Cash Out Pertama Advertlets
Blogger

Cash Out Pertama Advertlets


Hari ini 29 – 03 – 2010 ,  untuk pertama kali saya cash out earning dari Advertlets . Saya baru letakkan code iklan Advertlets secara aktif tidak sampai sebulan.  Sebelum ini macam biskut sekejap ada sekejap tak ada.

Ada yang bertanya kenapa saya gunakan Advertlets bukan satu lagi jenama popular yang saya sudah selesa dengannya.?

Jawapan saya mudah – saya suka mencuba dan dapatkan keputusan yang adil tanpa bias mana-mana pihak. Keluar dari zon selamat dan rasai debaran hari esok yang tidak terduga adalah satu perasaan yang sukar digambarkan. Dari sini kita belajar menilai, mentafsir dan membuat keputusan dari usaha dan keyakinan diri sendiri.

Saya tak rugi apa-apa pun tetapi saya ‘one step ahead’ dari orang lain yang tidak ‘berpeluang’ mencuba, mengalami dan mendapatkan kepuasan dari ‘keberanian ‘ menongkah arus.   Sesiapa yang  pernah mencuba jenama A, B , C atau D baru boleh membuat perbandingan yang mana satu baik, lebih baik atau sebaliknya.

Ramai blogger ada pengalaman buruk dengan Advertlets, kenapa nak ambil risiko ini?

Saya tidak pernah… dan saya ingin merasai sendiri pengalaman tersebut bukan hanya dari cakap dengar. Saya tetap yakin dan percaya – rezeki datangnya dari Allah.

Kalau cek Advertlets berjaya sampai ke tangan , bolehlah saya belanja kawan-kawan ye . Tapi maaflah … jangan ajak ke kedai mamak.    Saya geli dengan bulu!

©Kujie –   bola sepat sepak dan kedai mamak sangatlah sinonim umpama referee dengan wiselnya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

95 thoughts on “Cash Out Pertama Advertlets

  1. harap2 lah dyorg bayar saya punya advertlets.. :mrgreen:
    .-= aizuddin´s last blog ..Laman Web Untuk Hantar Sms Secara Percuma =-.

  2. Tak dapat payment pun kak jie 👿
    .-= advertlets scam´s last blog ..Advertlets Suck Ass Scam-They never pay your earnings =-.

  3. hahhaha..saye bace semua komen2 nie..tergelak sorang2..hahaha..nakal2 juge pengomen blog kak jie yer.. 😛
    .-= hafizmd´s last blog ..Blog ini berehat sebentar.. =-.

  4. kalau dah dapat cek bagitau…saya ada bad experience dgn advertlets sebelum nie…earning saya dlm RM400++ gitu…tapi bila cash-out cek tak sampai2..tapi dalam status dekat panel kata dah PAID…ada lagi earning RM200++ yg masih berstatus Unpaid tapi cek tak sampai2 sejak dari Jan-09.Tapi tak per…tu mungkin kisah lama.
    .-= dinsblog´s last blog ..Earning Innity selepas hampir 2 bulan =-.

  5. Aha tahniah,

    Rizal dulu pun pernah cash-out, sekarang yang mendebarkan tunggu cepat atau lambat sahaja datangnya.

    Hehe. Agak lambat tapi check sampai juga. Yang kelakar check sampai lepas tu lupa dalam beg, naik motor hujan.

    Last-last check tuu hancur dan tak pergi cash put pun.. kekekeke.

    Ni pun baru jer letak balik Advertlets. Kekeke
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Blogging is No Longer Fun =-.

  6. Ini adalah satu cabaran buat blogger yang lain. Kata oarng Belum cuba, belum tahu. Dah cuba, nak lagi… hehehe
    .-= shaharil´s last blog ..Apabila kita ditimpa musibah… =-.

  7. akaun adverlets saya tak bergerak-gerak dari nilai beberapa sen.. mungkin saya juga tak berusaha untuk menggerakkannya..
    .-= nuaeman´s last blog ..Projek Elektronik Pertama Nuaeman Junior =-.

    1. orang tak normal je tak best…he hehe

      tu bukan duit….tu display only

      yg betul2 belum dapat…tak boleh seronok sgt :mrgreen:

    1. wah! tokey besar datang… jangan lupa proses tau
      ramai yang follow up feedback dari Advertlets

      p/s – saya makcik loh..! 😆

    1. kak jie letak secara aktif tak sampai sebulan, dulu2 ada
      tapi kejap ada kejap tak de
      satu lagi blog kak jie yg visitor 1-2 org tu ..hehehe
      ingat nak pindah semua blog

  8. wow.. bestnyerrrrrrr… 😀
    .-= Sham Hardy´s last blog ..#EarthHour Di Seremban #Malaysia =-.

  9. Betul tu Kak Jie.. kekadang kita kene merasa buat sendiri baru sedap dari ikut bulat2 apa yg org lain kata..
    Tahniah sebab ikut kata hati, dah berbaloi dah..
    Tak sampai sebulan dapat banyak tu yer… hebat 16x
    .-= zoul´s last blog ..Drama dan Filem Paling Meletup =-.

    1. ini pengalaman pertama sebab tu kak jie tak tunggu nak kumpul earning pun
      cecah je syarat – terus cash out
      tengok macam mana dulu
      banyak tu campur baki dulu2…adalah sikit

  10. mmg ramai blogger yg kata Advertlet tak bayar..tp klu kita sendiri tak cuba, manakan nak tahu kanss?? apa2pun, tahniah kpd Kak G pasal dah buat cash out..klu dah dpt cek tu, blhlah hantar KFC/Pizza ke JB…
    .-= Nadri´s last blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.

    1. bukan keutamaan untuk buat blog dapat duit…. jadi kita mencuba dan daptkan pengalaman
      kerugian yang dapat tu anggap saja bukan rezeki, kalaulah…..macam t

      maaf encik…apa yang encik order tiada dalam menu kami..hehehe

  11. Kak Jie ni kira macam maverick gitu.
    Nah ini excerpt dari sajak The Road Not Taken karya Robert Frost 🙂

    I shall be telling this with a sigh
    Somewhere ages and ages hence:
    Two roads diverged in a wood, and I–
    I took the one less traveled by,
    And that has made all the difference.
    .-= GreenLava´s last blog ..Payment pertama Adsense dari Google =-.

    1. a lone dissenter ? uikkk….. kata orang amateurs built the ark , professionals built the titanic….jgn terjunam sudah!

    1. Kak Jie pun tak ada yang klik pun
      sehari paling banyak klik -2 !

      percayalah ….. so banyak dapat dari impressions. rasanya itu lebih selamat dan berbaloi dari klik-klik.

      betul tu..kita tunggu kesudahan drama mendebarkan ini…hehe

    1. bila en. maza nak pasang iklan advertlets dkt blog “Gubuk Kecil Kembara Jalanan”..takkan nak tengok Kak G dpt cek ajer…
      .-= Nadri´s last blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.

  12. Bg saya belum cuba belum tahu.. Jadi kita boleh jadikan pengalaman kak jie sebagai keputusannya.. Good luck kak jie

      1. hehe..best3..moge kak jie terus sukses..

        p/s – pengalaman pertama pastinye mengujakan.. 😛
        .-= hafizmd´s last blog ..Blog ini berehat sebentar.. =-.

  13. hahah kedai mamak banyk bulu ke k.jie…geli gak..nk2 bila tgk dia tebar roti canai..wekk.ss haha 😛 😛
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Best ke ada Blog dan bergelar Blogger:: =-.

      1. hehe..tetiba teringat kat sorang mamak ni..tebar punyer tebar..sampai roti nan yg ditebar tu turut juge berputar di lengannya yg penuh b***… 😯
        .-= hafizmd´s last blog ..Blog ini berehat sebentar.. =-.

  14. perghh kak jie..tak sampai sebulan dah beratus??mantap kak jie..bolehlah belanja nasi ayam penyet kat JB ni..hehe
    .-= wanmus´s last blog ..Apa Orang China Kutuk JOMHosting! =-.

    1. ada yg minta pizza, ada yg request kfc…ada pula yang dah sedia sudu garpu
      rm 100 tu dpt makan roti canai dgn teh tarik je …

      tak sampai sebulan utk blog ini…. blog kak jie yg satu lagi tu dpt le 20-30sen sehari..hehehe

    1. eehhh…. kat tesco ade kedai ‘santai’
      jom…
      kita ni nama je duduk dekat, nk dpt free keluar sekali pun susah

  15. Lagi RM9 nak cecah RM100.. Bulan depan le nampaknya nak cash out advertlets..
    Kalau lepas, itulah kali kedua….

  16. tahniah kak jie… kalau saya letak apa-apa iklan pun…jangan kan seratus…dua puluh ringgitpun macam tunggu bulan jatuh ke riba…:D
    .-= Dd´s last blog …mana satu agama yang terbaik?. =-.

    1. priority masing2 tak sama
      kak jie ni bukan sangat2 berblog untuk duit
      sebab itu asik mencuba itu mencuba ini
      dapat pun sikit2 je

  17. setakat ni saya masih setia dengan nuff yang satu. nak tunggu biar dapat 1st payment dulu. hehe

    1. dgn NN sudah…. 4 angka jugalah
      dgn Advertlets ini kali pertama…. pengalaman pertama yang mendebarkan..hehe

      Innity pun dah cukup, tapi nk kumpul sikit lagi

  18. sy br dpt RM63 kak jie… slalu jugak dgr orang ckp advertlets ni banyak masalah. tp skadar nak mencuba.
    .-= Amir´s last blog ..Derita blog kehabisan bandwidth =-.

    1. Kak Jie tu campur yg lama2….sikit2
      cuma dlm bulan ni je baru letak secara aktif…
      seronok sbb kita melangkah dari satu step ke satu step…dgn debar…dgn terujanya.

    1. hehehe…ambek gambar dah semestinya…. blogger, kan?
      cerita pengalaman pertama yang mendebarkan..hiks!

      itulah.. kak jie ni pula cukuplah anti kedai mamak …sbb bulu tu

  19. masih belum berani untuk berubah..setakat ini gembira dengan apa yang saya dapat..biarlah tak banyak,asalkan saya puas hati..namun, syabas buat kak jie..ramai bloggers di luar sana tertanya-tanya dengan arus perubahan kak jie..betul kata kak jie, kalau tidak mencuba sendiri mana tau kesannya kan?
    .-= eyriqazz´s last blog ..Yang Mana Satu, Pilihan Kalbu… =-.

    1. betul tu… nak guna yang mana pilihan masing2…
      kak jie lain..gile2 sikit
      suka suki je….kejap letak kejap tak letak…

  20. saya pun pasang advertlets sebagai alternate ads. laju memang laju naik earning, tapi macam takde hati sangat je nak mengharap lebih-lebih. kalau dapat bagus la, kalau tak dapat redha je dulu

    tapi pengomen atas tu cakap email josh boleh dapat. haa nanti boleh la saya cuba. hehe
    .-= chokilala´s last blog ..Suasana Pagi Di Rumah Saya =-.

    1. cuba ler tweet dgn @joshlim bgtau prob tdk berbayar lagi tu, aku penah ter-tweet prob nie, dia baca pastu terus dpt email dr team dia, selepas 2 tahun akhirnya dpt gak bayaran yg dinantikan, bank-in terus guna meps…

      cuba jgn tak cuba, mana tau rezeki tu ada utk gadis comel mcm awak…hehe

    2. cubalah email….atau tweet…
      macam kak jie – kalau rezeki, adalah
      kalau tidak – redha saja
      hidup masih indah….hehe

  21. Itu la, baca review org asal adverlets nih bab payment mmg bad reputation. Pepe hal, kak jie update ye nanti.

    1. sebab bad lah kak jie nak menerai ni arin…
      sbb tu juga tak tunggu lama2….cukup je syarat terus cash out
      mgkn pendedahan ini satu cabaran juga utk advertlets

  22. aku suka pasal adverlets ni laju earning 😀 sebab dia guna impression 🙂
    dua blog aku guna adv. satu guna nuff 😀
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Full Circle Isu 35 =-.

    1. sepaT pon sepaT la..keke

      trafik sedap, laju la earning..kalau cam blog aku, jenuh la..sari sekupang,dua kupang..haha
      .-= Azizuan´s last blog ..Contest Magnolia : Makan Aiskrim dan Menang RM 400,000 =-.

  23. sy 2gu respon dr akak ye.. nnt jgn lupe gtau psl advertlets tu.. dye byr ke tk.. tp lambt agi kn nk leh dpt confirmation tu kn..
    .-= Captain´s last blog ..Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam =-.

  24. psstt!! pssst!! saya pernah cuba advertlets.earnings dia mmg laju dari nuffnang.cuma bab payment diorang liat sedikit.bila lebih dari 30-45 hari status payment saya masih tak berubah,saya terus emel ke Josh Lim,dan 2,3 hari lepas tu diorang bayar. Bank-in lagi. tapi kalu blogger cam KakJie ni,mungkin diorang beri lebih perhatian kut sebab Top Blogger 2010 katakan. 😀
    .-= penyubiru´s last blog ..Kesan Iklan Malam Jumaat (MJ) Terhadap Kanak-Kanak =-.

    1. tak sabarnya nak tunggu kesan dramatiknya bayaran dari Advertlets…hehehehe…. keputusan akhir tu yg penting…macam main bola.

      Ramai juga yang tak sabar tunggu keputusan dalam 30-45 hari ini…kita sama-sama kongsi.

      Top Blogger 2010..he he he..mcm kelakar sgt, 2009 pun masih tersilap lagi nak tulis date, tak lepas pun 100 hari

    2. yup memang lambat..sekrang ni pun masih ada payment yg Advertlets belum bayar walapunpun tempoh dah lebih 100 hari 🙂

Comments are closed.