Kisah Sepetang Bersama Blogger Yang Tertunda
Blogger

Kisah Sepetang Bersama Blogger Yang Tertunda

Ini kisah Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network  sebagai  siaran tertunda. Blogger lain buat live update, saya baru nak bersiaran. Apa nak buat, lepas acara saya terus bercuti ke  Gambang Waterpark, Kuantan, kemudian mak dan ayah ikut ke rumah. Semalam dah hantar mak dan ayah balik kampung, adalah masa untuk beronline.

Alasan kedua – bandwidth bulan lepas hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, dua kali down dalam sebulan adalah satu berita tragis bagi seorang blogger.  Nak berjimat bandwidth terpaksalah tunda entri ini ke bulan Februari.

Pada hari majlis berlangsung, saya dan Intan keluar dari rumah tepat jam 12.30 dengan harapan kamilah yang terawal.  Rupa-rupanya tersalah pilih jalan.  Sepatutnya saya menggelak untuk melalui Selayang ( Jalan Kuching ) kerana sambutan perayaan Thaipusam.  Terlupa dan tak ingat.  Saya tersangkut lebih 1 jam dari depan Pasar Borong Selayang hanya untuk membuat pusingan yang jaraknya kira-kira 1 Kilometer sahaja.

Pukul 2.15 saya berjaya melepasi kesesakan dengan membuat pusingan di bulatan jejantas .  Saya berpatah  balik semula ke Rawang dan memasuki Lebuhraya LATAR , kemudian ambil GCE (Guthrie Corridor Expressway ) dan ke Lebuhraya Persekutuan.  Hanya 45 minit, saya dah sampai di perkarangan Hotel Singgahsana , tempat majlis ini berlangsung.

Di pintu masuk dewan,  sudah terdengar acara telah bermula.  Melangkah saja memasuki  dewan…wow!  meriahnya.  Ramainya blogger, cantik dan kacak²nya mereka.

Kami duduk semeja dengan pemenang terbanyak acara – Cikgu Naman  dan isterinya Mrs Fiza .   Kan dah cakap , kena duduk sebelah kiri!

Belum pun duduk, kami dah mencari ruang makanan.  Lapar tau tersesak-sesak kat jalan tadi.  Filet ikan dan udang goreng sangat sedap!

Belum pun nasi tu hadam, dah dipanggil naik ke pentas untuk mini forum.

 

majlis forum blogger

Inilah satu-satunya gambar dari atas pentas… Dari jauh saya nampak dua AJK WhatsApp Kiah Propa bergurau senda.  Korang nampak?

anarm

Ini AJK yang paling sibuk sedang bertugas – Anarm .  Panel forum yang lain sopan santun saja atas pentas, saya masih nak  bertwitter dengan blogger di bawah pentas.

wpid-mini-forum.png
Serius…… saya hilang fokus.  Bayangkan di depan saya ada hampir 120 pasang mata blogger memenuhi ruang dewan.  Tu belum campur yang ‘bermata empat’, mata hazel, mata hijau, biru… BUkan saja blogger dari Malaysia, malah majlis sepetang ini juga dihadiri oleh blogger dari Indonesia dan Brunei.

Siapa tak mengigil kalau  kena jeling dengan Ustaz Effendi .   hiks… Jangan marah ye Ustaz.

Terus terang, saya kelu dan hilang semua idea nak bercakap.  Bila pegang microphone, dewan sunyi dan hening.

Ini adalah 2 soalan yang dijual oleh Moderator – Abang Ensem

1) Tips2 SEO yang Kak Jie selalu guna sampaikan cerita2 tentang keluarga pun masih boleh berada di page pertama google.
2) Rahsia Kak Jie sehingga dihormati di arena blogging tanahair walaupun jarang atau tidak pernah menyertai sebarang blogger gathering.

Sebelum pergi, dalam kepala dah ada macam-macam  point nak cakap.  Tetapi bila duduk di depan blogger hebat lain, semuanya hilang.  Saya akan jawap dua soalan ini pada entri akan datang dengan lebih tersusun.

Sepetang-bersama-Blogger-2013-23Gambar ini diambil dari blogger Pegawai Bank, suami kepada seorang guru – dia bercerita dengan cakar harimaunya di [ SINI ]   Yang comel macam panda tu blogger yang terkenal di dalam pasaran hartanah.  Baca blog ensem dia di sini –  [ Tips and thoughts.. ]

Berdiri sebelah Puan Bee tu Kak Siti, tokei Kedai Kak Siti. AJK anggun yang sibuk ke san sini dengan tugas.

Walaupun Intan adalah blogger paling muda, tetapi blogger paling kecik kemetot tu  DJ Mia dari radio online WorldWide Symphony FM.  Yang berdiri tudung pink tu Sha pemilik blog Never Ending Story

Ada seorang blogger 4 series ( sama level tu ) yang saya tak berani bergambar berdua.  Tagline dia perlu muka serius dan buat-buat masam sedangkan saya ini sentiasa manis… hiks!  Tak perlu diperkenalkan lagi kerana setahun ada 365 gambar muka dia dalam Self-Portrait Daily

Blogger lain ramai yang update kisah sepetang ini, mari kita terjah dan baca … baca… baca.!

  • Nadot – sempat lagi sesi soal jawap di meja. Tak lepas peluang, kan?
  • Blogger yang ramai anggap dia seorang  perempuan  –  laporannya di  [ SINI }
  • Bapa Abang Koneng pun siapkan juga entri  cotat coret Sepetang Bersama Blogger
  • Faizal PJ update gambar teruja pemenang bertuah di majlis #SBB2013
  • Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 dari Blogger Ajumohit
  • Nak baca ulasan 10 blogger terbaik Malaysia? Sila terjah penulisan beliau di hafizmohd.com
  • Kisah dari blogger seberang – Bang Iwan dengan entri Sejuta kesan

Saya pasti, kebanyakkan blogger yang memenuhi dewan tidak terkelip mata memasang telinga mendengar cerita dari saudara Sani Araby Al-Kahery ( Malaysian Consultative Council For Islamic NGOs ( MAPPIM ) mengenai liku dan pengalaman sebenar beliau di zon perang, Gaza, Palestin.

Lebih terkejut bila nama dipanggil  ke pentas untuk dilantik sebagai Official Blogger for Gaza bersama beberapa blogger lain.

Official Blogger for Gaza

Gambar dan cerita dari Shakkido.com

 

sam serverfreak

Terimakasih Sam dari ServerFreak untuk hadiah penajaan.  Comel je senyuman  dia!

 

blogger dari indonesiaMereka datang sejauh Kemboja dan Indonesia.  Gambar dari Blogger Indonesia Dadan Darmawan .  Tanpa perlu diperkenalkan, identiti batiknya sudah kita tahu asal mereka.  Bangga sungguh kerana di dalam dewan ini terhimpun blogger dari luar negara yang sebelum ini hanya bersapa di alam maya.

Saya minta maaf kalau tak sempat bertemu beramah mesra dengan kesemua blogger di dalam dewan.  Mungkin ada yang tahu, saya hilang pendengaran total di sebelah kanan, cuma telinga kiri saja yang masih berfungsi.  Saya tidak dapat fokus kepada suara dan bunyi apabila berada di tempat terlalu ramai orang .  Mungkin ada yang memangil dan menegur tetapi tidak dipedulikan.    Kalau kita bertemu dilain kali, berdiri atau duduklah di sebelah kiri saya ye… atau bercakap dengan jelas.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

68 thoughts on “Kisah Sepetang Bersama Blogger Yang Tertunda

  1. kak jie memang hebat…
    boleh dah sebaris dgn lisa surihani ni.. heheh
    retis fofular gitew… ahaks

    apa2 hal maza rasa terkilan lah pulak tak gi sama.. huhuhu
    harap2 next round would be able to join gitew.. uhuK!

  2. hahaha.. Harus.. Mana boleh lepas peluang tanya macam-macam kepada blogger hebat yang singgah di meja… hehehe
    Tq Kak Jie layan dan jawab juga soalan-soalan kitorang 🙂

  3. antara entri SBB terbaik..walaupun sy tak dapat hadir tapi kemeriahannya dapat juga dirasai dengan membaca entri2 SBB dari rakan rakan yang mengikuti majlis tu..

  4. Bagi saya ia adalah perkara biasa perasan gugup itu berlaku. Abang Ensem pandai bermula dengan sesi Ice Breaking @ pemanas badan dengan panel memperkenalkan diri untuk mengurangkan perasaan gugup tersebut.

  5. As-Salam. Program gini sekurang-kurangnya dapat kenal pasti siapa diri sebenar seorang blogger di balik blognya. Kalau tak, uhh memang habis identiti diri dalam dunia blog ni. Yelah, dunia blog ni pun bukan baik sangat … ada je jarum dan durinya.

    Harapan lain kali dapatlah datang majlis seperti ni. Tunggu masuk umur 40 kot ..hehehehe

  6. Kalau bukan Blogger yg perkasakan Blogger … siapa lagi?? Nak diharapkan orang lain rasa banyak yang ambil kesempatan .. kita tak nak seperti kata pepatah abis manis sepah dibuang.

  7. mula2 gemuruh lah kan Kak Jie…lama2 ok la tuh…Kak Jie kena bersedia sebab rasanya setiap tahun Kak Jie akan naik pentas bagi talk dalam forum2 mcm tuh…;)

  8. Walau ketaq Time tu tapi senyuman kak jie tak lekang di bibir…itu yg buat org x perasan tu dan itu jugalah yg buat org terpegun(senyap sebentar…hehe). Tapi mmg best lah kak Jie..blk terus semangat belajar seo…nanti boleh le Hanny belajaq dr kak Jie gak ye…;)

  9. ahhaaaa… kak jie memang terbaik.. khusyuk saya nak dengar walaupun si shahrol dok ajak bersembang.. hehehehe..

  10. part blogger comel macam panda tu buat zie tersenyum…. rugi sgt x dpt join… dan berharap jgk sesiapa yang ada ambil video part forum ni boleh share dgn kami2 yg xdpt join ni…

  11. kalau sy, mau terkucill atas pentas tu kakjie! larikk…. tamau cakapp… hahahhh…

    x sabar nak baca tips lepas ni

    p/s: amboi kemain AJK Kiah Propa yg bergurau senda itteww…

  12. Nice to know u kak jie.. Banyak perkara nak bertanya + berkongsi
    tapi masa jeles sama kita.. next time kita duduk + secawan kopi
    cicah biskut Jacob

    1. ha ha ha.. masa ni, kak jie dok shreeet….shreeeet..panggil dia
      tapi tak dengart…

      p/s – kak jie baru edit, baru letak ganti avatar katup muka kat fb tu :p

  13. blogger yang comel macam panda.. hehehe.. masa atas stage tu suara kak jie macam ketar2.. neves kot.. tapi apa yg kak jie kongsikan dlm mini forum tu memang sangat2 memberi inspirasi buat semua.. next time bleh jadi panel forum lagi kot.. kena bagi soalan2 yg lebih mencabar utk dijawab..

  14. Ingat lagi Kak Jie masa mula2 nak bagi talk tu.. Nurul dgr suara Kak Jie macam gemuruh sikit, tapi lepas tu dah ok.. Tahniah Kak Jie.. 🙂

    1. kak jie biasa ikut event blogger tetapi event kali ini yang paling formal…ngeri bila dok ingat kak jie merapu² atas pentas tu

  15. oh ini la entrynya yang sampai 4 jam buat tu rupanya..haha..meriahnya la tengok..taksabar nak tunggu kakjie jawab soklan seo tu dalam entry nanty..

    1. ha ha ha.. 4 jam sebab berenti berenti… tak boleh nak duduk lama
      lagi pun nak kena siapkan kerja rumah

      nanti kak jie jawap soalan tu

  16. Alhamdulillah. Dapat bersua ngn Kak Jie dan Intan di #SBB2013. Tak sia2 kami tunggu kat luar dewan utk jumpa Kak Jie…hehehe

    Masa sampai tu, dah carik kak jie, tapi tak jumpe2…try tanya Bro Ariff Shah, dia cakap…mesti sampai jap lagi…

    Paling kiri, eh…Kak Jie ngn Intan tgh lenggang dari meja buffet…baru nak mula makan…

    Mmg antara kenangan terindah di #SBB2013. Terima kasih Kak Jie selitkan link saya =) Terima kasih….

    1. Kami memang datang lambat…tapi satu dewan tau
      inilah kelebihan canggih teknologi.

      terimakasih juga sudi tegur sapa…tapi muka lain dari avatar… lebih muda!

  17. Masa Kak Jie berada atas pentas tu,memang semua orang diam,sebab nak fokus apa yang Kak Jie cakap.Maklumlah ramai yang pertama kali dengar suara Kak Jie,walaupun ada sedikit getaran (nervous)tapi kami boleh faham apa disampaikan.

    1. Betul tu Bang Man. Kami mmg fokus, siap pusing kerusi utk senang halakan telinga ke pentas =)

      Memang tak rugi dapat dengar suara Kak Jie (walaupun ada getarannya), tips blogging mmg best!

      1. korang ni berlebih-lebih tau… bayangkan ahlo forum lain naik pentas diam² penuh sopan santun, kak jie berlambai² dengan blogger kat bawah.

        kebanyakkan dah jumpa, kak jie saja, sampai² terus naik pentas, belum bertegur sapa dgn kawan² yg lain

Comments are closed.