Ketahui Usia Burung Biru Anda
Blog Tutorial

Ketahui Usia Burung Biru Anda

@kujie Tweeting Since: 2007-05-25 23:32:00 (4 years, 10 days)

Sudah lebih 4 tahun saya bertweet. Berkicau seperti burung biru pagi petang siang dan malam. Kadang² sekadar ucapan rasmi separa protokol ‘ Selamat Pagi’ atau  sekadar menyampuk sembang kawan² menambah perisa.

Kebanyakkan masa saya cuma menjadi stalker  mengikuti gossip pantas atau mendapatkan info berita terkini.  Kerap kali juga saya  mendapat pertolongan SOS dengan pantas dan berkesan.  Tak kira bantuan untuk blog atau infomasi lalu lintas jalanraya.

Dalam tempoh 4 tahun, saya telah menyumbang 12,391 tweet. Bukan angka yang boleh dikategorikan seorang pengtweet tegar. Yang sedang-sedang saja….

Semua di dunia ada dua sisi baik dan buruk, gunalah secara baik untuk mendapatkan kebaikan.  Platform tak salah, kesalahan terletak pada diri individu itu sendiri yang menyalahgunakannya.

Untuk check usia akaun Twitter – klik Twitter Grader

nak balik kampung, bila free saya update followers ye…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

45 thoughts on “Ketahui Usia Burung Biru Anda

  1. Burung biru saya setakat ni macam patung mainan aje. Hu!Hu! Tak rajin nak explore lebih.

    Setuju yang semua perkara ada sisi terang dan gelap. Terpulang pada individu untuk menghala ke arah mana.

  2. yes! saya muda lagi 😆

    2008-09-07 23:33:04 (2 years, 9 months, 0 days)

  3. eh.. td nak msk blog ni tersilap taip pulak.. kakjie.com 😆

    smalam patut la sy cari xjumpa sbb kakjie silap tulis kot.. twitter glader.. hehe..

Comments are closed.