Ajarkan Aku Menulis Tajuk Entri
Blog Tutorial

Ajarkan Aku Menulis Tajuk Entri

Dah lama tak menulis entri tutorial atau apa saja mengenai dunia blog.  Tak ada idea baru kerana kebanyakkan tips atau tutor yang saya baca adalah maklumat lama yang disiarkan semula.  Point yang sama .

Semalam saya terima email dari seorang blogger yang bertanya kenapa Denaihati sering merujuk saya dengan dengan pemilihan tajuk entri yang unik dan menulis mengikut aturan SEO.

Sebenarnya, saya sendiri lupa ada pihak yang memerhati dan mengkaji corak penulisan saya.  Apa yang saya tulis hanyalah satu kebiasaan dari rutin selama 7 tahun sebagai seorang blogger.  Eh ! dah 7 tahun… tahun depan dah boleh masuk sekolah!

Mengikut panduan dan cara menulis blog, apa yang tercatat  di entri   Ajarkan Aku Menulis Blog memang saya amalkan, boleh baca point no 1- 12 di SINI .

Sekiranya saya berada di luar daerah atau bercuti , saya akan hasilkan entri ringkas live blogging.  Bila kembali ke work station (desktop), saya akan edit entri tersebut dengan menambah info yang berkaitan.

Hari ini saya hanya nak sentuh bab menulis tajuk entri.  Macam-macam tips yang pernah kita baca mengenai tajuk entri.  Kalau pemain  SEO lagi banyak perkara keyword yang perlu belajar dengan  keyword density tool.  Memandangkan saya bukanlah pemain SEO tegar, cuma menulis entri bercirikan SEO.

Saya pun alami kesukaran seperti blogger lain untuk memilih dua tiga perkataan sebagai tarikan utama. Ramai blogger memilih tajuk bercirikan SEO untuk memikat enjin carian sedangkan saya sebaliknya. Tajuk bercirikan SEO memang penting tetapi jangan lupakan tarikan kepada pembaca setia.

Saya suka menggunakan tajuk entri yang kurang dilihat sehingga menimbulkan minat untuk klik dengan melihat tajuk entri yang terdapat di sidebar list kawan² blogger popular yang lain. Tajuk tersebut secara tidak sedar menarik minat pelawat blog tersebut untuk datang ke blog saya.

bloglist blogger

Mungkin bukan Sharleenz atau Cek Chun yang sendiri datang ke blog saya melalui link di sidebar blog mereka, tetapi pelawat mereka yang berminat setelah melihat .  Pelawat mereka mungkin tidak langsung  mengenali kujie2.com tetapi manusia punya naluri ingin tahu kepada sesuatu yang  tajuk yang catch the eyes!

Contohnya lagi seperti  ohcikgu datang ke blog saya melalui blog Nurmisnan .  Saya sentiasa menyemak  incoming link  ke kujie2.com dan membuat kunjungan balas biarpun  tidak meninggalkan jejak.

 

blog ohcikgu

 

Kalau tajuk entri kita hanya semata-mata kepada SEO, dan tajuknya hampir sama dengan blogger lain, list yang dipaparkan menjadi biasa-biasa saja. Kita tak klik untuk baca benda yang kita dah baca sebelumnya di blog lain.  Itu naluri manusia.

Tetapi… tolong jangan buat tajuk gempaq, tetapi isinya hampeh!

Kita mungkin dapat pelawat yang berduyun-duyun tetapi itu adalah teknik jangka pendek. Jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Sekali dua mungkin pelawat tertarik dengan tajuk memikat tersebut tetapi kalau perkara ini sering berlaku, keterujaan itu menjadi hambar.  Perkara yang kerap berlaku tidak lagi menjadi kejutan.

Tips saya mudah – guna tajuk untuk menarik pembaca ( manusia ) tetapi isi kandungan mengunakan ciri-ciri SEO.  Bukan semua entri perlu mengikut ciri SEO, hanya entri yang kita targetkan sahaja.  Jangan tamak untuk merebut semua, selang seli entri secara simple supaya pembaca melalui pelbagai rentak dan seronok membaca.

 

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Ajarkan Aku Menulis Tajuk Entri

  1. saya sendiri sampai sekarang kurang begitu pandai dalam hal menulis entri blog yang baik dan benar
    terima kasih atas sharingnya

    1. Nice tips
      Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada ‘google index’secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

  2. tajuk yg sama tapi isi kandungan yg berbeza. kemudian bermain dgn sedikit keyword. Google akan index entri kita di muka yg pertama.

    saya pernah melaluinya berkali2.

  3. Saya kenal blog ni dari blog Denaihati juga dulu. Bila baca blog ni memang best, bukan kerana tajuk tapi penulisan. Tak kisah sangat pun tentang tajuk. Tapi tajuk memang memainkan peranan penting juga menarik pelawat.

  4. Dari pengamatan saya Kak Jie memang pandai bermain dgn tajuk,mesti nak klik kalau baca tajuk Kak Jie tulis,seperti ada kuasa ghaib yang suruh klik,walaupun tgh buat benda lain seperti ber fb dll. – ni dekat office tgk wat kerja,check google reader nampak tajuk nih hehehe 🙂

  5. Kak Jie agaknya saya ni blogger syok sendiri kot, tak pernah fikir semua tu. Lepas ni kena praktikkan tip dari Kak Jie.

    Lama tak singgah sini.

  6. saya first time rujuk laman blog awak nie, saya dapati teknik awak menerangkan pada saya amat jelas, saya akan cuba buat perubahan pada tajuk blog saya nanti untuk nampak uniq 🙂 nak buat exchangelink boleh?

  7. Selalu juga terkena dgn Tajuk yg gempak tapi isinya hampeh..semuanya gara2 gilakan trafik sehingga mengabaikan kualiti entri..

  8. satu perkataan

    ”terbaeeeekkk”

    Dulu saya cari lirik lagu siapa nama, kena kat blog kak jie..padahal tajuk pasal langsir ke apa entah..haha

    Masa tu tak tahu kak jie ni blogger ‘mak cik’ yang hebat disegani ramai..;)

  9. Tips daripada blogger yang dah lama memang boleh dijadikan panduan. Saya bab tajuk ni kadang2 memang tak tau nak letak apa. Main redah je tulis tajuk ni. Hehe.

  10. mungkin isi entri lebih kurang dgn yg lain, tp tajuk entri akan memainkan peranan penting utk menarik pembaca..nice tips kak jie!:-)

  11. tajuk yang sama kebanyakkan blogger tulis boleh dipanggil title blindness. % orang nak klik lebih rendah kerana orang sudah tahu isinya secara general.

  12. tak tau jugak nak buat tajuk yang bagus .. Main redah je tulis tajuk & tulis entri selama ni.. Kene belajar sangat banyak banyak lagi ni 🙂

  13. saya paling bermasalah nak pilih tajuk. hahaha banyak perkara nak ditulis. tapi semua terperok dalam draft. sebab tadek tajuk yang bersesuaian. lepas tu… bila dah lama peram.. entri dah basi. simpan macam tu je. lepas tu delete. malangnye. hahaha

  14. Pertama kali berkenalan dengan blog kak jie, satu perkara yang buat saya tertarik untuk terus singgah adalah disebabkan penulisan kak jie, waktu tu tak ambil kisah sangat pasal tajuk… 😀

Comments are closed.