Sebenarnya dah lama perasan Pavlova ini agak ‘in‘ sekarang. Sama naik kepopularitinya selepas macaron. Apalagi bila Makcik Yan tu selalu saja up entri mengenai pavlova. Nampak sedap berjejer-jejer air liur bila nengoknya.
Pertama kali saya merasa kesedapan pavlova waktu lunch di #msmw 2011 di PWTC tempoh hari.
Awal minggu ini saya dapat panggilan dari Kolej Komuniti mengenai kelas masakan yang akan diadakan sepanjang bulan Mac. Salah satu menu pada minggu ini adalah Kek Pavlova iaitu sejenis kek meringue yang diperbuat daripada putih telur dan gula halus. Tekstur pavlova ringan dan rangup dibahagian luar.
Pavlova menggunakan bahan utama putih telur dan gula halus yang dipukul . Mula² pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’.
Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi,, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan.
Terus putar sehingga adunan menjadi putih berkilat. Antara tanda adunan telah menjadi marigue ialah apabila diangkat, terdapat hujung yang bertanduk tajam.
Masukkan esen vanila dan di pukul sampai sebati. Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala. Kalau tak jatuh, itu tandanya adunna betul² telah menjadi marigue.
Masukkan tepung jagung dan cuka, gaul dengan spatula. Jangan diketuk-ketuk adunan tersebut. Biarkan dia naik secara semulajadi.
Lukis satu bulatan di atas kertas minyak ( parchment paper ) dengan menggunakan tin kek bersaiz 7 inci. Tuang adunan di atasnya, bentukkan bulat mengikut garisan yang dilukis sebagai panduan. Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi dari bahagian tengah.
Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 150°C . Bakar sejam ( 60 minit ) dengan api atas dan bawah.
Tips
- Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
- Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
- Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air
Sementara menunggu , kita buat bahagian topping pavlova. Putar 240ml atau 1 cawan whipping cream bersama esen vanilla sehingga kembang dan berkilat. Kami gunakan non diary tanpa gula. Boleh masukkan gula jika mahu tetapi untuk kesihatan , kurangkan gula.
Topping ini boleh disimpan di dalam bahagian beku , keluarkan apabila mahu menggunakannya.
Bila kek pavlova dah masak, buka pintu ketukar dan biarkan kek sejuk di dalam ketuhar.
Keluarkan untuk disapu topping dan hias mengikut citarasa. Cuba buat carian google untuk mendapatkan idea menghias.
Bahan untuk resepi Pavlova
- 4 biji putih telur
- ½ cawan pula kastor
- ½ sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh cuka masakan
- ½ sudu besar tepung jagung
Topping / hiasan
- 1 cawan ( 240 ml ) whipping cream
- ½ sudu teh esen vanila
- 1½ sudu besar gula halus ( pilihan )
Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel
Senang aje kan resepi ini. Cuma perlu mencari buah² segar untuk hiasan . Boleh gunakan strawberry atau segala jenis berry, kivi atau pun buah peach. Pastikan buah yang telah dicuci ini dikeringkan sebelum menghias atau hias bila nak makan.
Hari ini kami belajar kek cokelat blueberry dan kek pavlova. Kosnya hanya RM 20 termasuk kek yang dibahagian dengan ahli kumpulan ( 4 orang ) dan dibawa balik. Sangat-sangat berbaloi. Terimakasih Cikgu Syerie!
Semak jadual kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti di sini – Pembelajaran Sepanjang Hayat atau hubungi kolej komuniti terdekat untuk mendapatkan program yang ditawarkan.
Kolej Komuniti terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek.
Esok dan lusa saya ada kelas pembuatan cokelat.
Kak Jie plis reply
Kenapa kek pavlova menjadi nipis???
Kenapa
tk boleh guna ‘mixer’ semasa masukkan
tepung jagung, esen vanila, dan cuka
Terbaikk…..
nak try la bt..
nmpk cam sedap…
Jom terjah post menarik dari du ..Learn These Menopause Symptoms And What You Can Do To Relieve Them
beshnye…nk try la!!
beshnye…nak try la..
pndainya akak masak…:-)
Jom terjah post menarik dari rzillah ari ..OREO CHEESE CAKE dessert maniac
saya dah try… ternyata.. amat sedap…. tq kerana berkongsi resepi
seronok baca komen org kata buat menjadi… thx kak kongsi teknik….. lama dah x buka kelas buat kek.. rindunya..
mudah sekali caranya
terima kasih atas resep ini
Jom terjah post menarik dari Rina ..List of Best Free Email Service Providers
Ni buat secara gotong royong ke ni kak jie?hehe
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Pendapatan Ke 12 Dari Jobdirumah
“Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala. Kalau tak jatuh, itu tandanya adunan betul² telah menjadi marigue.”.. Eerrrkkk..betul ke kena telangkup atas kepala utk tujuan pengesahan?
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Roti Jenama Gardenia Tiada Di Sabah Dan Sarawak
kalau yakin dah menjadi..tak perlu tapi masa jelas memasak hari tu kami semua buat…nak membuktukan apa yg cikgu cakap tu betul
dah tweet dah dah share resepi pavlova ni. ada kawan nak buat belum jadi2. hehe
Jom terjah post menarik dari izwanyusof ..Rekabentuk Mekanikal Projek Tahun Akhir
ini rupanya pavlova… yg favorite penjaga gol no-1 malaysia…
Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Revolusi IRAQ
Pernah buat sekali, dan takkan jemu untuk buat lagi dan lagi 😀
Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Pencapaian terbaik sepanjang 2012
dah terliur tengok resepi ni…kena cuba lah..tapi banyak pantang larang nak buat yer..hihihi…confirm pavlova cikgu jadi pamolive.. 😀
Jom terjah post menarik dari dzuandiey ..Best Tak Dapat CPUV Nuffnang?
salam kak.
1st time tahu kek ni masa tengok citer Master Chef malaysia. nampak macam kuih gula hangus je
Jom terjah post menarik dari Ziela KC ..Viscose Cotton Warna Putih Polkadot (A081201)
mm sdapnye..ok t nk wat..
Jom terjah post menarik dari primabawal ..Asal Usul Nama Tudung Bawal
banyak karnival jual benda alah ni.
cam mahal je,tak beli.
takpe,saya RT je. kot akan datang leh buat. oh,orang rumah buatkan ke nanti.
hahahaha
Jom terjah post menarik dari Izwan ..Mudahnya Menjemput Rezeki Allah, Kita Perlu Usaha!
seng nyer resepi..buat lg berbaloi dr beli.hehehehe
kak jie..!
tak sabar dayah nak cuba..hehe..
minta reply nanti ya. tkasih
sedapnya…. resepi pavlova nie kena tunjuk kat kawan nie.. kawan 2 reti masak 🙂
Jom terjah post menarik dari TopiJerami90 ..Irma Hasmie Bertunang 27 Mac 2012
Terima kasih akak.. .. pada yang lain2 tu.. jom lah visit page kursus pendek kolej komuniti hulu selangor… Masih ada pelbagai kursus yang ditawarkan dengan yuran serendah RM 20 sahaja. Rebutlah peluang ini….
memang sedapppp
Jom terjah post menarik dari aleen ..Pak Long Din: Kelebihan Ber"Zikir"…
Huh.nampak dah sedap.x makan lagik tuh.hehe
Jom terjah post menarik dari budakserius ..Bra Paling Mahal Di Dunia
Ringkasnye. Ingat ada tepung penaik segala bagai.
Bolehlah dicuba ngn isteri nanti… =)
p.s-tp tak nak letak bekas adunan marigue atas kepala…naya jer nanti…hehehhe
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Tetamu Maya Terbaik Februari
Hmm.. sedapnya sampai kemari
Boleh di coba nie resep pavlova-nya…
Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mengatasi Duplicate Meta Description, Short Description dan Long Description
sng aje resepinye ye kak jie, tp kena teknik yg betul2 …
kak jie, gundah gulana sikit ni…nk tanye soklan pasal adsense kat akk..buleh?
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Wordless Wednesday #29: Saya dan the Lorax
tak pernah terlibat dgn adsense, jadi soalan tu silalah tanya org lain
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Guna GetClicky Pun Dapat Duit
sedap nih, tapi saya belum rajin lagi nak buat pavlova. cara mcm lbh kurang pembuatan macaron je, kena lukis bulat2.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Doorgift Perkahwinan Yang Berbaloi
kak…ringkas jak plak dia punya resepi ni…
memang ringkas pun, tak de tepung gandum ke, tepung naik sendiri
asasnya putih telur dan gula , rasa dia mcm marshmallow
yang membezakan bahan yg kita guna, kualiti bahan tersebut dan cara hiasan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kursus Asas Pembuatan Cokelat
Tak pernah tahu pun namanya Pavlova ni kira ilmu baru selalunya makan je.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Pengsan Terkulai Tidak Bermaya
sebut betul betul…. pavlova. ada org tulis ringkas2 pav
dedulu dok tanya juga budak2 yg menyebut teringin pav pav
tanya kt twitter apa benda , rupa inilah pavlova
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kursus Asas Pembuatan Cokelat
Ketika menetap di Sg. Besar, ibu saya aktif mengikuti aktivit memasak yang di anjurkan oleh Kemas. Ada sahaja hasil masakan yang dibawa balik setiap kali lepas menghadiri kelas masakan.
Sedap makan Pavlova ini ketika menonton drama Korea. 🙂
Saya segan nak cakap..Sebenarnya kak jie saya tak tau pavlova tu apa..hehe
Selepas baca entri ni baru saya tau..dan yang pasti,memang nampak sedap.. =)
Jom terjah post menarik dari Pejuang Kesenian Extreme ..Surat Tun Dr Mahathir Kepada PM Israel
haha.. bukan sahaja NAMPAK sedap, rasanya sedap jugak tau!
Assalamualaikum,
Lagi sedap kalau Kak Jie masak lagi, kemudian ajak kita reramai makan kan? kan? kan?
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Malaysia Bakal Muflis?
korang bawa bahan…hehehe
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kursus Asas Pembuatan Cokelat
haaa…kak jie dah bagi lampu hijau tu…. =)
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Tetamu Maya Terbaik Februari
Jom reramai kita terjah….saya bawak esen vanila, hafizmd bawak tepung ek 😉
Jom terjah post menarik dari Anyss ..3 Ambulans Terperangkap dalam Kesesakan
nakkkkk..tak sangka simple je bahan2 pavlova…
Jom terjah post menarik dari wanG ..JACQUARD 3 LAPIS PELANGI CRISTAL-DTLCJ350
Kek Pavlova ni sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap sangat… tambah pulak skill memasak mama.. terbaek.. tapi Intan dah ngap sebahagian besar kek tu… dapat makan sepotong kecik je…
selama ni ingatkan nak buat pavlova guna bahan pelik-pelik..yela buat kek kan banyak pantang larangnya dan kena selalu buat baru jadi..kalau tanya org asyik la suruh guna produk yg mahal & import je..rupanya bahan simple dan senang je nak dapat..thanks kak jie siap bagi tips lagi =)
ada sapa-sapa nak present oven kat i…bday i just around the corner..JUNE =P
hmm, yummy. Cocok buat kudapan sambil blogging. sedapnya….ide bisakeluar lebih banyak lagi
Jom terjah post menarik dari maselino.com ..False Perceptions About Video On Retail Business
sedapnya!nk try buat tapi xberani..takut xjadi sape nk makan??hehehe!
Jom terjah post menarik dari yun ..Nuby Silicone Squeeze Feeder
sendiri makan… kalau takut nak cuba, nanti tak dapat skil dan memahirkan diri
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Panduan Menghantar Post Ke Apesal.Com
ya ampunnnn terliur kak jie…
berbaloi2 belajar ni sebab nak beli macam mahal sangat…..
Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Ada orang nak beli pil cuci rahim..
memang terbaiklah, saya dah makin faham apa itu kek pavlova, hehe
Jom terjah post menarik dari Juan ..Cara Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi Untuk Pilihan Raya Umum
Assalam…
Sedapnya tengok…
buat masa ni, oven masih sakit…
lama sangat tak guna, dia buat hal..
Jom terjah post menarik dari iza ..Karamel Sagu.
boleh gak belajar dan buat lepas ni bila ada masa lapang.
Jom terjah post menarik dari titan ..Cara mudah untuk lepas Innity
maza jadi tukang rasa merangkap makan volleh>
hehehehe
Jom terjah post menarik dari maza ..Jaki Jipang menunggang Yamaha RX-S
Fuh sedaaaaappppnya.
Jom terjah post menarik dari BudakSerius ..Top 10 Blogger Famous Di Asia
memang senang sangat kan buat pavlova ni kak..saya dah buat dua kali..hubby suka mkn ni..kejap je dah habis..
Jom terjah post menarik dari bardboo ..Penulis Jemputan Khas
petang petang ni baca , terus lapar..
nak try buat la nanti..
tapi kat rumah tak de oven.
baru terbakar..
Jom terjah post menarik dari Tyka ..Dulu Best, Sekarang Tak Best
ok tak pe..kak jie pi blog, klik iklan
cukup bulan nanti beli oven baru…hehehe
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beza Soalan Untuk Mama Dan Soalan Untuk Abah
hahaha. terbaik betul jawapan kak jie. nak tolong juga klik iklan
Jom terjah post menarik dari Fazreen ..Berdiri Atas Kaki Sendiri