Salahkan Google Translate Kalau Kita Kena Pindah Ke Planet Lain
Wordless Wednesday

Salahkan Google Translate Kalau Kita Kena Pindah Ke Planet Lain

edit :  4.00 ptg 11/01/2012 – sighboard ini telah tiada!  Mungkin sudah ada pembeli…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Salahkan Google Translate Kalau Kita Kena Pindah Ke Planet Lain

  1. mungkin jugak signboard ni dibuat tanpa bantuan google translate..

    dalam istilah civil engineering, kebiasaannya tanah akan diistilahkan sebagai earth.
    Contohnya: back filling with earth, bermaksud dikambus semula dengan tanah..

    signboard ni mungkin menunjukkan ada tanah yg sesuai untuk dijual bagi kerja-kerja tanah rasanya..

    so earth yang dimaksudkan pada signboard ni bukan lah bumi rasanya
    jadi janganla cepat melatah pulak bila nampak earth for sale signboard ye 🙂
    Jom terjah post menarik dari Blog Aku Tulis ..Aku Tulis : Hidung Berlari-lari AnakMy Profile

    1. Terimakasih komen panjang lebar…. ini entri wordless wednesday
      hanya gambar dan masing2 ada pemahaman tersendiri.

      sebagai isteri juru ukur tanah, kak jie mmg faham beza ‘land for sale’ dan ‘earth for sale’
      dah banyak kali sebenarnya jumpa benda ni….

      mengenai ‘salahkan google translate’ ini adalah metafora kepada isu paling lawak tahap ROFL ( ketawa berguling-guling di atas lantai ) mengenai isu Kem Pertahanan yg menggeluarkan statement menyalahkan Google Translate apabila satu terbitan mengenai Etika Berpakaian yang terdapat di laman web rasmi mereka menjadi bahan ketawa warga siber.

      Terjemahan BI baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang menjadi collared shirts and tight Malay civet berbutang three

      atau baju batik lengan panjang berkolar / cekak musang buatan Malaysia pula diterjemahkan sebagai long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Prinsip Tekanan Tanpa TekananMy Profile

    1. Dia tak tulis Land for Sale sebab dia bukan nak jual sebidang tanah, ni tanah yg di jual per lori tu… ada yg tulis Top Soil For Sale

  2. wakakakaka.. sampai terbatuk terbahak2 maza dibuatnya..
    hampir terguling ke tanah dari tingkat empat nan tinggi mencecah pucuk nipah.. hahahhaaha

  3. Itulah kalau guna google translate betul betul… sentiasa semak balik… dia bukan translate base ayat. kebanyakkan translate based on perkataan satu satu…

    pelik bila kementerian pon pakai google translate… paling lawak, baju menjolok mata jadi clothes that poke eye… argh… my eye was poked by that clothes…hahahah nampak admin tu pemalas nak wat keje…
    Jom terjah post menarik dari norzikri ..Bicara Hadis – Bidaah, mengada-adakan yang tiadaMy Profile

  4. kakzie,

    kebetulan saya baru ja buat lawak dgn Azni weekend lepas, masa lalu kt iklan mcm tu kt Serendah …

    Earth for Sale… get moon for free….hehehehe…

    but to get the moon lite you have to buy the sun….

    cheers….

  5. Kuala Lumpur – Seorang pemilik menyalahkan Google Translate kerana tersalah terjemah perkataan “tanah untuk dijual” kepada Earth for sale sebagai iklannya yang disiarkan di sebuah blog, kujie2.com.

    Ya saya amat malu dengan perkara itu kerana saya mempercayai Google adalah hebat.

    ps.
    google: tanah untuk dijual -> 地土出售 -> The land for sale

    bing: 地土出售 -> Land for sale

    yahoo: 地土出售 -> farmland sell

    tak tahu la kalau baidu ada translator kan.
    Jom terjah post menarik dari syafiq_lomotech ..Percuma, Salah, SalahkanMy Profile

    1. terimakasih kerana sudi singgah.

      entri ini perlu dibaca dengan kes Kementerian Pertahanan Salahkan Google Translate Mengenai Kesilapan Terjemahan Bahasa Inggeris

      ini edisi Wordless Wednesday tanpa kata…masing2 faham sendiri

    1. mula mula isu ni timbul kak jie baca kt twitter – 6/1
      sempatlah juga tengok laman web tersebut sebelum ditarik balik

      sempatlah tengok collared shirts and tight Malay civet berbutang three atau ayat ‘clothes that poke eye

      jadi bahan lawak kt twitter….semalam kementerian pertahanan dah buat sidang media tarik balik dan salahkan Google Translate.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Permohonan UPU Fasa 2 Untuk SPM 2011My Profile

    1. ikut google translate = bumi
      jadi perdebatan kami anak beranak pula dlm kereta bila menterjemah iklan ini

      earth yg dimaksudkan tu soil kot yg dijual ikut lori

      kalau land biasanya merujuk kepada tanah sebidang/lot

      1. betul tu kak Kujie, earth yang dimaksudkan tu adalah soil (tanah)
        kerja-kerja infra biasa istilahkan soil sebagai earth..
        cth: back filling with good earth
        : to excavate earth up to 2 metres depth

        dan banyak lagi, boleh refer pada mereka yg biasa terlibat dala kerja-kerja infra seperti civil engineer/ QS dan sebagainya
        Jom terjah post menarik dari Blog Aku Tulis ..Aku Tulis : Hidung Berlari-lari AnakMy Profile

Comments are closed.