Permohonan UPU Fasa 2 Untuk SPM 2011
Pengetahuan Am

Permohonan UPU Fasa 2 Untuk SPM 2011

 

EDIT 11/12/2013 – NO PIN UPU BSN untuk SPM 2013 memasuki IPTA 2014/2015 akan dijual pada bulan Januari 2014. Sistem permohonan online UPU juga dijangka dibuka pada 22 Januari 2014 ( sumber FB).

 

 

 

 

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Fasa 2 Lepasan SPM 2011 telah dibuka bermula hari ini 9/01/2012 sehingga 02/04/2012.  Tarikh akhir penghantaran semua dokuman adalah pada 19/04/2012.   Ingat ye anak-anak tarikh penting ini.

 

 

permohonan upu fasa 2 lepasan spm 2011

Sebelum membuat permohonan online, pergi ke BSN ( Bank Simpanan Nasional) dan beli NO PIN UPU RM 10.60 yang dipanggil NO UNIK ID.

Contoh No Unik ID dari BSN

Balik dari BSN, buka laman web http://upu.mohe.gov.my/

 

Sila guna browser Mozilla Firefox ye anak-anak, kalau guna Internet Explorer, ruangan No Unik ID tak nampak ( tidak kelihatan )

Isi semua dokumen yang dikehendaki dan jangan lupa buat semakan.

Calon yang telah mengemukakan permohonan pada Fasa 1 WAJIB mengemukakan PERMOHONAN FASA 2. Calon yang telah LUPA KATA LALUAN yang telah diisi semasa Fasa 1 boleh mengisi kata laluan baru di menu PERMOHONAN .

Kalau dapat message ” Query SQL Update Maklumat FINSPM tidak dapat dilakukan bla bla bla..You have an error in your SQL syntax; ……  membebel macam mak nenek tu “ cuba sekali lagi kerana kemungkinan berlaku kesesakan pada  sistem.

Saya buat semakan untuk Angah, dan sistem menyatakan Anda belum memohon. Sila klik pautan PERMOHONAN.

Pelik pula sebab dia cakap dah buat permohonan menggunakan komputer di MRSM lama dulu. Nasib baik boleh buat permohonan fasa 2, bolehlah memohon semula.

Mana salah mana silap pun saya dah malas nak fikir. Yang lepas, lepas… esok kena ke BSN lagi.

Edit:

Patutlah tak ada dalam sistem, saya baca info dari facebook upu

No Unik ID yang dibeli sebelum 7/11/2011 secara pukal oleh cikgu/kaunselor sekolah adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM10.60 atau menghubungi kami di 03-8870 6755/6766/6767/6777 untuk bantuan lanjut. -UPU-

Salah? Nasib baik saya mak yang celik IT, ada akaun Facebook boleh cari info sana sini, mak mak lain macam manalah  agaknya.

Jika anda boleh login ke sistem permohonan bermakna no. tersebut adalah betul . Jika salah anda boleh beli yang baru ataupun boleh hubungi UPU untuk mendapatkan no. yang betul (PERCUMA)

Tak pasal-pasal saya membebel marahkan Angah. Rupa-rupanya bukan dia tak daftar waktu Fasa 1, tetapi adalah masalah dengan pendaftaran sebelumnya.

Angah… i’m sorry ye!

No tel UPU –  03-8870 6755 /6766/6767/6777

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

39 thoughts on “Permohonan UPU Fasa 2 Untuk SPM 2011

  1. Salam..kalau mcm sy lepasan spm 2013..dah isi fasa 1..ingat nak update lepas result..tp terlupa kata laluan lah..mcm mana ye?..mohon pencerahan…

  2. Selamat sejahtera cikgu.. saya baru sahaja mengisi upu untk stpm .. saya telah mensahkannya selama 3x.. adakah saya masih boleh mengemaskini maklumat di dalamnya kerana saya belum lagi mengisi keputusan stpm saya.. disebabkan keputusan stpm penuh saya belum dikeluarkan.. selepas mensahkan sebanyak 3x baru saya tahu hanya 3x sahaja blh dikemaskini.. apa yg perlu saya buat? Saya memerlukan bantuan..

  3. Kak jie. Hi kak jie. Haritu geo apply upu kan, pastu geo tekan save kat maklumat peribadi tu. Then when geo nak isi maklumat pemilihan ipta/kursus tu, keluar plak benda camni “query sql… blablabla.. maklumat tidak dpt dihantar” pastu geo remove page tu and geo cuba mohon skali lagi. Geo tekan “PERMOHONAN”, bila geo mohon semula (guna password yg sama) maklumat yg geo dah isi sebelum error tu terjadi dah ada kat dalam dah. Soalannya, adakah itu dikira KEMASKINI? Tapi geo xde tekan kemaskini. Geo mohon semula je. Harap dpt membantu

  4. salam kak jie,nak tanya..boleh tak nak memohon semula upu fasa 1 2013 untuk program degree intake september,kalau GB kat ipta sebelum nie?terima kasih 😀

  5. bagaimana lau dah beli no pin… tp result belum lagi kuar.. perlu isi permohonan ka dulu atau nanti dpt result baru isi??

  6. salam . sy nk update upu fasa 2. tp xtahu nk search web ape sbb x keluar pn ape yg sy cari. ntah2 tarikh utk update dah dtutup x ?? :_(

      1. sy terlewat mbeli pin upu.ada cara lain utk mndptkannya?dan mcm mne nak isi borang upu?

  7. nk tnya..sy lepasan spm 2003,result agak mengecewakan..then sy amik spm 2011 persendirian..sy mohon upu gune result spm 2011..tp nape sy xleh msuk untuk kategori a??da cube beberapa kali,tapi tetap xleh msuk..nape ye..??

  8. sy nk tye skit mngenai prmhonan sy,sy kategori B lpsn spm 2010,sy semak prmhonan sy tp nmenya dh brtukar kpd nme org lain,mngkin ini dsbbkn sy trsalah edit,tp nbe IC sy btol,yg lain leh edit tp nme je yg x leh,apa yg hrus sy lakukan utk mnukar kpd nme sy kmbali.
    Hrp dpt membantu …

  9. Tarikh akhir penghantaran semua dokumen,2 apa erk..?
    Nk antar dkmen kt dorg ke?dkmen ape..?(help me…)

  10. Sekarang mudah benar nak apply apa-apa pun.. semua guna internet. Alahai.. Kesian warga luar bandar yang lambat terima info.. Adik-adik yang nak sambung belajar tu.. belajar elok2 yer.. 🙂 Cuma UPU perlu perbaiki sistem sedia ada, kadang-kadang nak masuk main page pun berjam-jam.
    Jom terjah post menarik dari JT ..Cara Kemaskini Status FB Terus Dari Google PlusMy Profile

  11. tahun lepas isikan untuk aidik sepupu…dua tiga kali makcik pergi bsn asyik salah borng tawaran nak isi…last sayalah yang daftarkan online…zaman saya masih guna buku lagi…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Drama Roy Leh Sanae RaiMy Profile

  12. hope diorang yang isi form nih baca betul-betul dan isi betul-betul, pastikan takde kesalahan masa isi form. mudah-mudahan diorang berjaya.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Ego Seorang ManusiaMy Profile

  13. npe time nk mohon upu xde lak tlis no.ID..bla nk g sterusnya ckp DATA RALAT..
    x isi no.ID tp kt situ xde lak tlis..

      1. Meh saya tolong translate kan..hehe..

        “Kenapa time nak mohon UPU tak ada pula tulis no ID..bila nak pergi seterusnya cakap DATA RALAT..Tak isi no ID tapi kat situ tak ada pula tulis..”

        eh tapi kenapa bila saya dah translate, saya sendiri tak paham apa yang cuba ditanyakan ni? huhu…
        Jom terjah post menarik dari bardboo ..Pavlova Pertamaku!My Profile

    1. Dah faham dah maksudnya…. kat bawah laman web tu dia tulis , sila guna Mozilla Firefox
      kalau guna Internet Explorer memang bahagian untuk isikan No Unik Id tak ada ( tak nampak )
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Suri Tak Lekat Dok RumahMy Profile

  14. Sila buat permohonan segera ye anak-anak. Jangan last minute baru nak buat permohonan. Nampak tarikh tutup memang lama lagi. Tapi kalau buat cepat kan lagi baik..

Comments are closed.