sangat berharga 🙂
baiknya suami.. siapkan tumpangkan orang lain lagi..hehe
oppp…bukan 300 pekerja…tapi yang tepat adalah 978 pekerja yang datang dari pelbagai negara…antara nya China,Viatnam,Bangladesh,Indonesia,Pakistan,India, philipina,Canada dan semestinya Malaysia.
rezeki kjie dan anak2 kan… dpt merasa jalan jauh2 tengok tempat org… pengalaman agak rare tu 😉
seleranya meratah stoberi berjemaah tu 😉
anak2 kjie muka satu acuan je 😉
rezeki Kaka Jie sekeluarga dapat melihat gajah sekeluarga.
Berung tu apa Kak Jie? beruang?
tak percaya ada gajah dekat malaysia?? errr…
it is real…amazing…cantik picture tu…
Takde line telefon rupanya masa tu..patut la bila angah hantar mesej pasal blog problem hari tu tak berbalas..sekarang dah ok,Alhamdulillah..
Bestnya tengok gajah.. Saya tak pernah lagi tengok gajah depan2.. tengok dalam google image je. Haa..
Pengalaman dan kenangan hiduplah ia secoret perjalanan kehidupan
Eeeeeee….bestnye tgk gajah life… Dyh tak sangka mmg ada gajah liar Kat Malaysia… Lagi Kak…..lagi cerita…..lagi…
*jeles betul tgk anak anak akak baiiik punye bergambar tgh jln tu..
Hehe..
x pernah lg lalu jalan brinchang ke gua musang..mungkin lain kali boleh try bila ballik kelantan nnt… 🙂
terbaik lah kak kujie. kami yang selalu lalu situ, tak pernah pulak berhenti tengah jalan.. amik gambar.. hehehe..
jauh perjalanan.. best dapat berjalan satu family macam tuh..
Nak tergelak kawan intan kata,tak percaya ada gajah kat malaysia hehehe 🙂 mmg budak bandar betul lah.
hoho..apsal ambil gambar kat tengah jalan nih..
gajah liar tak pernah lagi jumpa.. biasa jumpa gajah dalam zoo je. 🙂
Seronoknya dapat travel beribu batu macam kakjie. Agaknya berapa kos anggaran ye untuk mengembara macam tu? Best jugak kalau akak dapat share..
sebenarnya nak share bab perbelanjaan ni secara terbuka payah sikit, jadi kak jie share di sini aje lah
Ini kos untuk 5 dewasa
Tempat tinggal – percuma ( Kenyir tempat tinggal suami, Baling rumah mak, Langkawi rumah saudara )
kos minyak – lebih kurang RM 300 + tol RM 60 + minyak di Langkawi RM 20 ( kereta percuma )
kos feri – RM 230 ( pergi balik dari Kuala Kedah ) + parking kereta RM10
kos bot chartered mengelilingi pulau – RM180
Tiket LIMA – RM 50
makan ( 6 hari ) – RM 300
tak termasuk kos singgah Rantau Panjang membeli belah
beli cokelat RM 300
lain-lain
Anggaran RM 1500
agak jimat di situ sebab tempat tinggal dan kereta.. pilihan yang bijak
lah murah je melancong dalam malaysia ni rupanya..
Seronoknya jika sekali sekala bertukar angin dan lepak2 kat sana.. heaven kann.. 🙂
kebetulan ketiga-tiga anak cuti serentak, bila anak² belajar kat uni lain², cuti tak sama
Pengalaman yang menarik. Lagi-lagi jumpa gajah ‘live’ gitu..hehe
4 kali kak jie pi kenyir dlm masa setahun, itu kali pertama jumpa
biasa nampak tahi gajah je kat atas jalan raya…
nasib baik la gajah tu berlalu secara aman..kan..hehe..
amboi..hebat betul ambil gambar kat tengah-tengah jalan tu..hehe..
ada lagi satu gambar…siap baring lagi….
Bilamelihat perjalanan kak Jie dan keluarga. Teringatkan arwah bapa saya kalau ada tugasan luar tentu bawa kami sekeluarga sekali dan hampir semua negeri di utara dan timur kami sudah jelajah.
itulah kak jie cakap kat anak-anak
dia orang beruntung sebab abah dia kerja merata tempat, semua tempat dah masuk
kadang2 tempat² yang orang biasa tak boleh dekat, atau tengok projek² mega yang orang lain dapat pandang dari luar saja
ini pengalaman utk dia orang