Sambung kisah percutian keluarga , selepas menjelajah Gua Tempurung , mendaki puncak tertinggi Gunung Jerai, menyeberang Jambatan Pulau Bunting, mengimbau sejarah kota melayu Kota Kuala Kedah dan mengunjungi Taman Rahsia Gua Kelam, kami singgah ke Wang Kelian.
Selepas balik dari Gua Kelam, kami singgah ke Wang Kelian. Tak jauh pun kedudukan kedua tempat ini, lebih kurang 12 kilometer.
Perjalanan meredah bukit bukau yang indah ini sangat mengasyikkan. Dalam perjalanan saya cuba membayangkan bagaimanakah keadaan di Wang Kelian nanti memandangkan lokasinya terpaksa mendaki bukit bukau dan jalan bengkang bengkok. Cuba bayangkan bagaimana perkampungan tradisi penduduk di sempadan, apa aktiviti penduduk dari segi ekomoni dan rutin kehidupan.
Bila sampai, Wang Kelian hanyalah satu lokasi bersempadan dengan Satun di Thailand yang hanya berfokuskan kepada aktiviti membeli belah. Tiada aktiviti sokongan lain atau perkampungan tradisi penduduk. Wang Kelian merupakan pintu keluar masuk sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand yang dibuka sejak 1992.
Saya pernah berada di sempadan Thailand dari 4 negeri yang bersempadan iaitu Bukit Kayu Hitam di Kedah, Pengkalan Hulu ( Betong ) di Perak, Rantau Panjang ( Golok ) di Kelantan dan Wang Kelian ( Satun ) di Perlis. Tempat yang paling murah di Rantau Panjang tetapi tempat yang paling best untuk membeli belah ialah di Padang Besar.
Setiap hari Sabtu dan Ahad , pintu sempadan dibuka untuk pergerakan kedua penduduk Malaysia dan Thailand keluar masuk tanpa dokumen dalam radius 1 Kilometer dari sempadan. Suatu ketika dulu, Wang Kelian agak popular sebagai destinasi membeli belah rombongan cik kiah tetapi hari ini untuk melihat sebuah bas rombongan pun susah.
Pada pendapat saya ada beberapa sebab kenapa Wang Kelian gagal mempertahankan dirinya di dalam carta lokasi popular rombongan cik kiah..antaranya
- Wang Kelian semata-mata – tempat ini dibina untuk sempadan negara tanpa ada penduduk yang membentuk komuniti asal. Tak ada pekan/bandar , sekolah atau sumber ekonomi lain untuk meransang perkembangan Wang Kelian.
- Tempat untuk membeli belah berada di sebelah Satun , Thailand. Walaupun pelawat boleh membeli belah dan memasuki secara bebas tetapi terpaksa berjalan jauh untuk kembali membawa barang yang berat ke tempat letak kereta di sebelah Malaysia. Kalau cuaca panas, memang panas terik.
- Pelawat lebih berminat ke Padang Besar kerana lokasinya di sebelah Malaysia, boleh membawa kenderaan dengan selesa dan rasa selamat.
- Bukit Kayu Hitam juga adalah saingan kepada Wang Kelian kerana mudah untuk dikunjungi melalui lebuh raya.
Peta wilayah Satun untuk kemudahan pelawat yang ingin meneruskan perjalanan memasuki Thailand
Pengunjung perlu berjalan kaki melintasi pondok imigresen untuk melepasi sempadan antarabangsa. Ada banyak papan notis ada banyak papan amaran di kawasan ini.
Memandangkan kami merancang untuk ke Padang Besar, kami cuma cuci mata dan isi perut saja di sini. Tengok sesuatu yang pelik , semua berkerumun. Majoriti penduduk sempadan Thailand beragama Islam dan boleh bertutur di dalam bahasa Melayu.
Pakcik penjual ais krim ini tidak berapa pandai berbahasa Melayu dan agak kurang cekap untuk membuat kiraan dalam mata wang Ringgit. Dia gunakan kalkulator untuk mengatasi masalah sebutan dalam urusniaga. Lainkan tong ais krim dia… tong plastik.
Nasi kerabu yang 100% kerabu sampai nasi pun dah tenggelam disebalik sayur-sayuran. Kelainan dari dari nasi kerabu pantai timur, tiada budu !
Pulut ayam… menu yang tak pernah tinggal bila ke Perlis. Pernah mencuba nasi ayam di Padang Besar yang lebih sedap.
Ini somtam , bukan sotong dan ketam. Somtam ialah kerabu betik muda yang pedas.
Penjual ais krim ini namanya Mariam, sempat lagi tu nak berkenalan. Saja tanya-tanya sambil dia siapkan order. Dia jual aiskrim, somtam , jeruk dan rojak buah dengan motosikal besar bergaya ini.
Inilah ais krim buatan sendiri Puan Mariam. Ada sagu, pulut dan cebisan roti yang berharga RM 2.00
Kalau dah membeli belah dan tak larat nak bawa barang balik ke kereta, sewa saja perkhidmatan pengangkut barang bermotosikal. Kami tak beli banyak barang, cuma buah dan payung warna pelangi yang besar.
Papan tanda check point Malaysia dan Thailand.
Ini adalah kawasan bebas – jarak antara pagar sempadan Malaysia dan Thailand. Kalau kita berguling-guling kat sini ada orang nak tangkap tak ye… inikan kawasan bebas.
Lepas balik dari Wang Kelian baru kami bertolak ke Kuala Nerang, hantar Angah balik ke kolej. Esoknya kami ke Padang Besar. Entah bila tak tau entri pasal jalan-jalan ni nak habis. Sampai tahun depan kot…hihihi..sabar sajalah.
Ini gambar yang baru ditransfer dari telefon suami – batu sempadan Malaysia-Thailand.
Juru ukur…. memang alert dengan benda macam ni… :p
assalamualaikum..
terima kasih, info sangat berguna.. sebab minggu depan hendak ke sana,hantar adik ke kolej matrikulasi arau,perlis.. sambil-sambil tu nak jalan-jalan sekitar perlis.. terutama di wang kelian.. 🙂
Oiya ya, Tailand kan dekat sekli dengan Malaysia, bisa dijangkau dengan jalur darat..
keren bisa kesana, selamat menikmati..
saya pernah samapai di sini masa bujang menemami rakan serumah yg terpaksa menjaga satu bas pekerjanya dari indonesia bercuti.
kakjie , dlm somtam tu ada kubis , kubis tu buat apa ?
makan… somtam tu kerabu.
bila la nak jadi mcm kak jie ni..seronok jer dapat menennagkan fikiran..kena simpan duit banyak2 ni..nanti tua berjanggut baru boleh pergi kot..hahaha
kak jie bercuti pakej murah saja tu.. tidur hotel bajet makan kat gerai..tak beli apa2 tetapi suka menjelajah
aku belum pernah ke Thailand, pengen juga jalan2 kesana, ntar deh kalau dah gede dan sukses hehe.. 🙂
saya pernah ke Bandung saja, melalui Jakarta.
penah sampai, tapi lama dulu, skg byk benda jual lagi ke kak jie?
kak jie pusing sampai ke hujung, tak adalah murah ….. kat Golok lagi murah sebenarnya.
tong aiskrim diorg mmg terbaik la..hihi..
`
sesuai untuk menarik minat kanak-kanak
besnye dpt melancong..buah2an tu nampak fresh sgt
besnye dpt melancong..buah2an tu nampak frsh sgt..yummy
besnye dpt melancong..sayur dan buah2an tu nampak segar..
waaaa sedapnyer Nasi kerabu & Somtam… somtam payah nak carilah kalau kat kl..
menariknya somtam tu..tak pernah cuba lagi…
sedapnya berjalan-jalan sambil menjamu selera.
PM tak pernah pergi lagi ke Thailand…sempadan pun tak sampai lagi…huhu
kawasan bebas tu maknanya bukan ada mana mana negara punya kuasa ? sy tak pernah singgah pun kat sempadan walaupun pernah melalui sempadan antara dua negara ni..
Kat sempadan ada tut2 dak? Saya p phuket ada, tambang p jln2 agak murah
Terliur sungguh tgk gambar2 ni…aduyai..hihi
Best tu jalan2 camni…santai dan habiskan byk masa ngn famili =)
seronoknya jalan2 sefamily.. belum berkesempatan nak jelajah utara.. kalau dah sampai masanya, harus check blk entri jln2 kak jie ni.. mcm2 info ada! hehe
kami suka pergi padang besar…shopping macam2 kat sana…banyak beli brg dapur…
bila agaknya dapat pergi jalan-jalan gi utara ni
alamak dapat masuk thailand
tu dia payung. ada tiga batang dahh..
Masakan kampung tetap terbaik. Masalah bahasa buka sesuatu besar selagi apa yang dihajati difahami oleh sebelah pihak satu lagi.
betul la kak..rasa lebih selesa dan selamat shooping kat padang besar..
wah! ke siam kak jie pegi.. hehehe..
makanan disana pasti sedap….
Baca entri ini menambah semangat utk bawa famili cuti-cuti Malaysia ..
tiap orang gaya bercutinya lain-lain… kami ni simple dan santai je, lebih kepada masa utk bersama anak-anak.