Hubungan Blogger Di Luar Talian
Blogger

Hubungan Blogger Di Luar Talian

Sebenarnya ini bukan open house. Saya tak pernah buat open house. Blogger² senior yang kenal saya tak akan tanya ‘ Kak Jie, bila nak buat open house? “ sebaliknya mereka akan cakap ” Kak Jie, free tak hujung minggu ni, kami nak datang”.

Kebiasaannya adat orang melayu akan menyediakan juga serba sedikit juadah untuk dihidangkan kepada tetamu. Jadi itulah yang saya lakukan pada hari Ahad yang lepas. Sesiapa jangan berkecil hati kalau saya tak jemput ye… kalau sudi nak bertandang, kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.

Saya jemput mereka datang awal pagi untuk sesi bersarapan. Bukan senang nak bangun awal hari minggu dan siapkan anak-anak, hampir jam 10 pagi mereka tiba ke rumah saya. Azman suami isteri dari Keramat dan Mijie sekularga dari Dengkil.

Sebelum mereka sampai, ada lagi tetamu paling awal yang tiba ke rumah saya. Abang ipar sekeluarga dari Kuala Selangor dan disusuli keluarga kakak ipar saya suami isteri. Jadi, sediakan juadah hari minggu bukanlah hanya kerana saya akan menerima tetamu tetapi satu perkara biasa di bulan Syawal untuk tetamu tanpa diduga.

sarapan pagi hari raya

Ini memang betul-betul sesi nasi lemak teh tarik… tu ada buih lagi!

Belum kenyang, baru beberapa suap semuanya sudah berlari tinggalkan meja makan. Anak si Azman, Amirul dan anak Mijie , Fahim sudah basah berkocak  kaki di dalam kolam. Sebenarnya Along ditugaskan untuk mengawasi budak berdua ni semetara makbapa mereka makan.

 

santai bersama keluarga

Kami semua berpindah makan di ruang luar sambil mengawasi budak lelaki berdua tu. Depan mata makbapa pun, dua kali Amirul tenggelam.

Amirul tu, naik saja tangga ke rumah saya, terus meluru berlari ke arah sliding door untuk ke kolam.  Walaupun setahun berlalu, dia masih boleh ingat lokasi dan apa yang ada di sini.

bersembang like makcik-makcik

Kemudian kami teruskan sesi bersembang sambil susukan anak, tidurkan anak. Kami dah kenal , kerap bertemu bersama keluarga. Masa datang raya tahun lepas, isteri si Mijie yang mengandung anak ke dua waktu itu, raya tahun ini isteri si Azman pula yang sedang mengunggu hari. Bergilir-gilir dia orang ni….. hihihi

anak blogger canggih zaman sekarang main ipad dari baby

Anak blogger serba canggih… dah beripad sejak baby.

amboi amboi ada blogger berkereta baru

Ada blogger berkereta baru. WFX tu…!

blogger kalau dapat kamera

Inilah blogger… pantang jumpa objek menarik, sanggup bercanggung tepi tong sampah. Bunga telipok saya ini baru dua hari berkembang. Lama sungguh tak berkembang. Mungkin dapat hidu kehadiran tetamu.

bunga telipok

Selepas Azman dan Mijie sekeluarga balik, saya ke Stesen Komuter Rawang menjemput Puan Bee sekeluarga.  Gigih sungguh mak dan tiga orang anak daranya dari Pandan Indah menaiki LRT dan Komuter untuk sampai ke Serendah.  Anak yang bongsu pun kurang sihat sebenarnya.

 

tak mau makan terus nak mandi

Makan pun ala kadar tak sabar-sabar untuk mandi.  Budak-budak memang macam tu

kami nak mandi air terjun tapi ibu tak kasi

Kemudian saya bawa mereka ke Air Terjun Serendah. Sedih saja muka berdua ni sebab tak dibenarkan mandi. Tengok saja….

awek comel di air terjun

Cara untuk ke Air Terjun Serendah dan Telaga Tujuh

cari kutu ke cari uban

Laluan ke air terjun ini akan melalui perkampungan orang asli.

mari melawat telaga tujuh

Kami singgah di Telaga Tujuh sebelum balik. Tak jauh pun, dalam radius 2 kilometer saja dari rumah.

 

sakan kami beraya

Intan ni boleh ‘in’ dengan semua kanak-kanak.  Anak siapa pun dia boleh jaga dan biasanya semua budak pun nak dengan dia.

Sampai malam Puan Bee di rumah saya. Mungkin sebab tiada lelaki lain, hanya kami semuanya perempuan , dia rasa selesa. Jam 9.30 malam barulah saya hantar mereka ke Stesen Komuter Rawang kerana dia ingin singgah di tempat kerja suaminya sebelum balik bersama.

Seronok pula kami bersembang di dalam bilik sambil temakankan Baby Laila tidur. Bercerita kisah keluarga, anak dan diri masing-masing.

tertinggal barang tanda nak datang lagiSetiap tahun, ada saja yang tertinggal kasut kanak-kanak kat rumah ni… Tercicir kasut tertinggal botol air.

Semua gambar ini menggunakan telefon kecuali gambar Laila seorang dan aktivit petang di perkampungan orang asli.  Mencari kutu atau pun mencabut uban… hanya mereka sahaja yang tau!

p/s – blogger tak akan bercerita pasal blog saja bila berkumpul.

 

Depa dah boh entri dah… pi baca kt blog depa tuuu

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Hubungan Blogger Di Luar Talian

  1. kak jie,
    tak aci letak gambar kita mcm tu huhu, apa2 pun terima kasih kakjie makan yg best2 cuma sambal ikan bilis tu pedas sikit 🙂
    apa2 pun memang seronok sangat bila datang berkunjung rumah kakjie

  2. Seronoknya dapat berkumpul sesama blogger. Memang teringin sangat nak join Ahad lepas, tapi apakan daya, cuma dapat join berkunjung di whatsapp sahaja.
    Nampak menarik Telaga Tujuh tu.

  3. Semasa ke Kuala Kubu Bharu ada rancangan hendak singgah rumah Kak Jie tetapi memandang seluar anak-anak basah sebab main terjun ke dalam sungai Chiling terpaksa membatalkan hajat.

    Mungkin lain kali.

    1. Kalau nak singgah, bagi tau saja
      sekurang²nya kak jie boleh buat persiapan… seronok kalau berkelah makan² ramai²..maklumlah kami berdua saja dengan intan

      kolam tu pun kalau hari biasa, air dikeringkan… bukan ada orang nak guna

  4. bestnya dpt lepak ramai2 camtu…ejam sekeluarga jer blom pernah pergi rumah mama kujie, nak gak bagi haq merasa mandi kolam…hehe

    1. bila2 balik Melaka, singgahlah Ejam… bawa isteri dan anak
      sebaik-baiknya bagi tau dulu
      bolehlah buat persediaan…faham2 je lah

  5. Wah… Masa hari raya ni memang seronok bila tetamu bertandang ke rumah. Walaupun makanan yang dihidangkan ala kadar, tapi kemeriahan tu sudah cukup buat suasana jadi seronok.

    1. dia orang bukan tetamu biasa…mmg kenalan rapat yang akan berkampung sejam dua kalau datang… makan tu bab kedua, mcm dah biasa kita org melayu akan sedaya upaya sediakan serba sedikit juadah

Comments are closed.