Ketenangan pagi Isnin yang sejuk damai tergugat dengan jeritan Intan.
“mama…….. bilik terbakar”
Lampu tidur kecil terbakar. Dia bangun pagi tetapi tak matikan suis.
Extention cord ni biasanya dia guna untuk lampu tidur dan cas bateri telefon. Kalau pasang econ, dia cucuk terus dari suis soket. Malam tadi Intan tak on econ, dia guna kipas saja.
Nasib baik terbakar kecil dan kami sedar, kalaulah…. kalaulah…. syukurlah . Takutnya bab yang membabitkan elektrik, sebab kita tak nampak arusnya. Kebetulan lagi, suis ini berada dibawah meja solek, nasib baik apinya tak besar dan tak menjangkau ke meja tersebut.
Asap kebakaran ni berat dan lambat untuk hilang walaupun saya dah pasang kipas, buka tingkap dan pintu. Selepas semuanya selesai… debu hitam dan jelaga jatuh memenuhi tiap ruang dalam bilik. Cadar, bantal, baju, buku dan semua permukaan lantai.
Berjelaga dinding bilik dan kipas.
Satu kerja pula nak kena basuh semua …. sudahlah kain baju balik dari bercuti pun masih belum selesai.
sent from my GT-i9300
beberapa minggu lalu rumah saya juga terjadi konsleting, ada kabel yang terbakar dan untungnya segera diketahui kalau tidak saya tidak tau apa yang bakalan terjadi
semoga kejadian ini tidak terulang kembali..
berlaku juga pada saya. rasanya ada lebihan arus yg plug yg disambungkan kepada desktop,monitor, modem dan printer. tu blm termasuk dgn plug charger handphone.
skrg, jika suiz tersebut tidak digunakan. akan ditutup terus
bahaya betul. alhamdulillah tak jadi kejadian yang lebih buruk
emm bahay betul..kebakaran berpunca dari lampu tidur ke??betul tu kakjie..kalau arus mcm air dapat juagk dilihatnya..ni memang tak nmpak langsung..semoga ia menjadi pengalaman berharga buat kak jie dan keluarga…
Semoga Allah selamatkan daripada mara bahaya…Amiin.
bahaya litar pintas nih. mujur takde apa-apa.
Syukur kak. Jadi peringatan untuk kita
Mmg nak kena hati2 sgt2 bila melibatkan perkara letrik ni.
Moga kak jie sefamili sentisa sihat sokmo =)
Errkkk, nasib baik litar elektrik zaman ni smart ckit. pandai putus sendiri bila berlaku kejadian mcm ni.. Kalau zaman dulu2 adehhh…
kemalangan tidak kira masa dan tempat.. kena sentiasa berjaga2 lepas ni..
Nasib baik tak terlalu serius.
Nasib baik api tidak merebak, kalau tak bahaya juga tu, dah banyak kes-kes kebakaran yang melibatkan barangan elektrik seperti ini, semoga dilindungi.
Mengikut pengalaman saya kak jie, mgkin kak jie menggunakan exttension tu dah lama…lagi2 suis econ cucuk kat situ….econ bsr mana hp pun ia boleh terjadi lebihan arus…bila da camtu tembaga atau kabel dalam soket menjadi keras dan bila ia pakai berterusan lama2 ia akan berlaku litar pintas dan terbakar….
satu cara nak elak berlaku, sentiasa periksa kabel supaya tdk keras, kena potong buat baru…jika tembaga gosok kertas pasir halus bersihkan hitam2…
Alhamdulillah.. syukur takde ape2.. ngan api mmg tkleh jangka.. mase kecil jd kawan dah besar jd lawan
Alhamdulullah masih dipanjangkan umur…
Alhamdulillah nasib baik tak berlaku kerosakkan yang lebih teruk yer kak..
mujur disedari..terkadang tu soket berkembar tu perlu ditukar selalu jugak walaupun nampak macam masih boleh digunapakai..asalkan ada nampak macam sikit percikan api, elok ditukarkan je,..
Macam ada lebihan arus dan berlaku litar pintas. Syukur tidak kemalangan serius yang berlaku dan cepat disedari.
Cadangan boleh pasang smoke detector @ pengesan asap lebih afdal kerana boleh mengesan asap kebakaran awal. Ramai yang beli pemadam api tetapi tidak memasang alat smoke detector dirumah. Kalau asap tebal dan pengsan kerana asap kebakaran tiada guna lagi pemadam api.l
Mungkin Mijie boleh beri tip kepada kak Jie.
alhamdulillah akak sekeluarga selamat.
syukur semuanya selamat..
tetiba maza teringatkan socket kat rumah sana… aderkk..
berselirat juga tu.. uhuk!
aiishhh..boleh plak terbakar..
Mujurlah tak merebak.
Kalau tengokan keadaan plug eletrik kat rumah sekarang memang risau, semua benda sambung satu tempat.
Ya allah… syukurlah tak jadi lebih teruk.
Iza memang takut dengan kebakaran macam ni sebab 2 kali nampak kebakaran depan mata 🙁
alhamdulillah mujur lagi tiada kemalangan jiwa. syukur kak jie sekeluarga selamat. semua pon pakat beringatlah, kalau boleh tutup plug2 elektrik yg tak digunakan, kdg2 extension tunggal bentuk kiub tu lg bahaya sbb byk soket dok tumpang, kdg2 longgar dan boleh akibatkan spark.
Ya Allah nasib baik kebakaran kecik jer.. ALhamdullillah…
Salam,
Syukur alhamdulillah api tak merebak, fobia bab2 api ni.
bab nak clearkan bilik tu memang penat, dah pernah alami clearkan 1 rumah even yang terbakar hanyalah bilik kecil.
Alhamdulillah ALLAH bantu tu …