Kisah Lesen TV
Peribadi

Kisah Lesen TV

Entri isu Twitter – Lesen TV.

Lesen TV

Inilah rupanya Lesen TV tahun 1999, iaitu tahun terakhir pengutipan lesen televisyen sebelum ianya dimansuhkan sewaktu Belanjawan 2000.  Masa ni saya tinggal menyewa di Bentong.

Dulu TV sangatlah mahal. Saya beli jenama Sharp belas-belas inci harganya RM900 tahun 1991.   Pegawai-pegawai Jabatan Pelesenan Kementerian Penerangan akan membuat pemeriksaan lesen TV dari rumah ke rumah. Selain pengumuman rasmi melalui radio mengenai kawasan yang akan dilawati, khabar orang kerajaan masuk kampung juga tesebar melalui ‘radio karat’ dari mulut ke mulut seluruh penduduk.

Ada pelbagai cerita dan kisah menarik seperti menyorok TV atau menutup pintu rumah seolah-olah tiada berpenghuni.

Tahun 80’an   saya masih di kampung di Baling, Kedah , rumah kami  baru ada TV.  Itu pun pakai bateri untuk kuasa elektrik. Tak pernah beli lesen TV.  Dari jauh dah boleh nampak rombongan orang kerajaan berjalan datang, dah boleh sorok TV di mana-mana ceruk keliling rumah.

Tahun 1997 saya tinggal di Ampang.   Tengah leka membasuh porch depan rumah, sembur air sambil siram pokok bunga, pegawai pemeriksa tercengat depan pagar rumah.

Saya cakap ” tuan pergi kerja”

Dia angguk-angguk dan terus berlalu.

Petangnya bila suami balik kerja, meraung² mengadu… ” abang………… saya ni macam pembantu rumah ke?”

Sekarang ni kita pun bayar juga untuk memonton TV biarpun tidak diwajibkan.  Package Astro paling murah  pun hampir RM 50.

Nota :  Sebelum Astro, ada satu TV  kabel berbayar iaitu  Mega TV .  Saya pun sempat menggunakan Mega TV .

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Kisah Lesen TV

  1. ternyata tv kabel di Malaysia sudah ada sejak dulu ya ? hmm… kalau di Indonesia mungkin berkisar 10 than…

  2. kalau orang muda macam saya ni memang tak sempat dengan perintiwa ni. Mungkin sebab tu mak ayah saya tak pasang tv di rumah.

  3. Mak aii…masih simpan lagi,seumur hidup tak pernah bayar lesen tv.Astro jadi pengutip tak rasmi…GOV…kutip lak dgn astro hehehehe..

  4. Saya masih sempat dengan lesen TV ni..rasanya masa tu masih di sekolah rendah..tapi still ingat..

  5. Memang nostalgia lesen ni. Dah hampir luput dari ingatan, nasib baik Kak Jie ada simpan..hehe

    Tak tahan bila “pembantu rumah” meraung mengadu..hehehe =)

  6. haha tuan pergi kerja .. adeiii .. lawak kakjie , bagus gak kakjie share benda ni , tk pernah tau dulu2 kena ada lesen tv … kecik2 dulu memang tkde tv kat rumah , masa duk asrama dpt tgk la , sekodeng kat rumah ustaz hehe …

  7. hahaha.. meraung2 pembantu rumah tu.. hahaha

    tapi kan kak RM24 tu skrg ni kalau dinilaikan kembali sudah seperti RM50 aje kan kan kan. .uhuk!…

    ppsst: maza di KL pakai antenna tinggi2 aje. ahaks.

  8. “lesen” tv astro adalah lesen yg terkini, orang serah diri merelakan hati menghulur sen tiap2 bulan.
    yang ni tidak ada orang datang cek lesen tapi posmen datang hantar bil 🙂

  9. zaman lesen tv ni saya masih budak tak cukup umur lagi…teringat tv hitam putih yg ada penutup tu.. bila ada racangan best, jiran-jiran yg tak ada tv akan tumpang tonton sama… 😉

  10. haha saya ingat lagi lesen tv ni.. dulu kalau lesen mati siap tutup tv dengan kain semua sorok taknak kasi orang nampak

    1. Betul tu. Klau nampak org pakai baju ala2 kerje gomen gitu, mmg siap tutup habis pintu tingkap..buat2 macam takde orang kat rumah..hhahaha

Comments are closed.