Resepi Chicken Cordon Bleu dan Sup Cendawan ini sebenarnya saya buat minggu lepas tetapi malas nak update dalam blog. Tadi waktu kelas Muffin, ramai pula kawan-kawan yang request suruh update dalam blog.
Selalu terima request dari blogger untuk buat tutorial atau tips blogging, tetapi kali ini dari kawan-kawan offline.
Segan juga sebenarnya nak beritahu saya ada blog… bukan mudah untuk menerangkan tentang blog kepada bukan blogger.
Ok.. mula-mula kita buat sup cendawan. Sediakan bahan-bahan dulu.
Sup Cendawan
- 2 tin cendawan butang ( ambil cendawan, buang airnya )
1½ dicincang kasar
½ dicincang halus
- 3 helai daun bay
- 50 gm butter
- 4 sudu besar bawang holland
- 1 sudu besar bawang putih
- 8 cawan air
- 9 cawan susu penuh krim
- chicken stock secukup rasa
- daun parsley dan black paper
Bahan Pemekat ( Roux )
Cairkan 50 gm butter , kemudian masukkan 100 gm tepung gandum. Kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk.
Buat Roux sementara menunggu sup kita sejuk. Roux boleh disimpan dan digunakan bila perlu di lain kali.
Cara Memasak Sup Cendawan
- Cairkan butter, tulis bawang holland dan bawang putih. Bila terbit bau, masukkan cendawan yang dipotong kasar.
- Masak sebentar, masukkan daun bay dan air.
- Biarkan mendidih sebentar, tutup api dan biarkan sejuk.
- Bila dah sejuk, kisar hingga hancur.
- Masak semula bersama ½ tin cendawan yang dipotong halus.
- Masukkan susu dan stock ayam. Biarkan mendidih.
- Masukkan bahan pemekat ( roux ) mengikut kehendak sendiri. Boleh masukkan sedikit daun pasley dan black paper sesedap rasa.
Gravy Mushroom – sos perang yang disiram atas ayam
Bahan-bahan
- 1 tin cendawan butang di potong halus
- 4 sudu besar bawang holland
- 1 sudu besar bawang putih
- 50 gm butter
- 150 gm brown sos knorr
- 8 cawan air
- 4 cawan susu penuh krim
Cara -cara memasak Gravy Mushroom ( cara memasak brown sos)
- Cairkan butter dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga terbit bau.
- Masukkan cendawan , masak hingga ada sedikit air.
- Bancuh brown sos dengan separuh air dan masukkan ke dalam tumisan cendawan tadi. Kacau sebentar dan masukkan baki air.
- Biarkan sos menjadi sedikit gelap dan masukkan susu. Kacau hingga pekat. Masukkan roux jik perlu lebih pekat.
Saya tak sempat pula nak ambil gambar gravy mushroom ini. Tetapi inilah brown sos knorr yang digunakan. Saya snap untuk simpan dalam telefon, senang untuk rujuk bila mencari di pasar raya. 😀
Sup semua dah siap. Bahan utama menu ini semestinya ayam.
Chicken Cordon Bleu
- 4 keping ayam bahagian dada di buang tulang
- 100 gm bread crump
- 100 gm tepung gandum
- 30 gm tepung jagung
- 1 sudu tepung beras
- Garam
- Serbuk lada sulah
- 4 keping chesse slice
- Minyak masak.
Cara Memasak Chicken Cordon Bleu
- Ayam dibersihkan, buang kulit.
- Tebuk bahagian tengah dan gaul dengan garam dan lada sulah. Hati-hati jangan sampai tebukkan tersebut berlubang.
- Kepingan cheese dilipat empat dan dimasukkan ke dalam tebukan tersebut.
- Tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras di bancuh dengan sedikit air.
- Gaul ayam di dalam adunan bancuhan tepung dan golekkan di dalam bread crump ( serbuk roti )
- Goreng api perlahan di dalam minyak yang penuh.
Bila dah siap, hidang bersama coleslaw dan roti perancis. Resepi untuk buat roti perancis di sini > Resepi Roti Perancis
Nota : Krim disapu pada roti
- 100gm butter
- 1 sudu besar lada hitam
- ½ sudu besar oregano
- ½ sudu besar chicken stock
- ½ sudu parsley
- ½ labu bawang putih yang dicincang halus.
Gaul semua bahan dan sapu pada roti yang dipotong bulat. Bakar 5 minit.
Siap juga saya tulis resepi , sebenarnya tak berapa rajin untuk update resepi sebab nak menyediakan gambar pun ambil masa. Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel
Kebetulan kertas resepi saya dah rosak tertumpah air – nak tak nak kenalah menaip juga di blog untuk simpanan diri sendiri sambil berkongsi dengan kawan-kawan yang lain.
Terimakasih Cik Syerie Noer Hidayaty dari Kolej Komuniti Hulu Selangor yang menyediakan resepi dan mengajar kelas tersebut. Saya dah buat chicken cordon bleu ini di rumah, menjadi dan anak-anak pun suka!
Hujung minggu ini suami balik dari outstation, bolehlah bergaya macam masterchef 😀
bnyak nya nak kena bt..
tp nampak sedap palk…
nyam3…
Jom terjah post menarik dari syaiful ..How To Make Money From Mobile Apps
wah! sedapnya..tgh lapar2 macam ni.. dapat Chicken Cordon Bleu mmg terbaek la !!
saya mau mempraktekkan di rumah juga agar masakan saya bisa lebih bervariasi dan tidak bikin bosan
Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Create CSS Social Media Button With Tooltip and Hover Effect
Nampak sedap..pandai kak jie kan?hehe
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Pendapatan Ke 12 Dari Jobdirumah
Tgk dah sedap..hehe
Tumpang salin ek kak jie…nak bergaye juge…hehehe
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Download ebook SEO Percuma!
fuhh, nampak menyelerakan sungguh!
Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Terima kasih kerana menyertai Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia
Sayang suami semakin meningkat-ningkat tingginya.
Jom terjah post menarik dari faizal ..MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM BLOGGER AWARDS 2013
Alangkah bahagianya suami apabila di sambut oleh isteri dengan masakan yang menyelerakan.
Jom terjah post menarik dari faizal ..MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM BLOGGER AWARDS 2013
mcm sedap dari kfc niii… boleh cuba buat ni..
Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Nafsu & Akal
Tampaknya sangat enak,… boleh dicoba resepnya. makaseh.
Jom terjah post menarik dari Bang Iwan ..Whulandary Herman Putri Indonesia 2013
Nyam..nyam.. sedapnya… 🙂
Jom terjah post menarik dari Aya ..Rezeki Locum RM1120
nice, hujung minggu ni saya nak mintak tlg mak saya buatkan lah.. hehehe
Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Ini Semua Salah Event #SBB2013 Anjuran Denaihati !
Cordon Bleu ni peberet ni, setiap kali terjah SR mesti order Cordon Bleu, memang addict, tp nak buat cam tak berapa reti je..heheee
Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Pencapaian terbaik sepanjang 2012
hoho..nampak macam sedap ajee…
Jom terjah post menarik dari titan ..Kenapa mesti cendol?
Wah nampak menarik cordon bleu tu. tp yang paling nak tau demi glaze (yang dalam gambar) tu senang ke nak dapat kat pasaraya?
Jom terjah post menarik dari SR ..Petua Hilangkan Kuning Bayi
Lengkap sekali resepnya..
trims atas share menu masakan di atas ni
Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mengatasi dan Keluar dari Google Sandbox
sedapnya,, especially bila tengok ayam tengah digoreng tuh.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Pengsan Sebab Terlalu Berpantang
teringin nak buat ni…tapi suami saya tak suka cendawan…so kalau buat ni makan sorang2 jela plak…tak best..
Jom terjah post menarik dari bardboo ..Tarikh Pilihan Raya Umum 13
wahh..leh la pos ke banting sikit..
Jom terjah post menarik dari titan ..Senarai peserta Cabaran SEO Lelaki Kacak
wah… nengok je memang best. rasa macam bersemangat nak ngikut. tapi bila tengok cermin diri sendiri, hahaha, tak pelah … 🙂
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..cinta itu di mata
saya suka mushroom soup….tang ayam tu kurang
cicah roti je
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Karnival Pendidikan MARA 2012 Di PWTC
Kalau original resepi dorang (bukan islam) letak brandy sebab sempena nama brandy condon blue. 🙂 kita org islam mmg tak letak lah bahan masakan haram 🙂
Jom terjah post menarik dari azmanisma ..Lelaki Kacak
resepi dr barat mmg kita kena ubah suai
ikut mana yg boleh
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Karnival Pendidikan MARA 2012 Di PWTC
rajinnya…..15x. hehehe
ada anginnya cikgu..hihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Lindungi Diri Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi
Rajinnye akak masak. Mesti sedap ni kan?? Terus terasa lapar perut nih..hehe
Jom terjah post menarik dari Sara ..Koleksi Blouse & T-Shirt Plain Cantek
mak mak kena masak hari hari
dan tak hari hari rajin..hihi
yg ni dh seminggu , tp malas nk update….malas le juga tu
tp ada org request suruh tulis kt blog
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Lagu Rasmi Gadis Lari Dari Rumah
Tengok bahan pun akak tahu sedap resepi ni..
Jom terjah post menarik dari akak mah ..Selamat tinggal
tang ayam tu sy tak gemar sgt
suka mushroom soup je
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gerimis Hati Dragon Mama
rajinnya kak jie masak hari nih.. ayam sudah habiskah??
itu mushroom soap look superb…
Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Good bye Tum Tum
ni masak minggu lepas ni
mushroom soup tu ada lagi, simpa dlm freezer
Dapat masak sendiri, puas hati, terutama untuk suami tersayang.
Lepas ni bolehlah kita tukar-tukar resepi…
Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Cara paling comel membuat Blueberry Cheese Tart
kak long tu lagi banyak resepi sebab rajin ikuti kursus sana sini
baru2 ni dah buat cokelat….yuuuu seronok sgt
Amboi kak Jie. Menyelerakan melihat gambar-gambar kalau rada roti Perancis boleh buah cicah sup Cendawan.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Video promo Proton P3-21A
Mak ai..sedapnye makanan..lapaq dah nie
Jom terjah post menarik dari Tungku Moden ..Pemborong Tungku Moden
sesekali… baru nampak special
kak jie jarang sgt buat entri resepi sebab kena tulis berjela2, kena crop gambar
sebab kalau tak de gambar, rasa mcm tak best….
tapi entri ni utk diri sendiri juga sebenarnya, kertas tulis resepi tu dah hilang dakwat tulisan
kena air….
kalau rumah dekat dengan kak nie ingat nak makan tengahari kat sanalah..hehe
p/s : ehh..kalau depa blogger agak mustahil tak kenal kak jie..hehe
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Kita Patut Malu Kalau Berinternet berjam-jam kita sanggup….
kak nie pulak..kak jie..sori
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Kita Patut Malu Kalau Berinternet berjam-jam kita sanggup….
amboi…ingat kak jie nak masak gini tiap hari ke?
special day je ….. 😀 hari2 lain kak jie pun goreng ikan sayur lemak jugak
hihi
confirm lepas ni kalau nak masak, buka blog kak jie cari resipi 😉
Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Cek Nuffnang ke 11 sudah sampai =)
Kak Jie jarang update resepi sebab tak berapa rajin nak crop gambar
kalau tak letak gambar mcm tak best lah pula
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bukan Monolog Dalaman