Resepi

Orang biasa punya impian luar biasa

AWAS : Entri ini boleh menyebabkan keyboard anda banjir dengan air liur!

Esok kelas Angah ada jamuan perpisahan akhir tahun.  Kebetulan ahad lepas ( 08/11/2009 ) adalah hari ulangtahun kelahiran dia yang ke-15, saya buatkan dia kek kukus cokelat. Sebenarnya kami dah sambut pun ulangtahun dia, masa mak buat kenduri kat kampung hujung minggu baru ni.

kek kukus cokelat

Kek ini belum dimake up lagi ni. Kejap lagi siram dengan cokelat cair, tabur² cokelat rice, siaplah.

Kemudian sementara tunggu kek kukus masak, saya buat trifle peach. Jom kita masuk kelas sains rumahtangga.

trifle peach

Potong swiss roll, susun dalam bekas . Potong buah peach tabur atas swiss roll .

siram agar-agar

Masak agar², siram atas swiss roll tu…Biar beku

masak tepung kastard

Masak dengan api perlahan tepung kastard dengan susu cair sampai berkilat.

trifle peach yang siap

Siram atas swiss roll yang dah beku. Pling! ………. siaplah  Trifle Peach.

Resepi Trifle Peach


1 swiss roll ( potong nipis lebih kurang 1/2 inci ) susun dalam bekas ( bulat, empat segi, enam segi pun boleh )

1 tin buah peach – potong kiub tabur atas swiss roll yang telah disusun.

1 paket agar2 ( clear colour ) masak + gula, siram atas swiss roll, ketepikan. BEKUKAN sekejap supaya tidak bercampur dengan kastard yang akan dituang nanti tetapi jangan TERLALU LAMA, nanti dia terpisah² pula

Tip : kalau terlalu keras – cucuk agar2 tersebut dengan sudu, garfu atau pisau supaya ada ruang untuk kastard bercantum bersama².

1 tin susu cair + i tin air + 1 cawan tepung kastard + 1/2 cawan gula di masak…kacau dengan api perlahan sehingga berkilat.

Siram ke atas swiss roll yang ada buah atasnya dan agar-agar.

Sejukkan dalam peti sejuk.

Mesti kawan-kawan Angah seronok, kan esok.  Bukan susah nak bahagiakan orang-orang tersayang, tak perlu pun buat 3 wishlist yang gempaq tahap gaban… hehehe

p/s – semua ni gambar lama, tak kuasa aihh nak snap² kat dapur
p/s – sepatutnya saya publish entri lain yang lebih hangat dan hangus tetapi selepas 10 kali fikir, lebih baik saya delete.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Orang biasa punya impian luar biasa

  1. Aduss…tadi kat sekolah banjir sebab hujan, g kat blog Kujie, banjir air liur.
    Nak sikit….!!!
    .-= Kak Long´s last blog ..Dlm hujan lebat : hilangkan bosan =-.

  2. mama….adeii..terasa2 lagi triffle mama tu masa rumah terbuka teratak..sampai sekarang ngidam neh…errr…mama…hehe..nakkkk.. 😀

  3. kak jie jangan la masak makanan camni tjuk kat org duk hostel dan kelaparan..hahaha
    .-= Roslan Nazri´s last blog ..Final Exam Week, Wish Me Luck =-.

  4. sedap ke ni kak jie? sedap ke? sedap ke? 🙂
    .-= nuaeman´s last blog ..Jana Wang melalui Wang Pos: Halal atau Haram? =-.

  5. tima kasih utk resepi Trifle tu.. macam tau2 jer mood yati tgh giler memasak sekarang nih.. 😀
    .-= yati´s last blog ..* Nak PeGI Jalan-jalan * =-.

  6. pergh menyelerakan! boleh emailkan kat saya kak? (he3)

    2 hari lepas orang rumah buatkan saya kuih lapis. sedap. bertambah sedap apabila ia dikukus dengan periuk hadiah dari kakak.

    terima kasih kak 😉

    1. @megat, sejak ada periuk kukus baru ni, mmg keraplah masak. 😆

      tak payah hantar kat email, tatap je malam ni buat mimpi malam nanti

Comments are closed.