Anda ingin memasarkan produk di internet? Kenapa tidak kerana pengguna internet semakin berkembang dari sehari ke sehari. Mempunyai bisness di internet memberi peluang anda untuk menguruskan urusniaga walau di mana saja anda berada. Sedang bercuti atau di dalam tren Komuter.
Mempunyai sebuah kedai online ( online shop ) yang dapat memasarkan produk dengan mudah dan teratur tentu saja menjadi impian setiap usahawan internet tidak kiranya anda menjalankan bisness menjual tudung , baju , eksesori wanita, handphone, buku atau pun cenderamata.
Untuk menjual produk secara online yang teratur, anda perlu membina sebuah laman web jualan, shopping cart jualan, pemprosesan bayaran melalui internet, ‘search engine optimization’ (SEO), penjanaan trafik ke laman web, pengiklanan dan proses pemasaran itu sendiri. Semua proses-proses ini boleh anda dapati dengan dengan sistem kedai online Niagakit.
Niagakit diuruskan oleh Flarebiz Network dan diasaskan oleh anak muda iaitu Rusdy Ahmad (Bob) , Zhafran dan Adly a.k.a Labanon yang juga pengasas Majalah IM
Antara ciri menarik yang ditawarkan melalui Niagakit adalah rekabentuk ringkas, kemas dan profesional dengan 10 warna tema pilihan untuk paparan memikat kedia online anda. Rekabentuk ini disokong oleh paparan produk secara list view ataupun grid view. List view adalah untuk paparan ringkas dan padat manakala grid view adalah paparan beserta penerangan produk dan lebih istimewa tiada limit list.
Niagakit dibangunkan oleh usahawan internet kerana mereka lebih memahami kehendak pasaran online dan sistem kedai online Niagakit mengutamakan pembayaran melalui bank tempatan seperti MayBank2u, CIMB Clicks dan sebagainya selain dari PayPal dan juga kad kredit.
Facebook merupakan laman sosial terpopular di Malaysia dengan hampir 50% daripada jumlah pengguna aktif internet di Malaysia dan Niagakit 2.0 diintegrasikan dengan beberapa laman web social seperti facebook Digg atau Myspace untuk memberi anda kesan maksimum.
Masih ragu-ragu?
Cubalah Demo Niagakit di – demoniagakit.com
Username: admin
Password: demoniagakit
Ambil masa anda untuk melawat beberapa kedai online yang semakin berkembang bisness mereka setelah menggunakan sistem kedai online Niagakit di laman Pengguna Niagakit.
Anda boleh semak dan beli senarai pakej yang ditawarkan mengikut kadar kemampuan bisness anda sendiri di laman Maklumat Pakej.
Sekiranya anda memerlukan khidmat sokongan atau inginkan maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan team Flarebiz Network di [sini] . Pelaburan anda dengan Niagakit adalah permulaan untuk melihat bisness online anda berkembang dan menghasilkan pendapatan yang berlipat ganda.
😀
Saya sendiri pernah tergerak hati untuk mencuba sistem kitniaga ni. Namun bayarannya di luar kemampuan. Memang nampak smart sistem ni berbanding sistem kedai online yang lain.
cubalah kedai demo…memang mudah sangat
mungkin boleh dicuba lain kali
Memang best sistem Niagakit ni.
Insyaallah kalau ada duit lebih nanti, memang nak invest beli CMS ni.
Nice review! Hehe 🙂
.-= Syuxx´s last blog ..I want to have my own online shop =-.
review kak jie biasa je..tak pandai sgt
bukan bidang kak jie…kutip2 info je…
moga berjaya ye …
kak jie try la buat kedai online ni… 😀
.-= Amir´s last blog ..Derita blog kehabisan bandwidth =-.
kak jie tak de apa nak dijual…
Memang not bad lar. 😀 Nak cuba kalau ada duit dan time extra untuk invest.
.-= tekkaus´s last blog ..Peri-fying Earth Hour Dinner At Nandos! =-.
Jangan lupa bagi tau kita orang..sharing ye
Wow, anak muda malaysia yang buat. Bangga :), lepas ni senang la ibu ibu kat rumah nak menjual barang2 tak payah pegi jumpa customer.
.-= Afiq´s last blog ..How to train a dragon =-.
Betul..betul…jual periuk belanga, jual tudung bawal, jubah..segala benda boleh jual
Bagus ni boleh membantu teman-teman yg nak buat biz online. Alhamdulillah usaha saya dalam biz online ni memang ber baloi-baloi. Dah beribu pasang stokin wudhu terjual di Malaysia. Syukur rezeki dari Allah.
.-= denaihati´s last blog ..2010 FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIAN GRAND PRIX =-.
Sistem dalam Bahasa Malaysia, mudah nak uruskan.
Cubalah Kedai Demo..memang dashboard WordPress
nanti nak berniaga jugaklah..jual budu online ke..ok tak kak jie?
😆
.-= chekgu naman´s last blog ..Beli, belah dan Earth Hour =-.
Boleh..benda2 yang dalam bentuk fizikal.
Jangan lupa jual belacan….kak jie pernah cari belacan online 😆
hehe… pesaing ketat nie…
harap2 berjaya… =P
.-= menteil´s last blog ..Kasim dan Karipap Nenas =-.
nape tak letak link affiliate.. mana tau ada yang berminat..
.-= menteil´s last blog ..Kasim dan Karipap Nenas =-.
Kak Jie tak de….betul
sebab tu tujuan asalnya lain… he he he
bukanlah menteil..kak jie jarang sgt masuk kontest….tapi yang ni Labanon hntr email….sesekali tolong kawan, kan… menang tak menang kemudian