Rasanya semua mak akan masak kalau anak-anak dah minta.
Hari Selasa kalau ikut rutin, saya jarang memasak kerana ada pasar malam berdekatan taman perumahan kami. Tetapi bila Angah dah minta saya masak ayam kegemaran dan disokong oleh Intan dengan aksi air liur meleleh, cair juga hati seorang mak.
Malas-malas pun saya pergi ke pasar malam beli ayam seekor . Balik dari pasar malam tanpa berlengah-lengah, tarik nafas dan terus bertukang di dapur.
Siaplah satu hidangan masak ayam kegemaran anak-anak.
Angah : ” Mama, ayam tu boleh tahan berapa lama”
Mama : ” Kalau ayam yang digoreng, boleh tahan lama, 3-4 hari pun boleh tahan”
Hari Rabu saya balik dari kelas.
Angah : ” Mama cakap ayam tu boleh tahan 3-4 hari..kenapa Angah tengok ada seketul je…”
Mama : ” ooooo………. mama cakap tahan tak basi , bukan tahan untuk berapa hari nak makan”
ha ha h a…………. perkataan tahan digunakan untuk makna berbeza.
Jadi , hari ini sekali lagi saya masak ayam kegemaran mereka. Nak tau resepinya? Saya tak tau nama apa, tetapi menunya ringkas saja. Jom kita buat sesama…
Sebab nak share resepi, saya pun bagilah resepi ni nama – Ayam Sedap Tak Tahan
Resepi Ayam Sedap
- ½ ekor ayam
- Kunyit
- Garam
- Bersihkan ayam, dipotong kecil. Letak garam dan kunyit. Digoreng. Ketepikan.
Bahan dikisar:
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halis
Bahan tumis
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga.
Bahan lain:
- 2 sudu cili giling – hari ni tak berapa nak rajin, saya guna chili flakes
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu teh gula
- 2-3 tangkai daun kari
- garam secukup rasa
- kicap – sikit saja sekadar nak warnakan gelap
Cara Memasak
- Tumis bahan tumisan. Bila terbit bau, masukkan bahan kisar.
- Masukkan cili giling . Bila dah pecah mintak, masukkan gula. ( petua : gula perlu dimasuk sebelum bahan lain , ia akan memberi warna merah yang menarik pada masakan )
- Masukkan sos cili, kacau
- Masukkan kicap, garam secukup rasa.
- Masukkan daun kari dan ayam.
- Kacau sebati, tutup supaya aroma bau terperap.
Masakan pekat tak berkuah ini sedap dimakan waktu nasi masih panas… nasi masih lembut, menjilat ke celah jari.
Resepi mak-mak macam ni tak berapa perlu sangat sukatan. Sukatan tu sebagai bayangan menunya akan jadi seperti apa. Tiap mak akan ada ciri-ciri “air tangan” yang berbeza yang mungkin menjadi signature anak-anak.
Saya berkongsi resepi ini dengan Yanmie, sambil berwhatsapp dia memasak , pun dah siap! Mak-mak zaman sekarang.
hehehe…resepinya pun agak mudah nak ikut tak tahan…kiki
minggu depan mak nak datang rumah, dah tak tahan nak try resepi nih… 🙂
Nak minta isteri cuba resipi sedap tak boleh tahan ni
Mmmm…sedapnya. Buat rasa lapar nie..
wahh..ayam tak tahan nih..
As Salam Kak Kujie,
Hehehe..best la resepi ayam sedap x tahan akak nie,sampai dah famous de amos dah kat Tehran,Iran nie.hehehe…simple,lazat dan memikat…
Salam perkenalan dari Chek yang jauh di Tehran.
Waalaikumsalam
Resepi ini tanpa sukatan tanpa undang2 tertentu, boleh je campak apa yang kita ada di dapur sebab semua bahan tu mudah nak cari.
Apa yg anak² suka, kita masaklah. Terima kasih kerana dah bawa resepi ni around the world..hehe
hari2 mkn aym puas jgk akak….klu msk ikn blh ke
Salam akak…SA amik resepi ni yer…anak dara SA tu suka makan ayam la…
wah terasa lapar plak saya tgk gambar ni meleler xsabar nk suruh mak masak menu ni hehehe…
Ergghhhh..pagi lagi ni..lambart lagi nak buka puasa..lapar plak tgk ayam ni 🙂
assalammualaikum Kujie
kat umah akak pun ayam memang menu yang di masak seminggu 3-4 kali..walaupun masak simple anak mesti suka
dimakan sama nasi panas atau nasi uduk sangat cocok tu…
Emmm macma sedap, boleh cuba nie
saya jadi pengen memasaknya di rumah 🙂
salam hangat, Kak Jie
Tengok pun dah tak tahan…dah…heehe…
Adusss..kenapa cite pasal makanan jer nih?hahaha..lapa dah perut saya..dah la tak makan tghari lagi nih..haha
betullah kak jie, kdg2 main campak je berapa sudu garam , gula, bagai.. tup2 menjadi.. niat kena ikhlas kot.. baru sedap.. hehe
wah3 ..kalau saya duduk rumah sewa ni, boleh praktikkan resepi ni ..heehehe
mantap mak-mak zaman sekarang…rasanya kalau berWeChat mungkin lagi mudah…hehe
tak payah rasa, tengok pun dah tau konfirm sedap
aduyai…ni yg seksa bukak blog kak jie malam2 ni, tetiba ada ayam goreng sedap tak menahan pulak…
dgn rasminya, akan ambe sama2 kerjakan dapur weekend ni dgn resepi kak jie ni..
pepun, masakan paling best ialah masakan mak dan masakan isteri…tak tertahan…hehee =)
Ini namanya resepi campak-campak .. hahaha
Sesedap mana pon makanan kat kedai tapi kalau dah terliur masakan emak , memang boleh meleleh air liur klau teringat .. nak2 kalau lama emak tak masak masakan kegemaran anak2 🙂
betullah tu…sebab tu banyak resepi kak jie jenis campak2 tak tau nak bagi secara tepat sukatannya
nak dpt kan rasa yg sebenar, kita kena buat berkali² dan tiap org tak sama rasanya… citarasa berbeza.
kalau ada org nak makan memang seronok nak masak² ni, berbaloi lah berkecah kecah kat dapur tu..kalau kita berpeluh masak, kita je nak makan sorang2…. lupakan aje lah… lama2 akan jadi malas.
Sudah boleh masuk rancangan realiti tv Master Chef versi blogger. 🙂
master utk anak-anak sendiri je…
kalau tengok resepinya macam ‘ayam masak kicap’. tapi ada tambahan daun kari tuh~ hurmm~ mesti lagi sedap dgn aroma daun kari.. boleh try, utk masak tgh hari esok nih.. 😉
*masak ayam tak tahan 3-4 hari sebab dah masuk dlm perut~ huhu~
yup..dia pedas, manis , masin
tapi kicap tu sikit je..jes tak mau kaler merah sgt
yg penting tumis kulit kayu manis ….dia keluarkan bau harum,… lepas boh daun kari, tutup biar bau dia terperap dlm masakan
yummy…resepi nie minta share….
puan yan, puan bee dah buat malam ni
cepat sungguh depa tu….
mak mak zaman sekarang..sambil memasak , boleh whatsapp.. hahaha
ok.. dah tau dah knp nama tak tahan.. simple je resepi.. tapi tengok dan nampak dah sedap..
itu belum sambil bff anak dok mengupdate entri
entri advertorial pula tu.. ratus²
canggih sungguh… hehehe
Haha.. Memang tak tahan jadinya, bila da tengok lauk yang sedap itu.
masaklah..senang je resepi ni
bahan2 tu semua dah biasa ada kat dalam dapor
Salam,
Perghh lama betul aiman dgn ayahnya makan, menghayati kot hehee…macehh kakjie share resepi ni, mmg sedap…1st time masak macam ni, biasa buat ayam msk merah, yang ni lain sikit siap letak kulit kayu manis dgn daun kari…daun kari tu sedap sangat aromanya, sebati dengan rasa. nanti boleh buat lagi.
heeee mak2 zaman sekarang memang canggih, nak apa2 wasap je..dapur dah macam sebelah menyebelah heheee
he he he… menghidu baru tu yan.
resepi simple² senang nak buat, lagi² kalau babitkan ayam…
kalau boleh pinjam asam gula garam via whatsapp kan senang..hihi
hari ni tak pasal2 bee beli daun kari , tk puas hati sbb buat kelmarin takde daun kari nanti nak buat lagi hahaha ..
aduhai makcik-makcik nih..
tapi dlm grup makcik² tu ada pakcik² juga tau…:p
nak ayam.. nak ayam sedap tak tahan lapar.. 🙂
ayam resepi mudah…. tapi bukan pilihan pertama kak jie
kak jie lebih suka ikan
Fuhhhhhhmakin lapar saya tengok ayam ni kak jie.ayat yang last sgt menunjukkan ibu moden sambil watsap boleh masak 🙂
ayam ni anak-anak suka, tapi kadang² kita dah kering idea nak masak apa lagi..dah kerap sangat.
letak daun kari dgn kulit kayu manis tu akan terbitkan aroma yg sedap.
h a ha ha.. macam duduk sebelah dapur je… memasak sambil berwhatsapp
Heee best ni kak jie, time kaseh berkongsi resepi, nanti kalau dah try akan ku balas entry niii:) Hahaha, boleh buat slogan baru, dunia dapur tanpa sempadan.
fui mak-mak zaman sekarang..memasak sambil whatsapp..hebat..hee
kalau sambil berwhatsapp boleh minta gula, minta garam…ok le juga :p
Kak..kalu gula tu tukar pakai gula melaka boley tak? Hehehe
boleh le tu…
bab gula ni, kalau kita buat sambal bilis ke sambal sotong ke.. sambal utk ikan keli ke, apa2 samballah.. taruh lepas cili kita dah pecah minyak sebelum taruh bahan2 lain.
gula tu bila kena dgn cili panas2 dia akan berubah warna gelap2 sikit… masakan lebih menarik, tak ada lah merah ngeri…hehehe
betul tu kak jie..selalu jugak tolong mak saya masak..masukkan gula je warna dia berubah..gelap sikit..