Blog Autopilot – Entri Ini Untuk Awak
Blogger

Blog Autopilot – Entri Ini Untuk Awak

Edit :  1/2/2013 – Kes ini dah selesai, Google telah pun mengambil tindakan, baca di sini – Tindakan Google Mengenai Kes Blog Autopilot

Hai awak, Salam perkenalan.

Rss Feed

Amboiiii awak, nak cari duit melalui blog tetapi nak goyang kaki tak mau goyang tangan menaip entri.   Bubuh iklan Nuffnang atas bawah tiap penjuru dengan harapan duit masuk bergolek-golek dan  cepat kaya raya dengan cara mudah .  Guru awak ajar buat blog boleh cari duit tapi dia lupa nak ajar etika dan cara untuk menjadi blogger yang berhemah ye.

Kalau awak nak entri saya, awak suka, copy paste pun saya tak marah tapi bila “sedut  RSS Feed”  macam ini saya tak suka kerana entri bersifat peribadi pun berpindah ke sana.  Agak-agaklah kan.  Dari profile blogger, awak ada 28 blog lain yang serupa.  Mesti income juta-juta lemon , kan.

Ini namanya blog autopilot.  Tak ada kesan ketara pada blog saya,  dia cuma  nak visitor dari search engine saja .  Tak seronok tau awak buat entri saya macam tu.

Bila saya tak suka ,  saya  hantar report kepada Google, Blogger dan Nuffnang.

Nampaknya Nuffnang telah mengambil tindakan kerana hari ini saya lihat iklan tidak lagi keluar di blog tersebut.  Ini bukan kali pertama blog saya disedut RSS Feed, tetapi percayalah,  blog ini tak pernah kekal lama.  Mungkin ditutup oleh pemiliknya kerana sudah kaya raya!

Kalau nak tau tentang Blog Autopilot ni, boleh baca di sini – Sejarah Blog Autopilot

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

76 thoughts on “Blog Autopilot – Entri Ini Untuk Awak

  1. nampaknya kesabaran kita sedang di uji bila mengalami kejadian seperti ini
    yang jelas, terus semangat berbagi dan sukses selalu buat anda 🙂

  2. oh rajin report.. saya perasaan gak ada blog buat camtu.. tp malas nak report..

    ada bagi efek besar ke? kalau ada, mmg rajin la saya nak report dgn org yang suka buat kerja autopilot blog guna RSS feed ni.

  3. wokeyy… dah paham…

    and so inilah namanya blog autopilot yer…

    ekceli blog nis pun nis dpt track satu website yg kumpulkan feed2 dari pelbagai blog utk satu niche yg sama.. lebih kurang gitulah. tak pasti nak marah ke nak suke… hehe

  4. ok sha dah faham cerita ni from head to tail. tadi sha baca dari entry yg terkini. skrg baru baca entry permulaan.. hehe

    dia org ingat dia org pandai sgt tapi akhirnya jatuh tersungkur jua..huhu

  5. kalau kapal terbang tu autopilotnya ok la jugak..membawa ke arah landasan yang benar..

    jenis camni mungkin kita kena panggil autapilot..

  6. kalau saya, org copy entry yang betul2 personal dan memerlukan otak saya untuk fikir, saya marah. kalau curik macam yg general sangat tu, boleh tolak ansur lagi ah.tp yang ini melampau ni. padan muke kene report.kikikiki

  7. blog ni tak datang profit sangat. Siapalah yang nak klik iklan dia. trafik baru 40k. sikit sangat..biar ajelah kakjie. Dia siap bagi kakjie backlink free-free lagi tu..haha..

    budak lagi nih. Biarlah dia..haha..

    dia belum cukup makan cendol lagi tu..

    1. Nuffnang dah suspend akaun dia pun

      Bab lain ..tak ada komen sangat tapi kena report juga dengan Google, nanti takut terlanggar pantang larang tok nenek Google tu.

      Mana ada backlink…. satu je yg kak jie kesan, lepas tu tak ada pun

      1. ada backlink masa gi check semalam. banyak gak. tapi link dari blog jenis macam tu tak kuat jusnya..

        tapi backlink tetap backlink. Tetap ada nilainya.

      1. Google? Blog pakar seo pun dia saja-saja salah ertikan. haha..
        Sebab tu aku kata, jangan ikut sangat telunjuk google nih. kekadang, kena ajar sikit.

  8. Moga entri ni memberi kita satu tauladan dan sempadan dlm arena blogging.
    Terima kasih kak jie berkongsi pengalaman ni..kalau mana2 blogger terkena, adalah tmpat nak rujuk =)

  9. Macammane boleh tau org lain dah sedut RSS feed blog kite?
    Kalau tgok pd gambar tu..ianya masih memaparkan tajuk dan link blog asal, xspt copy & paste yg biasanye memaparkan tajuk asal tapi di blog lain. Bukankah itu kredit buat kite?
    Kalau xperlu ada RSS feed boleh ke dan apa efeknye?
    Dunia blog masih baru buat saya… Maaf kalau ianya soalan2 bodoh di mata anda.

  10. saya masih punya software seperti ini samurai autoblog, boleh punya blog sampai ratusan cukup dengan menuliskan RSS sebuah blog popular, setiap update maka blog kita juga bisa update tapi bisa dihindari dengan proteksi RSS feed dan menyingkat artikel pada RSS feed, lagian takkan kaya orang seperti ini kecuali dia guna domain berbayar dan pakai server yang tangguh, kalau nak kaya dengan blogspot dan pakai autopilot he he mimpilah, hidup diatas jerih payah orang lain pasti kan beroleh balasan

  11. wooo.. tak baik tau bikin curi2 copyright ni.. dosa tau!
    kan dah kena sekeh dgn blogger yg hebat di Tanah Melayu ini.. huhuhu

    uhuk!

  12. Oh pernah kena , kakjie tk suggest pun suruh sy buat report waktu tu .. hihi … tak suka sebab entri peribadi tu je , lain2 tk kisah kan ..

  13. Bila saya tak suka , saya hantar report kepada Google, Blogger dan Nuffnang + @affanruslan

    Saya dah hantar report ke Report alleged copyright infringement: Blogger
    Saya dah repot webspam di Webmaster Tools ,
    Saya juga telah hantar tiket kepada Nuffnang untuk membuat aduan.
    Saya DM @affanruslan

    :p

    1. Blog macam ni tak banyak dpt duit.. Sbb cara dia salah.. Kalau tengok, 90% link die letak ke external link (link ke artikel asal). Google tak suka byk sangat external link. Macam link farm.

      Tapi still kena report gak kat Google sebab:
      1. Nak bagitau Google yang tu bukan blog kita. Nanti takut Google ingat kita yang buat blog tu sbb nak dapat backlink. Cara camni 5 tahun lepas blh lah guna. Haha.
      2. Sbg pengajaran.

      Yang ni stail budak2. Kalau yang grab rss pastu letak nofollow kat suma externalink, pastu spin, lagi sakit hati. Haha

Comments are closed.