Air Terjun Serendah adalah antara tempat menarik untuk dilawati , untuk ke tempat lain sila klik sini – Tempat Menarik Untuk Dilawati
Serendah terletak di Daerah Hulu Selangor, lebih kurang 35 kilometer dari Kuala Lumpur. Kalau ikut Selayang, selepas melepasi Rawang kira-kira 10 kilometer.
Sampai di pekan Serendah, di sebelah kiri ada Balai Polis Serendah . Selepas tu jumpa persimpangan lampu isyarat Kampung Dato’ Harun. Masuk kanan di persimpangan ini.
Dari persimpangan Kampung Dato’ Harun ke Air Terjun Serendah kira-kira 4 kilometer. GPS Coordinate – 3.366042,101.636704
Selepas Taman Idaman, ambil laluan ke arah Kampung Orang Asli / Pusat Serenti Serendah.
5 minit memandu melalui perkampungan orang asli, sampailah ke lokasi Air Terjun Serendah atau lebih dikenali sebagai Templer Kai dikalangan penduduk tempatan. Di sini ada gerai, tapak perkhemahan, taman permainan untuk anak-anak juga tandas yang bersih.
Jangan memandu terlalu tergesa-gesa, ambil masa untuk menikmati kehijauan hutan, pemandangan rumah² penduduk orang asli, tasik , air terjun di jambatan hadapan Pusat Serenti atau sebelum balik singgahlah di Perigi Tujuh Serendah (Seven Wells)
Dekat je , kan………… apa lagi? Bawalah anak-anak berkubang hujung minggu ni.
macam nak pergi sini je esok. ekekeke 😀
kena lalu selayang? macam dekat dah je dengan gombak ni.. mungkin tak sampai setengah jam ke eh?..
rugi betul kalau duduk 3 tahun kat gombak tak rasa tempat2 camni.. baru sekali pergi satu waterfall,tak ingat plak kat ne..
wahhh .. mcm best je tempat ni Kak Jie. Thanks for sharing this ye kak.
ok tak airnya kak jie? jarang lalu situ. lau bandingkan air ulu yam atau sg sendat dgn yg ni mana lagi best dan lebih sesuai utk anak kecil? tima kasih
tak jauh dari kl ni…insyaAllah kalau ada peluang nanti boleh saya bawak ammar main2 air…
Seronoknya kalau dapat mandi-manda di sini.. 🙂
Dekat Batang Kali pun ada satu Air Terjun. Cantik sangat. PErnah pergi 3 tahun lepas. Kena redah Kampung baru Cina, lalu jalan tanah merah baru jumpa air terjun tuh
Dekat dengan Bukit Sentosa. Bolehlah bawa ister dan anak-anak bawa mandi di sana. Tempoh hari bawa keluarga mandi di Kalumpang sampai bengkok rim kereta kerana jalan berlopak.
jalan nak pi air terjun ni bertar – ada tempat letak kereta lagi.
memang selesa dan mudah nak sampai sini
bawa bekal bentang tikar , ada tapak perkhemahan…. air pun tak deras
anak2 boleh mandi , tak de la risau sgt
owh…………. ada jambatan!
best . . teringin gak nk p tp jauh sgt . . hehe
pilihan utk org yg dekat KL
tak jauh sgt…kadang2 dok fikir mana lah tempat nak bawa anak2
hurm . . betul . .
Assalam..
Bestnya…
nak kena cari juga la air terjun terdekat..
w’salam
skrg ni cuaca panas, terik… memang best kalau berendam
memang rindu dengan air terjun. Dari sudut terapi air mandi dibawah air terjun boleh membantu merawat tubuh tetapi mestilah dengan niat kalau sengaja memandi tanpa niat jadi mancam mandi biasa2 je. Niatlah untuk kesihatan tubuh dan ditambahkan iman dan taqwa …insyallah Allah permudahkan.
mandi biasa dlam bilik air kita pun kena niat…baru air yg terbuang mengalir tu tak jadi sia sia.
niat mandi sunat
tapi kalau nak mandi kat air terjun Serendah ni, jgn dok kt di bawah air jatuh sbb bahaya…
cantik
Aritu balik kampung pergi berkelah di tepi pantai, nanti balik sekali lagi bolehlah cuba air terjun serendah plaks… 😀
ait.. kan kat pantai timur lagi banyak pantai2 best… tapi beza pantai di pantai timur dan pantai di pantai barat – kt pantai timur gerun nak mandi2… cuma boleh dinikmati dgn mata. ombak kuat.
kalau kat pantai barat sebab selat…. selesa utk mandi manda.
kalau dtg dekat2 situ, jgn lupa roger2.
Yup, memang banyak pantai best2, cuma biasanya kalau kat sini, saya lebih suka cari pulau, baru lerh mandi dengan tenang… air tenang jer… hehehe… cuma kalau tiap kali nak gi pulau, jenuh aa plaks…
InsyaALLAH kak jie, kalau saya gi sana nanti saya roger…
Bila agak-agak kak jie nak pergi? boleh berkelah bersama-sama family saya.Dalam minggu ni(hari ni tak lah kut)
* dah lama tak buat terapi air terjun.Biarkan air terjun jatuh atas kepala bagi sejuk sikit otak nih 🙂 🙂
he he he… pergi air terjun mcm ni, jarang nak plan
tetiba tergerak hati je.. jom
ada masa2 org yg jaga air terjun tu tak bagi pergi dekat, pergi bawah air terjun
tgok keadaan air dan musimlah.
ya, syok juga ni tempat ni… pernah g dulu thn 2009 ngn kengkawan PPKKS serendah….
tempat tak curam…kalau yg lasak tu bolehlah naik lagi tinggi
kalau yg bawa anak2, keluarga..kt bahagian bawah tu dah selesa
sesuai utk anak2..tak bahaya
Kalau orang Hulu Selangor pun xpenah pegi macam mana lah ye? Hehe..
ye lah……… orang tu pi holiday kt Venice je…. mana main air selut :p
Dekat dengan rumah kak jie kan. tapi jauh dengan rumah saya.
hehehehe………. bumbung rumah kak jie ada dlm map google tu :p
yelah… kalau cuti hujung minggu tatau nak pi mana……. mai le sini