Pertama sekali, sebelum saya menjawap persoalan ini, saya ingin terangkan bahawa saya tidak berblog hanya bertujuan ingin popular. Saya berblog dengan tujuan menyampaikan dan berkongi sedikit pengetahuan dan membina persahabatan dengan pengunjung blog saya. Kerana itu, apa yang akan saya fokuskan dalam entri ini adalah bagaimana caranya membina hubungan dengan pengunjung yang saya namakan PERSAHABATAN .
Persahabatan perlu dibina, tak akan muncul dalam sehari dua tak akan datang tanpa di cari, tak akan dapat tanpa MEMBERI! Membina perhubungan adalah seni pengurusan yang memerlukan sistem pentadbiran yang kemas iaitu pentadbiran peribadi yang baik. Kita belajar menguruskan ego seseorang, keperluan emosi , psikologi dan sosial teman berkenaan. Bila teman sekeliling kita merasa segar, bertenaga dan selesa dengan apa yang kita lakukan, barulah kita mendapat tindakbalas yang baik.
Orang yang hendak kita kawan itu adalah pelanggan kita. Dia pembeli/pengguna bahan yang kita hasilkan/ kita tampilkan atau kita ucapkan. mereka yang akan tentukan apa yang mereka mahu sama ada ciri² yang menyenangkan diri mereka ada pada kita.
Ini seperti satu perniagaan, produknya adalah diri kita. tentu semua orang hendakkan yang berkualiti. Untuk itu cipta produk kita untuk memenuhi setiap situasi kerana teman kita adalah manusia yang sentiasa alami perubahan pemikiran, citarasa dan keinginan.
Untuk mendapatkan perhubungan yang kukuh, kita perlu ikhlas dan terbuka. Buktikan kita ingin mengenali diri mereka, perasaan mereka dan fikiran mereka. Tunjukkan bahawa kita berminat dengan cita² mereka, harapan, hobi, kepercayaan, pegangan hidup juga kebimbangan atau keraguan mereka.
TETAPI…jangan sesekali membuat penilaian atas apa yang diberitahu. Kita bukan hakim dan tidak ada orang yang suka dihakimi.
Tak puas hati ye…? hehehe…saya tahu ramai yang mengharapkan saya memberi beberapa tips untuk mendapatkan trafik yang tinggi ke blog. Mukadimah saya panjang sangat ye…
Saya tiada tip atau petua kursus, apa yang saya buat adalah mengikut apa yang disarankan daripada apa yang saya baca .
Tip pertama :
Banyak membaca. Apa yang kita lakukan mesti ada ilmunya. Baca blog yang banyak membuat tutorial dan mengajar SEQ. Bukan kepakaran saya di bidang ini.
Tip kedua :
Menulis dengan betul. Gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dengan betul. Pernah tak anda menulis keyword untuk carian di Google dengan bahasa sms atau bahasa shorform? Kita tidak akan menulis keyword ‘tnh rnth bkt antbgsa’ sebaliknya kita akan menulis ‘ tanah runtuh bukit antarabangsa’.
Tip ketiga :
Signature – saya mengetahui cara membuat signature cantik dan ayu sejak lama tetapi saya tidak pernah mempraktikan apa yang saya tahu. Kenapa? Kerana saya akan menulis nota kaki dengan nickname saya sendiri bukan dengan image signature. Faham maksud saya? Apa yang mudah diindek oleh Google? Image atau text ? Saya membina penjenamaan nick ‘kujie’ . Kerana itu bila anda taip keyword ‘kujie’ anda akan mendapati Google Authority Listing dengan nick saya – kujie.
Ini adalah cara teknikal, tak berhubung kait dengan emosi,kepercayaan, prinsip hidup atau segalanya yang di miliki manusia.
©Kujie ~ ini adalah entri berjadual – saya dlm perjalanan ke Sabak Bernam untuk hantar emak mertua balik kampung dan perlu ada di rumah sebelum anak-anak balik dari sekolah ( Angah – 4.30 ptg & Intan 5 ptg )
Bagi saya, saya menulis blog untuk berkongsi ilmu melalui persahabatan, itu yang paling utama. Sebab, seronok sangat mempunyai ramai sahaabt pastu kita post kan sesuatu yang menggembirakan dia.
Sebab kedua, to bring joy to millions! Untuk memberi kegembiraan pada ramai orang. I know it sounds crazy tapi itulah yang selalu saya impikan.
I have a dream.
-ShueQry-
Belog Kak Jie mmg popular. Buktinya dah beberapa kali saya diapproach supaya baca blog Kak Jie. Hehe. Highly recommended gayanya tu!
Memberi inspirasi yg berterusan.
adakah saya sedang menghakim???
some other important stuff
– keep the blog well updated
– variable contents yet closely related
– interesting writing
– keep rubbish where it belongs, the dustbin
popular datang sendiri, yang penting kita ikhlas berblog
– jangan sesekali buat blog dengan bahasa SMS
fuh~ skang kak jie dah style main entry berjadual dah. advance.. leh tiru nih. time semangat nak masukkan entry baru, terus buat banyak-banyak sekali gus. pas tuh setahun takyah update. hehehhehe
.-= Eddie´s last blog ..Selesema Babi a.k.a influenza A(H1N1) sebenarnya tak merbahaya =-.
@Eddie, he hehe..kadang2 ada satu2 masa kak jie blur, tatau nak update apa…kak jie cari je la kat draft tu
kadang2 kak jie akan keluar sepanjang hari….ada beberapa entri yg sesuai, kak jie schedulkan je…
tapi kalau setahun tu…melampau le tu…
😉 bila yati mula berblog adalah masa form 4 (2003).. tak tau makna popular lagi. Yang tahu nak cerita, nak kawan 😀
@yati,
erk! kalau begitu bagai dikata…
alahai malu lak maza ni..hehehe
boleh ler kita … berkawan….gitew..
hehehehhe
.-= maza´s last blog ..Gaji Besar Tanggungjawab Besar =-.
@maza, kecik tapak tangan.. padang golf yati tadahkan 😀
@yati, dan dan tu maza 😆
Salam, betul apa yg k.jie gtau tu…ada orang tulis blog kerana nak popular…suka ukur kebaikan blog ngan jumlah kunjungan..bagi saya, cukuplah kalau kita boleh berkongsi, kalau x banyak, sedikit apa2 sahaja yg kita tahu…
wasalam..
@Linda, ambil tahu ttg blog sendiri pun bagus juga..salah satu cara kita cuba memperbaiki diri sendiri..tak kan selamanya statik disitu saja..kenalah lebih baik dr semlam , kan…
terimakasih ye..krn sentiasa menyokong kak jie 😆
hmm, betul ulasan kak jie tu.. sebenarnya yang kita kene jage,relationship kite dgn blogger2 lain..lagi2 pengunjung setia blog kita merangkap teman kita.. 🙂
ape2 pun, entri2 kak jie mmg best tu yang memanggil2 hati utk singgah di sini selalu..keep it up kak jie..! 😀
.-= nadinezuharra´s last blog ..:: Janganlah bersedih.. =-.
@nadinezuharra, jgn harap balasan, itu saja…kita kena memahami
kak jie bukan penulis blog yang baik…. merapu meraban juga 😆
Tips2 yang bagus. Tapi Iza fikir, Iza rasa… Kak Jie lebih dari 3 tips itu 😉 😎
Dah dekat senja ni..harap2 Kak Jie dah sampai rumah dengan selamat dan dah minum tropicana twister …..nyummmm
.-= iza´s last blog ..Ketika Cinta Bertasbih… =-.
@iza, tak reti nk bg tips sebenarnya
cuma baca blog org lain, ambil info
sbb tu kak jie jarang bg tips…hehehe
erk…. kak jie dpt le twister tu..panas terik, tapi masa sampai area Ijok..hujan lebat selebatnya..nasib baik kak jie bawa pajero..redah tak hengat!
sampai rumah 6.30, nasib baik abg ade, boleh ambil anak2
Aku suka point yang ini
anggap kita memliki sebuah blog diibaratkan seperti sebuah
syarikat
yang perlu dijaga
dibelai
.-= KampungBoy´s last blog ..How to Remove PayPal Access Limit =-.
@KampungBoy, nak berhubung dgn manusia ni lain sikit.. tak perlu tau bab2 teknikal…masing2 punya keperibadian
sempat ke tak ni kak kujie nih… 😆
@shay, hehehe…tak sempat pun
blk sampai rumah dah kul 6.30ptg
tgh hujan lebat tu..lalu Tasik Puteri ikut Kota Puteri….
@Kujie, huhuhu… siannya…
tapi alhamdulillah sebab kat sini ada juga hujan…
status popular untuk penghasilan sesuatu blog tu bergantung pada content post entri dan cara bersosial penulis blog tu dengan blogger yang lain
.-= hazman aka species1980´s last blog ..Saya MENANG hadiah – £250.000.00POUNDS =-.
@hazman aka species1980, betul lah tu…awk kan tahu… 😆
hmm kalau ekau nak tau, camno lak tinggi eh trafik di blog kujie ini ialah dengan adonyer den ni ha. yg encem gitew..huhuhu
hehhee
@maza,
agaknya satu hari berapa puluh kali maza merayau kat blog kujie?
huhuhu…
.-= Kak Long´s last blog ..Biarkan aku menangis.. =-.
Salam kak jie,
Waaaaa dah lama tak datang melawat..:) moga kak jie sihat2 ye..kak jie yang sy kenal ni memang terkenal sejak bertahun dulu,hehe..have a nice day kak jie..
.-= Acaii´s last blog ..Majlis Perkahwinan Falin & Amin =-.
@Acaii, salam acai..nick dah tambah satu i
itu bermaksud dah tambah ahli keluarga ke? 😆
eh, tajuk sama dengan apa yang ditulis. kadang2 tu lain. betul tu, semua orang bukan hakim tapi macamana nak menghakimi telah diajar dalam banyak kitab (tak kisah lah agama apa) dan tegur menegur memang digalakkan. Kan? Anyway, tips sentiasa dialu-alukan di dalam web terutama tip ketiga tu… Hmmm…penting tuh
.-= kruel74´s last blog ..Pictures from PJ Challenge Bloggers ‘K’arnival =-.
@kruel74, sebenarnya semua org akan tahu kalau dia belajar mengenal blog sendiri..ambil tahu ttg blog, readers blog dll
semuga perjalanan lancar…sabar bernam kat mana tu???
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
@denaihati, Jln Sultan, Sg. Tengar
Sg. Air Tawar 😀
kak jie..akak la inspirasi saya..(ikhlas nie..)
saya mula jatuh hati dengan blog bila membaca blog akak..
best…
@izzah,
tu baru blog si kujie, belum blog den tahap supersayyah power, dragon ball siri ke 114 gitew.
kekuatan eh mengalahkan toriton the Athens boz.. huhuhuhu
@maza, ala..pakcik maza nie takmo kalah..kebaboooom..alamak dragon ball dah meletupsss..
.-= izzah´s last blog .."aku dapat A…" =-.
hidup biar sedap!
kena la dgn tajuk blog mama ni.hehe
.-= fiezabaiduri´s last blog ..Insan pemaaf bebas sifat buruk sangka, dendam =-.
@fiezabaiduri, tang mana kenanya tu Bai
tajuk tu segan sikit
mcm muda mudi sgt
kak jie,
fofuler ke idak itu soal begantung dengan tujuan blog. kalau nak sampaikan, nak jual produk, nak bina network, kefofuleran akan membantu.
selamat memandu
.-= AyKay´s last blog ..Talak Express =-.
@AyKay, betul la tu…kena rancang apa yang hendak dibuat
mgkn suatu hari, domain ni akan di jual…
hahaha..mcm le fofuler sgt
Tetapi saya rasa blog anda memang popular dengan purata 800-1000 hits sehari adalah sangat banyak. 😀 yeah! berblog tu jadikan sebagai wadah untuk menjalin persahabatan dan berkongsi ilmu and berita. 😀
@tekkaus, baru sangat je trafik banyak tu, dulu 400-500 . Sedang mencuba beberapa tips 😀
@Kujie, 800-1000 hits! wow! tapi kak jie tgk tak purata lawatan setiap orang? Kalau kurang dari 2 minute, sgt la tak best.
.-= NoktahHitam´s last blog ..Goodbye IE 6, 6 Reasons It Must Die =-.
@NoktahHitam, terus Kak Jie check..
Average time per visit – 3m 25s
Total time spent – 1d 4h
Average actions per visit – 2.0
@Kujie, Lagi satu kene check, bounce rate. e.g. Orang masuk, stay or exit cecepat.
Most orang brag about hits, tp bounce rate tinggi gile. Maknenye, die berjaye menarik perhatian computer, bukan manusia.
Nanti kalau dah maju, nak beli Kujie.com. Nak jual barangan bayi~ Hehehe
@NoktahHitam, bagi 5 sebab knp barangan bayi?
alasan pertama mesti letak –
kujie tu ‘baby face’
@Kujie,
1. Kujie-kujie-ku – bunyi mcm geletek budak
2. Kujie – mcm name manje budak kecil (budak kecil, bukan kecik)
3. Kujie – branding name sgt kuat
4. Kujie – Kak jie sendiri seorang ibu. dari blog asal nye reputation, senang nak jual barang
5. Kujie – bunyi macam brand soft toys baby 🙂
.-= NoktahHitam´s last blog ..Goodbye IE 6, 6 Reasons It Must Die =-.
tq jie…. 😀
hati hati di jalanraya
.-= Mak Su´s last blog ..Main air =-.
@Mak Su, terimakasih mak su..hari2..bawa control ayu..sbb dgn mak..hehehe
Oooo camtu caranya nk popular yer. 😀
.-= fazemy´s last blog ..Bijak Berbelanja Di BlogShop Online =-.
@fazemy, benda ni subjektiflah bagi kak jie..tak de fakta yg tepat
@Kujie,
Tentu dah sihat agaknya emak mertua Kujie.
Walaupun Kujie berblog bukan untuk popular tetapi Kak Long fikir, blog Kujie popular sebab cara penulisan Kujie yang mudah nak diterima dan banyak ilmu yang boleh dikongsi.
Semoga selamat pergi dan selamat sampai.
.-= Kak Long´s last blog ..Biarkan aku menangis.. =-.
@Kak Long,
alo teacher apa khabar.. heheheh
tetiba maza teringatkan sebuah karangan …
“Aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih..sesama insan
aku menulis untuk menyatakan kasih sayangku
kita adalah insan…”
hhehhehee
@maza,
Alo to you too maza. Teacher sihat.
Kalau tak silap, tu bukan karangan, tapi lirik lagu kan?
Tajuknya ‘Bukan Kerana Nama’.
@Jie,
Agaknya Maza tulis karangan masukkan senikata lagu. Kalau Kak Long yang pereksa karangan maza tu, mesti markahnya ciput sebab karangan ciplak.
Hehehe…
.-= Kak Long´s last blog ..Biarkan aku menangis.. =-.
@Kak Long, mak dah sihat..tu yg tak sabar nk blk kg…kalau ikutkan mmg tak bagi dia blk
tapi kena faham juga…dia tak selesa nak tinggal rumah lama2
dulu kita pun duk gila nak popularkan blog, tapi sekarang ni tak lagi… kita cari kawan bukannya cari popular… 😆
akak hati2 memandu tu…
.-= shay´s last blog ..BLUR… =-.
@shay, tapi ramai sungguh yg bertanya…. mgkn ada juga terdetik niat…apa salahnya
@Kujie, kak sekali sekala glamour apa salahnya yerk…