Sambal Tempe Kering Jawa Sedap
Resepi

Sambal Tempe Kering Jawa Sedap

cuaca kabus
Simpang Tmn Cempaka, Serendah

Hari ni sepanjang hari cuaca mendung dan hujan.  Kawasan kami yang dikelilingi bukit bukau , cuacanya berkabus.

Sejuk-sejuk macam ni, selain tidur, aktiviti mengunyah sangatlah serasi dan seirama.

sambal tempe jawa
sambal tempe jawa

Buka balang kuih, makan sebalang sambal tempe kering.  Suwi tenan orak mangan sambel  iki

Bahan sambal tempe kering ini adalah kacang tanah, tempe, ikan bilis dan kentang yang disiro seng cili. Ditambah gula dan garam sebagai pelengkap rasa.

Resepi Sambal Tempe dan Cara Memasak ( coro arek ngawe )

  • Tempe di potong nipis
  • Kentang dipotong nipis memanjang
  • Kacang tanah
  • Iwak ( ikan)  bilis

# semua bahan diatas digoreng berasingan dan ditos.

  • Tumis bawang putih, apabila terbit bau masukkan cili giling,  Orak patek tahan pedes.. cilinya sitik wae
  • Masukkan gula, uyah (garam ) dan air asam jawa secukup rasa….karepmu lah
  • Bila dah cukup masak, masukkan bahan yang digoreng tadi.  Gaul mesra

Siap….! madang karo kue wae…. orak kilingan karo mertuona.

Ada lagi jenis masakan jawa lain iaitu sambal goreng tempe yang berkuah dan gunakan santan, kacang buncis, foo chuk ( tauhu kering ), soo hun, kentang dan biasanya diletakkan udang.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Sambal Tempe Kering Jawa Sedap

  1. Surprise ni, Kak Jie bisa berbahasa Jawa. Trims atas resep sambal tempe kering-nya
    Sukses selalu buat Kak Jie 🙂

  2. fuh…ni feveret ni tp jarang jumpe yg betul2 kena ngn anak2 tekak ni…hehe

    nasib baik kak jie tak tulis jawa sampai ke habis…kalau tak…nayalah saya tak faham =)

  3. keluarga mertua PM orang Jawa , kini masakan orang Jawa sudah sebati dengan diri PM…hehe

    tapi apabila mereka saling berborak , satu patah perkataan pun PM tak faham…hehe

  4. ok.. tak paham korang cakap apa.. agak2 je maksudnye.. 😀
    abah mertua ada ajar beberapa perkataan bahasa jawa tapi dah lupa.. hihi

    nampak sedap je sambal tempe ni. Nak try buat la..

  5. taun iki orak sempet arek ngawe sambel goreng koyo iki.. wes kesel masak seng lain…
    wakaka!! terbelit2 jari nak menaip dialog jawa..

  6. nak juga asah skil javanes aku lah,
    Mangan tempe goreng karo cendol enak tenan, Neh – neh anek wong seng belonjo lagilah wei,nak.
    Hahaha “ok opo ora jowo ngencret aku”

  7. teringat sambal tahun .. nak minta wife buat lah .. memang sedap. jgn lupa buat entri sambal tahun kat sini kalau blog DH buat macam kelakar pulak … tapi blog denai.my boleh rasanya.

  8. enak eh mangan sambal iki..
    nek mangan nang ngarap tv wes rak kilingan sopo..

    mangan turu..mangan turu waei….hehe..

  9. Semalam gi mydin cari bahan-bahan untuk sambal goreng tempe yang biasa, nampaknya harini nak kena gi tambah bahan untuk resepi ni pula…

  10. Suwi tenan orak mangan sambel iki (dah lama tak makan sambal ini)

    Balik kampung seronok betuk dengar embah bersembang dengan saudara mara cakap Jawa (boleh faham sitik-sitik tapi orak iso ngomong).

    Kena tunggu tahun depan balik baru boleh makan puas-puas :/

Comments are closed.